007 =*'''
Rabu 26. 10. 2010M
Dia telah 'menghalalkan' judi dengan janji akan memberi permit perjudian kepada seorang 'tauke judi' sebagai melayan Pesta Bolasepak Piala Dunia baru-baru ini. 'Pesta Judi Bola' itu tidak menjadi di ' negara Islam 1Malaysia' ini akibat herdikan sebahagian rakyat. Minggu lepas kunun 'first lady'nya (bukan isteri pertama) telah menaungi sebuah pesta juga "Festival Fesyen Islam (IFF) yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu kerana dikatakan satu penghinaan kepada Islam dan Rasulullah s.a.w.

Kini 'Negara Islam 1Malaysia' tadbiran Perdana Menteri, DS Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ia akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan meriahkan semula acara seperti F1 dan MotoGP.( baca di sini...)


Dr Ma'amor Osman SU Agung PPIM




"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata SUAgung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

DS Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri (tadbiran BN?), termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Menurut Malaysiakini Dr Ma'amor- pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya. "Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.( baca selanjutnya...)

TPM: Takziah. Pesta-pestaan. Hiburan demi hiburan. Kata seorang pensyarah saya dulu " jika manusia perlu sangat kepada hiburan dan pestaan, tandanya mereka berada dalam suasana gelisah dan sakit jiwa! Adakah rakyat Malaysia dan pemimpinnya sakit jiwa dan sedang bergelisah. Atau adakah para pelancong yang akan terpikat dengan negara kita kerana mereka sakit jiwa? Mengapa kita sangat bersifat hedonisma yang merosakkan itu? Sakit jiwa benarkah pihak penganjur, penaungnya atau peminatnya?

Kita bimbang kita pasti dimurkai Allah SWT apabila pemimpin dan rakyat kembali ke zaman Jahiliyah atau bergelumang dengan maksiat dosa-besar yang tidak pernah ditentang habis-habisan oleh pemerintah. Maka DIA akan membiarkan rakyat, masyarakat, pemimpin, ulama syaitan akhras dan ulamaussu' (para ulama' syaitan bisu dan ulama jahat) yang tidak bertanggungjawab membetulkan fenomena busuk itu. Kita lagi bimbang kemurkaan Allah SWT itu akan mengakibatkan kita ditimpaNya dengan mala petaka, siksaan hidup dan bencana alam. Datang mala petaka, siksaan hidup dan bencana yang tidak mengira sesiapa itu; disebabkan tangan a.k.a kuasa manusia yang membuatnya tanpa menghormati hukum-hukum Allah.

Jika berlaku demikian, marilah kita berdoa agar kita sejahtera dalam iman dan selamat rohani, jasmani, kaum keluarga dan harta benda. Untuk kedegilan pihak tertentu yang mahu meneruskan projek-projek munkar itu, terlebih dahulu diucapkan TAKZIAH dan ءانا لله وءانا اليه راجعون



0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda