RAMADHAN KAREEM tahun ini akan melunasi fitrah-Nya jua.Ia akan berangkat meninggalkan kita. Dulu pun ia pernah datang dan pernah berlalu. Ia datang membawa rahmat Allah, pengampunan dan perlepasan dari azab neraka. Amat rugilah jika sesiapa yang tidak memperolehi ketiga2 tawaran hebat dari Yang Maha Kaya dan Maha Terpuji itu. Lagi malang jika sessiapa tidak mendapat apa2 keampunan pun dari kehadiran Ramadhan yang baik ini.

Ramadhan, padanya nuzul kitab suci Al-Quran. Kitabul-'Aziz yang kita tatap/baca dengan kerajinan luar biasa kerana mengharapkan kebaikan yang dijanjikan bagi sesiapa yang membacanya di bulan ini.

Bulan Ramadhan ini, bukan sekadar bulan untuk kita melaksanakan kefardhuan puasa maktubah itu sahaja, malah ia adalah sekolah yang didatangkan Allah Yang Maha Pengasih buat mentarbiah zahir batin hamba-Nya agar berpuasa/menahan diri menurut yang disyariatkan hingga mencapai darjat TAQWA. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan menjadiknya terlepas dari kepayahan dunia akhirat dan akan merezkikannya kurniaan yang tidak terhitung! Wahai Ramadhan Mubarak...

Setiap tiba Ramadhan dan kita bernafas padanya selama sebulan, kita penuhi waktu2 solat dengan berjemaah, kita lipatgandakan jumlah solat sunat bukan sekadar tarawih malah lebih dari itu. Kita lipat gandakan rintihan doa ke hadharat Allah mendamba sa'adah/ kebahagiaan/ happinness yang tiada dijual di pasaran dunia itu. Kita sentiasa berwaspada/berhati2 bimbang dalam gerak-buat anggota lima kita dan tutur-ucap seharian agar tidak direkod dosa oleh para malaikat petugas yang boleh mengakibatkan kita akan merana kerana dosa2 itu.

Tiba Ramadhan Kareem itu mengelek kurnia baik untuk kita mengerjakan amalan berpahala sebagaimana janji Allah. Pahala yang dijanjikan akan berganda2 banyaknya sebagai rahmat Allah kepada kita, manakala maghfirah-Nya akan lebih mudah tidak seperti pada bulan2 lain, apatah lagi jika likur terakhir / bersempena Lailatul-qadar yang lebih baik dari 83 tahun 4 bulan dunia itu!

Dengan kerendahan diri penuh keikhlasan kita juga berzakat dan bersedekah di bulan mulia ini. Ini adalah satu wadah agar kita juga mendapat kemuliaan. Tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Wadah ini juga mengajar kita berkasihan belas, berkasih sayang dan berhubungan ikatan simpati kepada sesama manusia. Allah mahukan kita mengingati-Nya dan mengingati juga saudara2 seiman walau di mana mereka berada. Wahai manis mesranya syariat ini...

Kini bulan terbaik ini akan berangkat menurut pusar gerak waktu. Kita telah pun melunasi legarannya dengan amalan masing2 mengikut kemampuan diri dan tahap kesanggupan, diduga atau digoda. Ramadhan akan melunasi gilirannya melalui rukun takdir dan tadbir Allah. Kita pula sangat berharap Allah menerima segala amalan baik kita, mengampuni semua salah silap/dosa kita dan simpangkan kita dari neraka azab itu. Kita juga amat mengharap agar Allah memberikan lagi kesempatan kita bertemu Ramadhan berikutnya nanti, insya Allah.

Kita akan menyambut datang 1 SYAWAL 1429H beberapa hari lagi. Satu lagi anugerah Allah kepada kita orang2 yang beriman agar beriang-ria berhari raya. 'Idulfitri perayaan suci diri hasil tarbiah Ramadhan. Bertakbir sejak malamnya. Segala tasbih, tahmid dan takbir bagi Allah.

Menunaikan fardhu subuh, berpagi2nya kita disunatkan mandi, berpakaian indah (menutup aurat!), berwangian, datang masjid ramai2 bertakbir banyak2 lagi, solat sunat 'Idulfitri berjemaah diikuti khutbah, bertemu mata berziarah, menghangatkan semangat silaturrahim dan bermaafan. Yang jauh dekat2kan, yang dekat mesra2kan.

Selamat kembali anak2, adik beradik, sanak saudara dan sahabat2 dari merata pelosok tanah air ke desa halaman masing2. Ikram dan santunilah keluarga anda itu dengan kemanisan 'Idulfitri sewajarnya tanpa lupakan tarbiah Ramadhan. Tahanlah nafsu makan, nafsu pergaulan dan nafsu yang boleh menggari kita dengan dosa2 baru, na'uzubillah. Perintah kepada ma'aruf dan cegahan dari perkara2 munkar tetap berjalan.....

TAHNIAH DAN SELAMAT MENYAMBUT 'IDULFITRI AL-MUBARAK kepada semua.
Terima kasih kepada para perawat/ jururawat/ doktor dan penziarah2 saya ketika saya terlantar di wad hampir setahun lalu. Ramadhan dan 1 Syawal 1428H dulu saya di sana, syukur Alhamdulillah pada Ramadhan dan 1 Syawal tahun ini saya berada bersama kelurga tersayang di rumah.

Terima kasih juga kepada penziarah2 blog saya ini, SALAM 'IDULFITRI deh.
Mohon maaf dan memaafkan. Semoga hasrat dan usaha baik kita semua, pejuang2 Islam dan pejuang2 keadilan akan mencapai kejayaan dan direstui Allah. Takbir!!!

Sewaktu harga minyak naik mendadak dari RM1.92 se litre
kepada RM2.70 dulu, harga minyak dunia adalah dalam
lingkungan USD140 per barrel.

Hari ini harga minyak per barrel adalah dalam lingkungan
USD95.

Ertinya, sejak dari Jun 2008 hinga sekarang, harga minyak
telah turun sebanyak USD45, atau sebanyak 32%.

Sepatutnya, harga minyak di stesen minyak di negara kita juga
turun dalam kadar yang serupa, iaitu RM1.84 sahaja.

Sekarang kita membayarRM2.55 selitre, perbezaan sebanyak
RM0.71. Banyak tu!

Bilakah kita dapat menikmati harga baru itu?

BY ASMAWI MOHAMAD
Thursday, September 18,2008.

MASALAHNYA BILA HARGA BAHAN BAKAR INI NAIK, HARGA BARANGAN PUN MENDADAK NAIK. BILA HARGA MINYAK TURUN @ DITURUNKAN (Contohnya sebanyak 15 sen sahaja sebelum PRKecil Permatang Pauh baru2 ini), HARGA BARANG2 DI PASARAN HINGGA KINI MASIH BELUM TURUN2!!! KES NAYA NIH!!!

DAUN JARAK YANG LAGI GUGUR

Seakan tidak berupaya berjarak lama
suriku yang bagus tetap sederhana
Hamidah mengiringku merata
dalam rangka mimpi ke pelosok nyata

Sekitar yang selama nyaman
taman kita tetap berbunga
subur dengan kasih
wangi dengan cinta
kita zikirkan ke hadhrat-Nya

Teringat Jabal Rahmah
puncak jodoh Adam-Hawa
doa di Raudhah Nabi
menyata harapan di Multazam
tenaga kecilnya menolak kerusi roda
tujuh keliling Kaabah
dan langkahan antara Safa-Marwah

Tidak upaya berjarak lama, kekasih
Tuhan memberi waktu baik untuk kita bersama
bahagia siang dan tenang malam
terkumpul dalam syukur kita
memiliki riang dan duka sekata

Ketaatan yang manis
ibadah kami yang belum seberapa
jalinkan ke rangkaian maghfirah
ke ruang hamba-hamba-Mu yang solihin

Tenang menerima aturan hayat suami
dia memilih kesabaran tanpa jemu
seia dirundung sakit tapi dia dihadiahkan tabah
kerap dengan harapan mengisi luang keperluan
faham rukun rumah tanga

Sebutan apalagi paling baik
selain reda dan syukur kepada-Mu, Allah
mempertemukan ikatan tali serasi
tanpa relai dan belah

Bahasa apakah paling bijaksana
selain terima kasih kepadamu, Hamidah
memenuhi lubuk hati tanpa sangsi
malah semakin bererti.

30.11.2007
Wad Teratai, HRPZ2.
Dewan Sastera, Mei 2008.

.......

SEHELAI DAUN JARAK GUGUR

Akhirnya aku
tiba-tiba saja gugur
menjadi sepi semakin sunyi
menjadi sunyi semakin sepi
sebelum kelam yang terkurung
menggapai rindu yang terapung

Sepertilah
malam di sini
hutan yang berombak
lalu sampanku tersangkut
membenam diri ke lumpur
debar yang berangkatan
tanpa terlihat kakilangit
atau bintang menggamit

Hamidah,
akupun tak menemuimu
melainkan suatu waktu lain
di setiap gugurnya daun-daun jarak
setelah kitapun sepi dan jauh
akupun sunyi dan mengeluh
sukar menghempaskan rindu
ke pesisiran bibirmu.

Kampus UKM Bangi.
Mingguan Malaysia, Jun 1977.
Antologi RUANG DALAM 1986.




" Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam agama Islam (mematuhi hukum-hukum) semuanya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya ia bagi kamu adalah musuh yang terang nyata". (208) Surah al-Baqarah.

Allah Taala dengan jelas menyeru supaya orang-orang beriman kepada-Nya agar menurut agama Islam secara menyeluruh. Hanya Islam diiktiraf oleh Allah sebagai agama/ cara hidup yang ditedahi-Nya.

Di dalam Surah Aali-Imran ayat 19, terdapat firman Allah Taala:

ءان الــــــــــديـن عـــنــد الأ ســــــــلام
Mafhumnya, “ Sesungguhnya agama ( addin / cara hidup) di sisi Allah adalah Islam”.

Allah s.w.t hanya menerima orang-orang yang beragama Islam dan mematuhi segala hukum-hakamnya. Dari kenyataan ini dapatlah dikatakan bahawa segala cara hidup lain adalah tertolak dari rahmat Allah s.w.t berpandukan bahawa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w membawa dinul-Islam itu sebagai rahmat kepada seluruh alam.


Ada
beberapa definisi dibuat orang mengenai ‘Agama Islam’. Antaranya menyebut maknanya sebagai petunjuk Allah untuk mengatur kehidupan, penghidupan serta keperluan manusia seluruhnya yang dibawa oleh para rasul dan nabi yang berasaskan iman dan taqwa. Takrif lain terhadap kalimah dinul-Islam ialah satu peraturan sebagai panduan manusia agar mendapat kesejahteraan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan penyerahan diri kepada Allah Taala Pencipta alam ini dengan tujuan memperolehi kedamaian dan kemuliaan diri di dunia dan akhirat.

Di dalam kitab suci al-Quran terdapat banyak ayat menjelaskan mengenai ketuhanan (uluhiyyah) yang sebenar, sejarah asal kejadian alam semesta termasuk manusia, kerasulan, akhirat dan perkara ghaibiyyat, dasar-dasar pokok ilmu dan falsafahnya, sosial, ekonomi, politik, hukum-hukum, seni sastera, kesihatan, akhlak manusia dan lain-lain berhubung dengan hidup dan kehidupan manusia di samping makhluk-makhluk lain.

Segala pengajaran Islam yang murni itu adalah merupakan panduan yang jelas bagi manusia mencapai keredhaan Allah dan menempah kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Allah Taala memerintah orang-orang yang beriman kepada-Nya agar kesemua mereka masuk secara menyeluruh ke dalam ruang lingkup Islam.

Selaku hamba-hamba kepada Allah, manusia dikehendaki menyerahkan zahir dan batinnya kepada Allah, hidup dan matinya kerana Allah; aqidah, syariat dan akhlaknya hendaklah bertepatan dengan hukum Allah Yang Maha Bijaksana. Orang-orang yang beriman diajar mengenal dan memahami hukum-hukum perintah dan larangan, halal dan haram. Mereka disuruh berikhtiar mengerjakan kewajipan selaku hamba Allah dan berikhtiar mengelak diri dari larangan Allah.

Sesiapa jua yang berusaha mendapatkan keredhaan-Nya melalui hasrat dan amalannya, sudah tentu akan mendapat hasil baiknya. Allah s.w.t telah menjanjikan kehidupan bahagia yang sejati di akhirat nanti sebagai balasan baik terhadap niat dan daya usaha manusia sewaktu berada di ladang kehidupan di atas muka bumi ini. Usia, amalan tenaga dan pengorbanan harta benda mereka akan dihitung baik, akan dibalas dengan kebaikan jua; di samping gandaan nikmat yang banyaknya tidak pernah dipandang, didengar atau terlintas pada hati manusia di dunia ini.

Allah Taala menggesa orang-orang Islam menerima ajarannya secara menyeluruh bermakna Dia melarang mereka menerima akur sebahagian sahaja dan menolak sebahagian yang lain. Ada di kalangan manusia yang bersifat demikian; mereka menerima sebahagian yang sesuai dengan selera mereka, menolak apa-jua yang tidak sesuai dengan kemahuan mereka. Firman Allah:

افـتــؤمنون بـبعض الكتـاب وتكفــرون ببــعض

Mafhumnya: “ … Adakah kamu beriman dengan sebahagian kitab dan kamu kufur dengan sebahagian yang lain?” (Surah al-Baqarah: 85)


Amalan menerima setengah ajaran Allah s.a.w dan menolak sebahagian lain adalah berdosa kerana perbuatan demikian merupakan kerja-kerja syaitan, langkah-langkah kekufuran. Sifat-sifat kufur itu merupakan sifat derhaka kepada Allah. Sifat-sifat kederhakaan itu nyatanya adalah amalan syaitan yang menjadi musuh utama manusia sejak asal kejadian makhluk manusia itu lagi.

Syaitan akan menggoda dan merasuk nafsu manusia supaya melakukakan kekhilafan, berbuat kederhakaan dan dosa supaya manusia menjadi sombong, berdengki khianat sesama sendiri, bergaduh sehingga merosakkan iman dan kehidupan generasi manusia sendiri. Makhluk syaitan itu sangat berikhtiar dengan apa jua cara supaya manusia nanti menjadi penghuni neraka jahannam seperti golongannya di akhirat kelak.

Ayat di atas memberi arahan yang sangat penting kepada orang-orang yang beriman agar menentukan keselamatan, kebahagiaan hidup dan kejayaan diri di dunia dan akhirat melalui cara Islam. Beriman kesemuanya, beramal di dalam segenap bidang hidup dan beristiqamah sepanjang hayat di kandung badan. Ayat ini juga memperkenalkan kepada manusia bahawa makhluk syaitan adalah musuh amat besar kepada anak cucu Adam, manakala kerja-kerja syaitan adalah menjurus ke arah dosa dan maksiat. Maka menurut jejak langkah syaitan adalah dilarang keras, hara dan berdosa.

Di samping beristiqamah dengan iman dan Islam, kita hendaklah sentiasa memohon ke hadhrat Allah s.w.t Yang Maha Brkuasa dan Bijaksana agar menetapkan pendirian kita di atas jalan yang benar kerana terlalu banyak gangguan, ujian dan cabaran yang timbul dari hati dan perasaan kita sendiri, yang berpunca dari hasutan syaitan dan jin yang sentiasa berikhtiar memesongkan kita dari jalan Allah dengan janji-janji yang menakutkan atau yang menggoda, akibatnya kita merasa tidak tahan lalu terpesong ke lembah kesesatan.

Jika sekiranya kita tersilap melakukan dosa, terpesong ke arah yang dilarang Allah, ingatlah bahawa di sana masih terdapat panduan dan tunjuk ajar dari kitabullah. Di dalam apapun keadaan, hendaklah kita kembali kepada panduan al-Quran dan tunjuk ajar sunnah Rasulullah s.a.w semoga kita terselamat dan tidak terlanjur jauh dari keredhaan-Nya:

أ عــوذ بالــلــه من الشــيطان الرجـــيم

Mafhumnya:“ Aku memohon agar Allah menjauhkan diriku dari syaitan yang terkutuk”.

Firman Allah Taala yang mafhumnya:

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa Maha Bijaksana.”
(209: Surah Al-Baqarah).


Ketika timbulnya perasaan marah, seseorang itu kadang2 tidak mampu mengawal kata2nya atau ucapannya sehingga dengan mudah melaknat apa jua; melaknat orang lain, melaknat benda2 atau binatang, melaknat hari dan zaman. Bahkan ada juga orang yang melaknat diri sendiri dan anak isteri mereka. Isteri pula melaknat suaminya.

Melaknat adalah mengata celaka dan menyumpah buruk terhadap seseorang atau sesuatu yang dibenci. Tabiat suka melaknat adalah satu perbuatan yang mungkar dan berbahaya. Pelakunya selalunya adalah seorang yang jahil, tidak berfikiran waras dan bersifat sombong. Perbuatan suka melaknat ini boleh mengakibatkan perbalahan dan dendam mendendam antara manusia.

Abu Zaid Tsabit bin Ad-Dahak Al-Ansori r.a meriwayatkan sebuah hadis marfu' Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:

".... dan sesiapa melaknat seseorang mukmin maka ia seperti membunuhnya." -Hadis riwayat Bukhari.

Dalam pergaulan sehari-hari, dikatakan bahawa kaum wanita lebih ramai suka menyumpah dan melaknat. Kerana mereka sewenang2nya mudah melaknat maka Rasulullah s.a.w mengingatkan bahawa perbuatan tersebut merupakan penyebab ramainya kaum wanita dimasukkan ke dalam neraka.

Diriwayatkan juga bahawa orang-orang yang suka melakukan perbuatan berdosa ini tidak boleh menjadi pemberi syafa'at pada hari Qiamat. Lebih berbahaya lagi jika perbuatan melaknat itu diucap secara zalim dan aniaya maka ia boleh kembali menimpa dirinya sendiri; samalah dia mendoakan keburukan, menempah bencana ke atas diri sendiri serta dijauhkan dari rahmat Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

" Apabila amanah dipersia2kan tunggulah saat kebinasaan". Tanya periwayat: " Ya Rasulallah, bagaimana dipersia2kan amanah itu?" Jawab Baginda: " Apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kebinasaan".

Motivasi:

Setiap jawatan penting yang memerlukan tenaga kepakaran, kemahiran dan keilmuan itu pastilah disandang oleh orang2 yang dapat memenuhi fungsi jawatan itu di samping memiliki iman yang mantap kepada Allah. Inilah amanah jawatan yang tidak sewajarnya dipecahkan oleh semangat pemilihan atau perlantikan yang berdasarkan nepotisma, kronisma, pilih kasih atau pilih bulu.

Kalimat 'al-amr' atau ' sesuatu urusan' menurut maksud sabda Nabi itu adalah termasuk semua urusan yang ada kaitan dengan agama, politik pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan fatwa; malah merangkumi semua jawatan yang berhubung dengan orang ramai.

Apabila amanah jawatan yang dipegang itu diperkosa, disalah-gunakan atau penjawatnya tidak berkelayakan maka pentadbiran masyarakat itu akan menjadi kacau, tidak berhasil, gagal dan tidak memberi faedah. Keadilan akan terjejas dan kezaliman akan meluas. Akibatnya akan semakin berleluasalah penyalahgunaan kuasa, pecah amanah serta rasuah; oppotunisma pula akan merajalela. Semuanya itu adalah gejala yang akan meruntuhkan dan membinasakan masyarakat, bangsa serta negara.

Masyarakat2 yang tidak stabil di mana2 bahagian pun di dunia ini pada asasnya berpunca dari perkosaan atau pencabulan terhadap amanah / jawatan dari peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat akar umbi. Kemusnahan berlaku adalah kerana membiarkan tikus membaiki labu dan kaduk naik junjung.

PENYAKIT GASTRIK/MEDU:

Sakit Gastrik/ Medu adalah rasa pedih sakit pada bahagian atas abdomen/perut/ulu hati.
Bagi mengelak dari penyakit ini hendaklah:

1. Mengawal perasaan supaya tidak stress atau rungsing.
2. Makan makanan yang seimbang dan mengikut waktu yg sepatutnya.
3. Mengelakkan diri dari rasa lapar yang lama.
4. Mengawal diri dari menggunakan bahan2 yang mengandungi kafien berlebihan.
5. Elakkan diri dari memakan benda2 masam/berasid berlebihan.
6. Bersenam setiap hari walaupun sekejap.

Rawatannya:

Hempedu/pedal ayam yang mentah dihiris kecil2 kemudian dijemur hingga kering, kemudian ditumbuk hingga menjadi debu. Masukkan debu itu ke dalam air panas secukupnya. Bagi menghilangkan rasa hamisnya, boleh dicampur dengan sedikit kopi. Amalkan meminumnya tiga kali sehari. Atau:

Masakkan susu kambing asli bersama buah khurma/tamar. Jadikan amalan meminumnya sehingga penyakit itu sembuh.

Nasihat:

1. Selalu meminum susu kambing/lembu asli atau air kacang soya.
2. Hindari memakan bahan2/jeruk/buahan masam atau makanan bercampur minyak sapi.
3. Jangan selalu biarkan rasa lapar/terlewat makan.
4. Selalu amalkan puasa sunat.

TERLEKAT TULANG IKAN:

Tanpa waspada kadang2 bila makan nasi berlauk ikan, kita akan terlekat tulangnya. Kita berasa amat tidak selesa malah boleh membahayakan diri. Namun cuba kita amalkan petua first aid ini:
Ambil minyak kelapa kemudian lumurkan sekitar lubang dubur. (Ianya semacam melucukan tetapi benar/boleh mencubanya, Insya Allah).


Duduk Menyertai Majlis Bersama Orang2 Munafiq Atau Fasiq:

Banyak orang yang lemah iman sengaja bergaul mesra dengan sebahagian orang fasiq dan ahli maksiat, bahkan mungkin bergaul juga dengan orang2 yang menghina agama dan syariat Islam, memperlekehkan Islam, para ulama serta penganutnya. Perbuatan sedemikian adalah haram, berdosa dan boleh mencacatkan aqidah. Firman Allah yang mafhumnya:

" Dan apabila kamu melihat orang2 memperolok-dustakan ayat2 Kami (Islam) , maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan pembicaraan yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang2 yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)". (Surah Al-An'aam:68)

Justeru, betapapun hubungan kerabat dengan mereka, kemesraan, keramahan atau manisnya mulut mereka; kita tetap dilarang duduk2 bergaul mesra/bersama mereka. Namun jika motif pergaulan atau duduk2 bersama mereka itu demi untuk dakwah, membantah kebatilan mereka atau mengingkari mereka; perbuatan itu tidaklah dilarang. Tetapi jika hanya diam atau rela pula dengan tindak-tanduk mereka di dalam majlis itu maka hukumnya tetap haram. Firman Allah Taala yang mafhumnya:

" Jika sekiranya kamu reda (setuju) kepada mereka maka sesungguhnya Allah tidak reda kepada orang2 yang fasiq itu". (Surah At-Taubah:96)


Perbuatan Menghasut (Namimah)

Perbuatan menghasut ialah mengadukan kata2 atau kelakuan seseorang kepada orang lain dengan tujuan jahat, kepentingan diri atau merosakkan hubungan. Perbuatan ini boleh mengakibatkan putusnya ikatan silaturrahim, perpecahan rumahtangga, menyalanya api kebencian dan boleh berlaku permusuhan sesama insan. Ini adalah antara kejahatan besar iblis yang memang sentiasa inginkan perbalahan dan terjadi pertumpahan darah di kalangan generasi manusia.

Allah Taala mencela orang-orang yang melakukan perbuatan jahat itu, sebagaimana mafhum firman-Nya:

" Dan janganlah kamu ikut setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian kemari menghambur fitnah" (Surah Al-Qalam:10-11)

Sebuah hadis marfu' riwayat Huzaifah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidak akan masuk syurga, al-qattat (para pengahasut)" -hadis riwayat al-Bukhari.

Abdullah bin Abbas r.a meriwayatkan sebuah hadis yang maksudnya:

"Suatu hari Rasulullah s.a.w melalui sebuah kebun di antara kebun2 di Madinah, tiba2 Baginda mendengar dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburan mereka lalu Nabi s.a.w bersabda: " Keduanya disiksa padahal tidak kerana masalah yang besar (dalam anggapan keduanya) lalu bersabda - benar (dalam sebuah riwayat disebut " padahal ia sesungguhnya adalah persoalan besar") Salah seorang di antaranya tidak meletakkan sesuatu untuk melindungi diri dari percikan kencingnya dan seorang lagi (kerana) suka menghasut". -
hadis riwayat al-Bukhari.

Di antara perbuatan namimah yang paling buruk adalah hasutan yang dilakukan terhadap seorang suami tentang isterinya atau sebaliknya bertujuan merosakkan hubungan rumah tangga mereka; juga hasutan yang dilakukan oleh seorang pegawai terhadap rakan sekerjanya seperti mengadu sesuatu kata-kata/kelakuan rakannya kepada pihak atasan bertujuan fitnah, berkepentingan diri atau sengaja mahu merugikan rakan sekerjanya itu. Semua perbuatan sedemikian disedari atau tidak hukumnya adalah haram.


BENDANG GARAM


laut pasang malam. alun bagai kedut air
masih ditolak angin terbiar meruang bumi
petak-petak mula membatas, mengepung
menghalangnya kembali ke laut luas
adukan mentari april dan semilir bayu,
masin pun terampai putih longgokan kekabu

teradai persis bukitan kecil, inilah
bendang garam di pinggir pantai pattani

membenih di segara, terdampar di daratan
bau dan hawanya singgah melengasi kulit
kemarau memijar pandangan. masinnya terkesan
sesekali meresap deria kami di perhidangan.


bandar pattani,
thailand selatan.

>>>>

PUISI MENGHADAP BARA

kalaupun apimu masih belum padam
biarkan sedikit dingin menyusup jendela
jangan kau bebas nyala menghangat kaca

kau arang, lebih baik menyepi terpalit bara
kegelapan jangan biar terus derhaka
kami hanya mahu secalit cahaya.


Ramadhan 11.


"Seperti yang dijangkakan DSAnwar Ibrahim telah memenangi PRKecil PP4 Permatang Pauh..... bla...bla.." begitu bunyi warta berita TV3 jam 8.oo malam 26 Ogos 2008 baru2 ini dengan tidak semena2 begitu excited memberi keputusan awal yang belum lengkap tentang pilihan raya kecil tersebut.

"Seperti yang dijangkakan Azhan menang! ", suara gembira isteri saya setelah melihat sdr Azhan Atan anak Tanjung Piai, Johor itu telah menjuarai pertandingan akhir Akademi Nasyid I Anjuran TV9 -Dekat Di Hati pada mlm berikut selang 3 hari kemenangan DSAI di Permatang Pauh.

Namun saya tidak menyangka sdr Azhan adalah somebody dalam perjuangan jemaah Islam.

Namun saya amat tertarik hati dan sangat terharu melihat gelagat sdr Azhan yang menyambut kemenangannya di pentas dengan SUJUD SYUKUR di depan khalayak!. Saya tahu sdr Azhan 'segalanya pasti' tahu, sebab dia telah menyambut dua kemenangan dalam minggu tersebut, kemenangan bagi org yang berjuang! Kemenangan berganda. Syukur. Tahniah.

Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang ibadat SUJUD SYUKUR, semoga kita dapat sama2 mendapat faedah mengamalkannya.

SUJUD SYUKUR:

Ianya sunat dilakukan oleh orang yang beriman sebagai tanda/manifestasi dia memperolehi / dikurniakan Allah sesuatu yang menyukakan hatinya. Itu adalah nikmat dari Allah yang sangat wajar disyukuri. Melahirkan tanda terima kasih kepada-Nya, bukan setakat ucapan mulut "Alhamdulillah" sahaja. Firman Allah yang bermafhum: "Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku tambahkan (nikmat) untuk kamu, jika kamu kufur sungguh azab-Ku amat berat."

Nikmat suka hati/gembira kerana menerima kurniaan baik dan halal sahaja yang layak disujud-syukurkan contohnya: selepas selamat akad nikah, menerima kelahiran anak dengan selamat, mendapat harta, kenaikan pangkat, kejayaan dalam pelajaran, mendapat hadiah, terlepas dari bahaya atau bala, sembuh dari penyakit dan lain2.

Terdapat hadis Rasulullah s.a.w seperti berikut:

" Dari Abu Bakrah r.s bahawasanya Rasulullah s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya atau beliau gembira kerana sesuatu, lalu dia sujud menekurkan ke tanah sebagai bersyukur kepada Allah ta'ala."

Mudahnya sujud syukur ini hanya dilakukan diluar solat kerana ia tidak berhubungan dengan masa tertentu sepert solat.

Syarat2 melakukan sujud syukur ( sama sujud tilawah di luar solat) ialah:
1. Taharah - suci dari najis di badan, pakaian dan tempat sujud.
- suci dari hadas besar dan kecil (berwudhu')
2. Menutup aurat.
3. Menhadap kiblat.

Rukun2nya:
1. Berniat untuk sujud syukur.
2. Membaca takbiratul-ihram ' Allahuakbar' tanpa angkat tangan.
3. Satu kali sujud. Bacalah tasbil dan tahmid serta hati yang sangat bersyukur kepada Allah atas kurniaan-Nya itu. Bacaan dalam sujud solat baisa atau bacaan ketika sujud tilawah pun boleh!
4. Memberi salam berpaling sekali ke kanan (sudah memadai) setelah duduk.