Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil mencadangkan konsep 'Ketuanan Melayu' digantikan dengan 'Kemuliaan Melayu' yang kini lebih relevan kepada masyarakat itu.

Ketuanan Melayu mungkin sesuai suatu ketika dulu. Tetapi jika kita lihat keadaan politik hari ini, konsep yang perlu dihidupkan semula adalah Kemuliaan Melayu,” katanya.

Berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno, Shahrizat berkata konsep berkenaan mampu membantu Umno mendapatkan semula keyakinan dan intergritinya daripada rakyat.( baca selanjutnya...)

TPM: Ketuanan makna mudahnya ialah 'bersifat tuanpunya', ampunya. Kemuliaan bermakna sifat mulia, dihormati. Umno, sama ada pemimpin atau penyokong tegarnya telah lama melaungkan semangat 'ketuanan' terhadap tanah air Malaysia ini. Bahawa Negara Malaysia adalah milik tunggal bangsa Melayu sebab itulah ianya disebut 'Tanah Melayu'/ Persekutuan Tanah Melayu. Memang logiknya 'Malay' adalah bangsa pemilik 'sia' ini sebagaimana bangsa Rus memiliki 'sia' lalu ianya disebut Rusia.
Oleh kerana slogan 1Malaysia mahu diselaraskan, maka dalam PAU (Persidangan Agung Umno) kali ini frasa 'Ketuanan Melayu' jadi malap. Ketua Wanitanya menyebut 'Kemuliaan Melayu'. Adakah wajar 'Kemuliaan Melayu' itu menjadi tema baru sedangkan sejak 53 negara merdeka dan 63 tahun Umno menjadi tulang belakang pemerintahan negara, bangsa Melayu tidakpun menonjol kemuliaan mereka di dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Apa yang kita nampak hingga kini mereka masih bergantung kepada orang lain. Mereka masih berada di belakang, 'sakit' dan mengharapkan penawar.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda