TINDAKAN PAS BAYAR PENGUNDI RM250 SALAH, KATA SPR
- minsider

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

RM 100 UNTUK MAJLIS 1MALAYSIA DI GALAS

Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T 1Malaysia untuk mengambil bahagian di kawasan perumahan mereka semalam.

Kebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan- belakang serta dilihat sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia", berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo. (lihat dan baca ...)

RM5 JUTA BINA MASJID DI BATU SAPI : MUHYIDDIN~~Berita Harian Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Beliau berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat. "Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah.

AHMAD MASLAN: PPR RM180 JUTA HANYA KOS ANGGARAN - Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Rumah yang mempunyai kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu serta dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air adalah untuk penduduk setinggan di kawasan itu dengan penghuni dikenakan sewa sebanyak RM124 sebulan. (ikuti lagi di sini.....)

TPM: Keramat kata-kata Najib " You help me, I help you" jelas menggoda Timb Pengerusi SPR Wan Ahmad W Omar. Sambil menelan kata-kata yang sipi dan senget kepada Barisan nasional itu, Wan Ahmad amat bias kepada 'titah' Presiden Umno dan amat alergik / alahan dengan tindakan PAS membelanjakan 'wang tambang balik' pengundi-penyokong PAS untuk mengundi khamis ini.
Sewaktu menjadi mahasiswa U dulu, aku pernah balik dengan belanja sumbangan Umno. Itu tahun 70an. Setahu aku sejak dulu lagi telah ada sumbangan 'wang balik mengundi' telah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak Umn0-BN dan PAS demi menempah undi mereka yang tinggal di kawasan luar, Kuala Lumpur misalnya. Keadaan berjalan baik tanpa gangguan sesiapa atau pihak mana hingga PRU12 dan PRKecil yang lalu. Tapi kali ini muncul suara Timb Pengerusi SPR sendiri menegur tawaran PAS itu.
Kini kita nampak 'senget' dan tidak adilnya pihak SPR. Kalau mahu pro ke sesuatu pihak pun, janganlah nampak belangnya. Nampak benar pihak tertentu itu takut kecundang atau pihak SPR juga mahu jadi satu parti komponen di bawah naungan Barisan Nasional.


KATA BLOGGER TUKAR TIUB:
KALAU PILIHANRAYA ITU BOLEH MENGUBAH APA APA
PILIHANRAYA ITU TELAH LMA DI HARAMKAN !

sila baca tiga berita diatas. ini berita tentang
pilihanraya kecil di galas dan di batu sapi.

niat parti pas untuk memberi sumbangan 250 ringgit
kepada warga gua musang pulang mengundi adalah
salah dibawa akta pilihanraya raya.

kita menerima hakikat ini. ini memang satu kesalahan.

lalu timbul persoalan kalau 250 ringgit dianggap rasuah
kenapa 5 juta dan 180 juta ringgit diangggap tidak rasuah.

ini membuktikan bahawa spr ini hanyalah satu lembaga
yang sedang menjadi barua kepada gerombolan.

ini membuktikan bahawa pilihanraya ini hanyalah satu mainan –
satu sandiwara untuk menipu orang ramai.

tak percaya ?

lihat bagaimana bendera dap dan pkr tidak boleh dibawa
ke gua musang

lihat bagaimana hari penamaan calon dan hari mengundi
sengaja dibuat pada tengah minggu agar warga

diluar kawasan tidak berpeluang untuk mengundi. dan untuk
memastikan penyokong pakatan rakyat tidak dapat datang berhimpun

lihat bagaimana gerombolan menggunakan pelajar
untuk menyokong mereka
bila pakatan berbuat sedemikian maka pelajar ini ditangkap

apabila parti parti dalam pakatan berpeluang untuk menang maka
mereka akan dituduh rasuah.

gerombolan akan terus mengadakan pilihanraya –
kerana permainan yang bernama pilihanraya ini
adalah milik gerombolan.

padang milik mereka.
refree orang mereka.
penjaga masa orang mereka.
penjaga garisan orang mereka

jika pasokan pakatan hendak sampai ke pintu gol
sang refree akan meniup wisel – curi ayam.

tiang gol kita seluas 15 kali.
tiang gol mereka hanya 2 kaki
bila kita mahu menendang ke dalam gol
mereka akan alihkan pintu gol mereka

kita kelihatan amast bodoh !
terus dipermian main kan oleh gerombolan !

kenapa kita tidak ajak mereka main permaianan kita
kenapa kita tidak ajak mereka datang ke padang kita
ajak mereka main guli
ajak mereka main konda kondi
ajak mereka maian badminton
ajak mereka turun ke jalan raya

ingatlah jika pilihanraya itu boleh mengubah apa apa
pilihanraya itu telah lama diharamkan !

MAAF BANG HISHAM!!


Bebal: Penyakit Payah Faham Umno.

“Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan. Perbezaan kerjasama antara Umno dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) amat jelas.

“Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk TG Nik Abd Aziz Nik Mat.B eliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan. (baca di sini....)

“Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.." katanya.

Amalan Khurafat-Syirik Di Perak:

Menteri Besar Perak, Dr Zamri didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah orang kurang upaya. DUN Manong terletak dalam kawasan parlimen Kuala Kangsar.

"Upacara meletakkan tiang seri/tiang tengah rumah - dengan menepung tawar diiringi bacaan doa tertentu adalah amalan karut seperti mahu menjadi rumah itu aman... Kita (orang Islam) hanya diminta untuk bergantung kepada Allah," katanya.

Ketua pemuda PAS negeri Zawawi Hassan mendakwa upacara tersebut adalah amalan yang diwarisi oleh orang dahulu yang bersifat "karut, syirik dan dan bercanggah dengan akidah Islam". ( baca di sini....).

Program Tranformasi Ekonomi (ETP)- Membazir dan Berhala Maksiat:.

Projek Perdana Menteri DS Najib mahukan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan tetap dibantah oleh NGO-NGO.

PERKASA berdiri teguh dalam prinsip agenda memartabatkan perjuangan agama, bangsa, tanahair - secara tegas tidak akan kompromi dalam isu-isu yang menjejaskan martabat agama Islam. Saya berdiri teguh bersama-sama NGO lain yang membantah perlaksanaan hab hiburan malam ini,” kata ketua wiranya, Arman Azha Abu Hanifah dalam satu kenyataannya. ( baca selanjutnya...)

) . .

TPM: Melakukan amalan khurafat dan syirik mengikut tradisi nenek moyang bangsa Melayu mengakibatkan amalan buruk itu kekal berada di dalam masyarakat; apatah lagi jika ialya dilakukan oleh pemimpin/ umara sambil tidak ditegur oleh para ulama. Kita hairan mengapa berlaku 'berat mulut' Tuan Sahibussamahah yang bisanya mudah sensitif. Kadang-kadang menjadi bebalnya seseorang individu atau sesebuah masyarakat adalah akibat mereka tidak faham agama dan situasi, maka mereka suka menuduh macam-macam kepada orang lain. Itulah antara punca masyarakat akan bergelumang dengan maksiat dan dosa. Masyarakat akan ditutup mata oleh program-program bersyahwat anjuran pihak berkuasa tanpa memikirkan kesan buruk dan hukum dosanya.










sebuah puisi: ...

SELEPAS REHLAH

kelam yang bengap
tidak kelihatan gagak dan helang
tadi bersuara sayup ujung laut

daun-daun hasrat
pohon-pohon doa beratur

menyusuri alun-alun petang
panjang dan mengharap
kau kembali pulang.

10 jun 2009

Tapanji.....





..
.









PM 1Malaysia akan membawa masuk para pelancong yang akan menguntung dan mengkayakan negara. Para pelancong akan amat tertarik dengan 1Malaysia yang 'baru' nak adakan HAB HIBURAN MALAM. Para pelancong yang semua gelisah dan sakit jiwa akan datang berhibur malam di sini. Malam yang sewajarnya disepikan untuk beribadat akan dihingarkan dengan maksiat. "1Malaysia Maksiat Didahulukan, Pelancong Diutamakan."

Namun apa sambutan rakyat. Kita baca cetusan rasa NGO-NGO di negara kita berdepan karenah PM itu:

PPIM
."Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

GPMS
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim pula menggesa kerajaan memikirkan semula kewajaran tindakan itu kerana ia "punca kepada masalah sosial".

PPMM
..Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula mahukan perdana menteri menarik balik rancangan dalam program ETP itu bagi menghormati kedudukan agama Islam di sisi Perlembagaan Persekutuan. "PPMM juga merafak sembah kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong agar mempertahankan jati diri kebangsaan yang berteraskan kepada Islam dalam setiap tindakan kerajaan," kata presidennya Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan. "Kita risau (jika) spa dan disko diperbanyakkan, keupayaan kita untuk membendung masalah sosial bertambah buruk," katanya.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) pula berpendapat, Malaysia tidak sesuai dijadikan hab hiburan memandangkan negara ini diiktiraf sebagai negara Islam.

"Sebagai sebuah negara Islam, kerajaan seharusnya membangunkan industri pelancongan yang memberi peluang kepada pelancong untuk mengenali warisan Islam negara dan melihat masyarakat Islam negara ini yang hidup aman damai dengan kewujudan pelbagai agama," kata setiausahanya Dr Mohd Roslan Mohd Nor.

ILMU
“Secara prinsipnya, pusat hiburan, tidak kira di mana pun ia berada, tidak kira dibina oleh sesiapa pun, selagi ia bercanggah dengan hukum Allah, secara dasarnya ia tetap salah.

“Tetapi soal menegur, itu (hal) antara kami dan pemerintah dan tidak sewajarnya didedahkan (kepada orang ramai),” kata Fathul Bari yang menyertai Umno Jun lalu bagi tujuan “menasihati” pemimpin. Beliau adalah Pengerusi jawatankuasa Ulama Muda Umno (iLMU).

.DPPWP:
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan agar mengambil kira faktor perkembangan generasi muda dalam memacu negara.

“Jangan hanya melihat kepada keuntungan semata-mata, aspek pendidikan generasi muda dikorbankan,” kata Ketua Penerangan DPPWP, Fadhil Osman. Sehubungan itu, tegasnya DPPWP membantah sekeras-kerasnya tindakan Perdana Menteri itu.

“Dalam hal ini, DPPWP mempersoalkan apakah PM mahu rakyat Malaysia hidup dengan bercandukan hiburan, hidup dan mati di dalam kelab malam yang bakal bercambah di mana-mana.

“Apakah PM dan kerajaan tidak sedar bahawa pengaruh kelab malam dalam merancakkan industri maksiat yang mendorong perlakuan zina, sumbang mahram, rogol, minum arak, dadah, pelacuran, rogol dan lain-lain lagi?” soalnya.( baca lagi.....)

jagalah+hati-1.jpg katakan-tidak-kpd-maksiat.jpg Benci20Maksiat1.jpg

TPM: Maksiat pemimpin negara akan membenihkan maksiat rakyat. "Setiap kamu adalah pengembala. Setiap pengembala akan ditanya mengenai gembalaannya" Mafhum kata Nabi s.a.w itu menunjukkan tanggungjawab pemimpin. Di negara 1Malaysia kini, pemimpin sengaja membawa maksiat dan menghidangkannya. Para pelancong dialu-alukan membuat maksiat di negara 'Islam Hadhari' ini. Diam para ulama dan cendikiawan Islam bererti NA'AM. Kata Nabi s.a.w "Jika kamu dapati kemunkaran, maka hendaklah kamu ubah dengan kuasa (tangan), jika tidak berkuasa, ubahkan dengan teguran (lisan), jika tidak berupaya juga ubahlah dengan hati, tandanya kamu sudah lemah IMAN"....
Ini beberapa komen diambil dari Blog Tukar Tiub....maaf bang isham...
Botak berkata...

Syabas dan tahniah kepada PM
makin ramailah nanti anak muda yang tak balik rumah dan lepak kat kelab malam
makin ramai suami perut buncit tak kenal jalan balik rumah kerana togok air kencing setan kat kelab malam
makin banyak pula bapak tak kenal anak
makin betimbunlah pelacor melengkapkan peluang 3.3 kerja yang disediakan oleh ETP
makin banyak keperluan kerajaan membuka sekolah remaja bunting seperti di Melaka
makin banyaklah duit haram masuk dalam poket mat kasut kilat yang mengawal kelab malam
makin punahlah jadinya pegangan agama rakyat 1malaysia
makin gumbiralah umno

2010 Oktober 26 22:07

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Membanyakkan kelab malam?
mana perginya ulamak2 umno
mana lidah harusani mana anak noh
mana gst mana eee
mana perkosa mana kimmak
mana pemuda amno mana soi leak
mana sibontot bisol
setuju?
sooookooong?

2010 Oktober 26 22:12

Tanpa Nama Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Ini mesti idea Lakinajib. RM mesti dapatkan banyak2, mahu cari untung dari projek maksiat dan dosa.
40 penyamun sudah bela Lakinajib buat festival fesyen. Musti sudah jadi ssyaitan akhras....
Projek baru ini dijelas secara lantang mengalahkan projek2 di negara2 jiran...
dari maksiat akan muncul jenayah, rauah, dadah, zina dan sudah tentu meraguat maruah agama...

Hidup ETP!!!
Transformasi...! Transformasi...!! Transformasi...!!! menenggelam REFORMASI.
Belang Bini RM semakin jelas...

-ZUNODENG...

2010 Oktober 26 23:06

...
......

007 =*'''
Rabu 26. 10. 2010M
Dia telah 'menghalalkan' judi dengan janji akan memberi permit perjudian kepada seorang 'tauke judi' sebagai melayan Pesta Bolasepak Piala Dunia baru-baru ini. 'Pesta Judi Bola' itu tidak menjadi di ' negara Islam 1Malaysia' ini akibat herdikan sebahagian rakyat. Minggu lepas kunun 'first lady'nya (bukan isteri pertama) telah menaungi sebuah pesta juga "Festival Fesyen Islam (IFF) yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu kerana dikatakan satu penghinaan kepada Islam dan Rasulullah s.a.w.

Kini 'Negara Islam 1Malaysia' tadbiran Perdana Menteri, DS Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ia akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan meriahkan semula acara seperti F1 dan MotoGP.( baca di sini...)


Dr Ma'amor Osman SU Agung PPIM




"Tahniah kerana (kerajaan) berjaya menghancurkan rakyatnya," kata SUAgung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman sambil menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada pentadbiran perdana menteri sebelum ini, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

DS Najib mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu industri pelancongan.EPP mencadangkan penubuhan zon hiburan di lima negeri (tadbiran BN?), termasuk Lembah Klang yang akan menyaksikan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam menjelang 2014.

Menurut Malaysiakini Dr Ma'amor- pemimpin NGO Islam yang dilihat agak 'rapat' dengan kerajaan - berkata, rancangan ETP itu menyalahi pelbagai perkara, termasuk gagasan Wawasan 2020 yang mahu negara ini maju dengan acuan sendiri.

"Budaya kelab malam ini bukan budaya Timur. Ia budaya Barat, budaya berfoya-foya. "Saya ucap tahniahlah kerana berjaya mengkhianati negarawan negara (Dr Mahathir)," katanya.( baca selanjutnya...)

TPM: Takziah. Pesta-pestaan. Hiburan demi hiburan. Kata seorang pensyarah saya dulu " jika manusia perlu sangat kepada hiburan dan pestaan, tandanya mereka berada dalam suasana gelisah dan sakit jiwa! Adakah rakyat Malaysia dan pemimpinnya sakit jiwa dan sedang bergelisah. Atau adakah para pelancong yang akan terpikat dengan negara kita kerana mereka sakit jiwa? Mengapa kita sangat bersifat hedonisma yang merosakkan itu? Sakit jiwa benarkah pihak penganjur, penaungnya atau peminatnya?

Kita bimbang kita pasti dimurkai Allah SWT apabila pemimpin dan rakyat kembali ke zaman Jahiliyah atau bergelumang dengan maksiat dosa-besar yang tidak pernah ditentang habis-habisan oleh pemerintah. Maka DIA akan membiarkan rakyat, masyarakat, pemimpin, ulama syaitan akhras dan ulamaussu' (para ulama' syaitan bisu dan ulama jahat) yang tidak bertanggungjawab membetulkan fenomena busuk itu. Kita lagi bimbang kemurkaan Allah SWT itu akan mengakibatkan kita ditimpaNya dengan mala petaka, siksaan hidup dan bencana alam. Datang mala petaka, siksaan hidup dan bencana yang tidak mengira sesiapa itu; disebabkan tangan a.k.a kuasa manusia yang membuatnya tanpa menghormati hukum-hukum Allah.

Jika berlaku demikian, marilah kita berdoa agar kita sejahtera dalam iman dan selamat rohani, jasmani, kaum keluarga dan harta benda. Untuk kedegilan pihak tertentu yang mahu meneruskan projek-projek munkar itu, terlebih dahulu diucapkan TAKZIAH dan ءانا لله وءانا اليه راجعون



Pilihan Raya Umum Sudah Dekat!

"Masa di depan kita tidak banyak lagi. Saya tidak pasti bila PM hendak umum pilihan raya tapi hanya tinggal beberapa bulan saja ke hadapan.

"Mahu tidak mahu kita kena hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang," katanya ketia menyampaikan ucapan penggulungan dalam mesyuarat agung Umno 2010 hari ini. (baca di sini.....)

TPM: Tentang PRU dan perubahan dalam pimpinan Umno, DS Najib akan mesyuarat: "Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh, merujuk kepada tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu. Tarikh PRU berada dalam kehendak dan kuasa PM bersesuaian dengan iklim Umno-BN. Kalau jadi, akan jadilah. kalau tidak, tidaklah.........

**
Demi Talian Nyawa, Umno Nak Masuk Masjid

Naib Presiden Umno merangkap Ketua Perhubungan Umno Kedah, DS Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara. Katanya, ini kerana, masjid adalah merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam PRU, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja. (lihat lagi...)

TPM: Siapa yang salah bila Umno gagal menang di Ayer Hitam dan Pantai Padang Merdeka, maka perlunya Umno menggiat pendaftaran pemilihnya di masjid-masjid? Dah habiskah tempat lain maka Shafie mahu mengguna 'tempat larangan berpolitik' itu buat Umno menjinakkan penyokongnya. Sudahkah Shafie mendapat permit baginda sultan selaku Ketua Agama Negeri? Ramai manakah penyokong-penyokong muda Umno mendekati masjid?

***
Najib Macam Yakin Putrajaya Bukan Lagi Milik BN-Umno

Kenyataan Presiden Umno, DS Najib Razak bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan.

Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana PR sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN. (baca lagi di sini...)

TPM:Adakah DS Najib cuba menggambarkan bahawa PR akan merampas kuasa secara ganas? Adakah kenyataan tersebut dilontarnya akibat perasaan takut melihat sokongan rakyat semakin bertambah terhadap Pakatan Rakyat. Ianya juga mungkin menggambarkan Umno tidak boleh menerima jika PR benar-benar dapat menguasai Putrajaya. Sekali imbas kenyataan Najib yang juga Perdana Menteri itu semacam tidak menghormati sistem demokrasi Malaysia, malah berbau bahaya dan melibatkan Akta Hasutan.

Dr Maza: Pengajur Pesta Fesyen Muslim Perlu Pohon Maaf

Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan. (lihat di sini....)

TPM: Babil. Itu saja perkataan yang sesuai buat orang yang keras kepala, berkepentingan diri, degil dan merasakan dia saja yang betul. Selalunya sifat rakus, tamak, suka memerintah orang lain dan tidak peduli hukum, menambahkan lagi fe'el buruk orang yang babil. Orang yang bernafsu liar begitu wajib bertaubat dan diperbetulkan mindanya. Tapi sayang, kekuatan yang ada padanya membuatkan dia semakin leka dan bertambah babil. Namun mengikut hukum alam maka akan sampai jua ketikanya makhluk itu akan musnah. Kita tunggu lihat...

**Mana Perginya 40 Ulama Dan Tok Mufti tu...?

PERMATANG PAUH, 22 Okt: "Di mana perginya 40 ulama muda Umno dan mana dia mufti yang selalu tangkas mengeluarkan kenyataan bila berlaku sesuatu peristiwa yang menyebelahi Umno," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat fardhu Jumaat tadi.(baca selanjutnya....)

TPM: Kalau tidak ikhlas melakukan sesuatu, maka mudah jelas sifat riya'nya. Ternyata 40 ulama muda Umno yang menjelma tiba-tiba itu sudah hilang hingarnya. Kemana juga suara mufti yang sering senget memberi teguran? Apa 'minhaj' dan 'maqasid' mereka ??

*** Umno Tuduh Bakal Calon PRK Galas Khalwat ???

Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh. (sila baca karenah ni ....)

TPM: Macam-macam cara permainan politik Umno. Berani mereka buat cereka fitnah demi menangguk undi. Celaka sungguh orang yang sanggup menggalas DOSA FITNAH tanpa mengira hukum dan adab. Penulis cereka yang mahu memburukkan orang lain begini selalunya akan menerima keburukan yang lebih hina. Permainan kotor pihak Umno bila ada PRK, BUKAN SEKALI terjadi, ACAP DAH; sebab itulah Dr Madey pernah menyatakan "Umno sudah busuk hingga ke usus!!"

Firman Allah:ومكروا ومكرالله والله خير الماكرين

Ucapan Presiden Umno DS Najib Razak di perasmian persidangan agung Umno di PWTC semalam, yang menyebut: "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" membayangkan mimpi ngeri pemimpin Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam PRU13 nanti. (ucapan Najib seterusnya...)

Najib perlu sedar bahawa Malaysia bukan harta pusaka Umno BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihan raya.

Apakah maksud ucapan Najib “walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”. “Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad.

“Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.

“Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat,” ujarnya. (baca lagi....)

badawi najib rubbing nose


Betul ke ada orang kata Umno kita ni makin busuk???
TPM: Kah...kah...kah.


SATU:
Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang.( maklumat di sini....)

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008. Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

TPM: Semoga PRK Galas akan berlangsung baik. Semoga cuaca di hari memangkah juga baik. Semoga para pengundi dapat menilai yang baik. Semoga keputusan PRK Galas juga baik dan memihak kepada baik. Insya Allah.


DUA:


TV3telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu. Iklan "Sinari Lebaran" yang disiarkannya didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Iklan itu menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan, ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha.

Siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”. (baca dan lihat...)

TPM: Sebenarnya banyak lagi siaran yang menyentuh sensitiviti umat / hukum Islam yang telah disiarkan oleh TV3. Suatu waktu dulu TV3 menganjurkan Sure Heboh. Program hiburan itu diharamkan di Negeri Perak. Kini Jom Heboh juga terdapat unsur-unsur hiburan melampau yang boleh merosakkan masyarakat dan agama Islam.

TIGA:


'Pak Pandir' ditugaskan untuk menghantar sejumlah ayam dengan menaiki motosikal. ”Bagaimanapun beliau terlibat dalam kemalangan menyebabkan ayam-ayam yang dibawa itu bertempiaran lari. Beberapa orang di tempat itu cuba membantu Pak Pandir untuk menangkap ayam-ayam berkenaan, namun Pak Pandir cuma ketawa melihat keadaan itu. "Pak Pandir kata, (Ayam-ayam) itu hendak pergi ke mana sebab alamat ada dengan aku. Kita jangan jadi bodoh macam itu," Secara berseloroh, wakil Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad yang disambut gelak ketawa hadirin. Alwi menggesa para ahli Umno melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan tidak bersikap seperti 'Pak Pandir.' (sila baca...)

Bercakap membahaskan usul ucapan dasar presiden di PAU, Md Alwi juga berkata Umno juga tidak mendapatkan sokongan walaupun giat memberikan banyak bantuan, seperti yang diperhatikannya di Kelantan. Katanya, sumbangan oleh Umno itu tidak mempunyai "roh keikhlasan," menyebabkan penerimanya tetap menyokong parti lawan walaupun bantuan demi bantuan dihulurkan.

TPM: Alwi membuka tembelang bahawa " 1- Para pemimpin Umno kurang cerdik, macam Pak Pandir. 2- Sumbangan / bantuan kerajaan Umno-BN kepada rakyat Kelantan ada tidak ikhlas!"

Sungguh malang, tulisan "Muhammad" dalam Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada seorang daripada peraga fesyen yang tidak menutup aurat yang disifatkan sebagai menghina Islam dalam Pesta Fesyen Islam atau Islamic Fashion Festival (IFF)

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkn oleh IFF tersebut," kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini, walaupun dilabelkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu...( baca selanjutnya......)

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri Perdana Menteri itu yang didakwa jelas menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran festival fesyen 'Islam' di Kuala Lumpur itu.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. ( ikuti lagi di sini......)

TPM: Islam Hadhari atau Islam 1Malaysia. Alangkah ramainya pak angguk di dalam Umno hinggakan apa yang para pemimpin dan isteri mereka buat, boleh mereka buat taktau saja... Islam tercalar ke, Melayu tergugat ker....negara tergencat ker....maruah tergadai ke..... pak angguk @ yesmen lahap menelan fulus dan apa saja...

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil mencadangkan konsep 'Ketuanan Melayu' digantikan dengan 'Kemuliaan Melayu' yang kini lebih relevan kepada masyarakat itu.

Ketuanan Melayu mungkin sesuai suatu ketika dulu. Tetapi jika kita lihat keadaan politik hari ini, konsep yang perlu dihidupkan semula adalah Kemuliaan Melayu,” katanya.

Berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno, Shahrizat berkata konsep berkenaan mampu membantu Umno mendapatkan semula keyakinan dan intergritinya daripada rakyat.( baca selanjutnya...)

TPM: Ketuanan makna mudahnya ialah 'bersifat tuanpunya', ampunya. Kemuliaan bermakna sifat mulia, dihormati. Umno, sama ada pemimpin atau penyokong tegarnya telah lama melaungkan semangat 'ketuanan' terhadap tanah air Malaysia ini. Bahawa Negara Malaysia adalah milik tunggal bangsa Melayu sebab itulah ianya disebut 'Tanah Melayu'/ Persekutuan Tanah Melayu. Memang logiknya 'Malay' adalah bangsa pemilik 'sia' ini sebagaimana bangsa Rus memiliki 'sia' lalu ianya disebut Rusia.
Oleh kerana slogan 1Malaysia mahu diselaraskan, maka dalam PAU (Persidangan Agung Umno) kali ini frasa 'Ketuanan Melayu' jadi malap. Ketua Wanitanya menyebut 'Kemuliaan Melayu'. Adakah wajar 'Kemuliaan Melayu' itu menjadi tema baru sedangkan sejak 53 negara merdeka dan 63 tahun Umno menjadi tulang belakang pemerintahan negara, bangsa Melayu tidakpun menonjol kemuliaan mereka di dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Apa yang kita nampak hingga kini mereka masih bergantung kepada orang lain. Mereka masih berada di belakang, 'sakit' dan mengharapkan penawar.