"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah. Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk: "Eskay (bersumpah) wakili semualah."

TPM: Boleh wakil, wakil pulak. Macam mempermainkan perkara serius. Memfitnah itu benda serius yang boleh merosakkan maruah orang lain. Dendam yang membuak-buak akan mengakibatkan manusia hilang kewarasan dan sanggup melakukan apa jua; apatah lagi jika rasa terjamin 'tidak diapa-apakan pihak berkuasa' malah akan dilindungi.
  • ‘Datuk T’ Eskay mahu buat sumpah laknat esok

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan bahawa tiada pihak yang berhak merampas apa-apa daripada sesiapa, apatah lagi jika daripada negara yang berdaulat. “Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat. “Insya-Allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia,” tulisnya Nik Aziz di laman twitter.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan demikian selepas pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W Jones di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu, tengah hari ini yang menyentuh mengenai isu Palestin.

TPM: Siapa tidak kasihkan negara? Hubbul-watan minal imaan. Orang lain tidak berhak ke atas milik seseoarng individu lain, nombor satunya keyakinan seterusnya nyawa, keluarga, harta benda, ilmu, kampung halaman, bangsa negara dan tanah air.

SHAH ALAM, 10 April- Harakahdaily: Pemuda PAS Selangor mendesak NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menarik balik kenyataannya yang membawa pengertian pegawai Kastam, Ahmad Sarbani terlibat dengan rasuah dan sanggup membunuh diri kerana ia satu kenyataan yang melampauai batas-batas nilaian kemanusian..


"Kenyataan JMM mempunyai agenda jahat dan tidak bertamadun," kata timbalan ketuanya, Zaidy Abdul Talib. ( baca lagi...) JMM sebelum ini juga pernah memburukkan imej Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyamakan beliau sama seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin.

TPM: Adakah NGO Melayu ni ditubuhkan untuk membela satu pihak dan membunuh satu pihak demi kepentingan diri dan fulus? Adakah JMM menjadi tali-barut kejahatan yang kerjanya mengadu-domba kearah perpecahan umat? Adakah NGO ini ditubuhkan oleh orang-orang yang tidak waras?

Kedudukan Malaysia berada di tempat kelima antara negara seluruh dunia yang terlibat di dalam rasuah.

Negara ini, terlibat di dalam rasuah dengan jumlah wang sebanyak RM888 bilion seperti didedahkan sebuah majalah Amerika. (baca di sini....) dan (sini...)

TPM: Negara kita, Malaysia sekarang dipandang lebih 'rasuah' daripada tahun sebelumnya, berdasarkan laporan terbaru Transparency International yang dilancarkan semalam.... Dalam pada itu orang-orang SPRM sangat ditakuti oleh pegawai-pegawai kerjaan yang terlibat secara langsung dengan pablik; manakala Bangunan SPRM telah dianggap ' berhantu' kerana hingga kini sudah dua orang menjadi mangsa musykil. Mereka telah menjadi korban dibunuh, kena bunuh, bunuh diri, terbunuh atau menjadi mangsa hantu (?)...seorang berbangsa Cina, seorang berbangsa Melayu dan seorang lagi menanti mati di Bangunan SPRM...seorang berbangsa India! Baru mantap, 1Malaysia!!! ....
.

Barisan Nasional Ikrar Jadikan S'wak Negeri Terkaya
Malaysiakini - Apr 7, 11 4:30pm

Daripada antara negeri termiskin, BN Sarawak berjanji dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia. :)

NONEPada majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “ hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.” ( baca lagi.....)

TPM: Selepas pilihanraya DUN ini, Sarawak akan menjadi negeri terkaya di 1Malaysia. Rakyat Sarawak akan didahulukan, kekayaan mereka akan diutamakan. Janji pemanis ini adalah umpan mendapat sokongan dan pangkah (X) para pengundi untuk Barisan Nasional Sarawak pimpinan TS Abdul Taib. " You help me, I help You ", itu kata PM Najib. Barangkali begitulah juga hasrat TSAT, si Ketua Menteri 74 tahun itu (Usia KMnya sudah lebih 30 tahun. Namun apa kata / rintihan rakyat Sarawak di bawah:

Insan Dan Sanubari
" Ibubapaku diberi rasuah RM30 oleh BN untuk setiap kali pilihanraya. Kemudian adikku diberi rasuah RM150 setiap kali pilihanraya. Bila aku sambung belajar dan semakin dewasa barulah aku mengerti dan betapa sedihnya aku mengenang nilai dan harga maruah ibubapa dan keluargaku diperlakukan oleh BN. Rupanya ibubapaku cuma menerima upah 000000.10 sen sehari untuk memperkayakan pemimpin BN." :(

8 pegawai imigresen hadapi 82 tuduhan terima suapan - Malaysiakini
Apr 7, 11 5:26pm

Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat Shah Alam,
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 82 pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM122,140 sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat, tahun lepas.

Bagaimanapun, Md Shahrizal Che Dan, 26; Nor Shahazlina Sulaiman, 25; Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25; Mohamad Huzzail Ahmad, 31; Ahmad Zahed Abd Alim, 28; Mohd Hafiz Zakaria, 27; Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 26; dan Azmir Mahadi, 28, mengaku tidak bersalah. (Baca lagi....)



TPM: Sakitnya hati ini menatap berita kemasukan PATI masuk memecah tingkap negara. Pegawai-pegawai beruk muda membenar mereka masuk sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risiko kepada negara, rakyat dan diri mereka sendiri. Kecik-kecik tidak nak mati, bila besar menyusah dan membahayakan negara. Apa punya pegawai, apa punya otak tidak berfikir ker. Atau dah tersumbat dengan pilkuda atau tipuan dunia. Mereka patut dikenakan hukuman berat selain akibat bersalah dengan SPRM!
Bayangkan purata setahun pendatang tanpa izin yang ditahan hampir 700,000.. pelacur warga asing sahaja mencecah puluhan ribu setahun.. 600 ribu pendatang asing dikesan melalui projek IC di Sabah.. banyak jenayah yang dilakukan oleh PATI ini.....

Harian Metro, Sabtu, 11 Disember 2010, hal. 6

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Beliau berkata, dalam kes seperti ini, paksaan untuk berubah bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membantu wanita itu.

“Suzie boleh meneruskan pekerjaannya sebagai GRO, tetapi dalam masa sama dia hendaklah tidak reda melakukan kerja itu sehingga mendatangkan kebosanan dan tidak seronok untuk bekerja lagi.

“Dengan cara itu, dia boleh berubah sedikit demi sedikit, kemudian mencari pekerjaan halal yang lain, dia perlu berhenti terus melakukan kerja lamanya itu.

“Suzie perlu menganggap kerja dilakukannya itu kerana sedang dalam keadaan darurat dan perlu cepat-cepat menukar pekerjaan.

“Sebaliknya, pihak yang membantu pula perlu memberi bimbingan. Sebagai contoh nasihat yang baik dan mengingatkan dirinya mengenai setiap yang hidup pasti akan mati supaya dia tidak terus melakukan dosa,” katanya.

Menurutnya, wanita itu memerlukan kumpulan penyokong yang kuat yang akan terus memberi semangat untuk dia berubah seperti rakan, jiran dan kewaja sendiri.

“Siapa kita untuk menghukum kesilapan dilakukan Suzie. Jika dia bertaubat nasuha, dosanya semua akan kosong dan dia akan jadi seperti bayi yang baru lahir. Itu janji Tuhan kepada kita.

“Oleh itu, masyarakat tidak boleh menuding jari kepadanya, sebaliknya sama-sama memberi dorongan untuk berubah,” katanya.

Beliau turut menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredhai.

“Saya percaya wanita ini mempunyai masalah dalaman yang agak sukar diungkapkan kerana berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, masyarakat sekeliling harus membantunya keluar dari pekerjaannya ini dengan memberi sokongan dan dekati diri mereka sebagai rakan akrabnya,” katanya.

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara terang-terang mempertahankan seorang ADUN Lenggeng Mustaffa Salim dari Umno yang dibuktikan bersalah atas tuduhan rasuah adalah satu tindakan tidak bermoral BN.

“Bayangkan kalau baru sepenggal jadi YB dah mula buat perangai, bagaimana kalau 30 tahun jadi pemimpin, berapa banyak kekayaan negara akan disapu?” soal Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

NONESelain itu, katanya, PAS turut menasihatkan Mustafa supaya meletakkan jawatan dengan segera sekiranya beliau masih mempunyai rasa tanggungjawab, maruah dan harga diri.

“Rayuan hanyalah prosedur perundangan bukan kaedah yang boleh menggambarkan maruah diri bagi menjaga nama baik,” nasihat beliau.( Malaysiakini....)

TPM: "“Sebagai pimpinan utama, sepatutnya perdana menteri menasihatkan beliau untuk meletak jawatan bagi menjaga maruah parti,” katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar. Kah...kah..kah.. parti UMporNO ni masih ada maruah ker??? Lagu tu lah sokmo.

Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini membidas pihak yang mendalangi video lucah untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang. Katanya, rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

NONE"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya.

“Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," kata mantan menteri kewangan dan bekas naib presiden Umno itu.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," katanya.

Menurut Razaleigh biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri. (Baca berikutnya....)

TPM: Mempercayai berita dari ORANG FASIK???

adudomba“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Malaysiakini April,2: PR mengharapkan sentimen pengundi bagi menolak kepemimpinan Taib yang diselubungi dengan dakwaan-dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, merampas tanah adat Orang Asal dan kemiskinan luar bandar sebagai pemangkin untuk membuat kejutan pada PRU DUN Sarawak ini.

najib abdul razak and taib mahmud in sarawak 190311Tengku Razaleigh Hamzah berkata jika PR berjaya menafikan majoriti dua pertiga kepada BN, ia membawa implikasi tersendiri kepada kelangsungan gabungan itu sendiri di peringkat Parlimen.

“Sudah tentu (ia mempunyai impak) kerana keadaan di bawah tentukan keadaan di atas. Oleh sebab itu, keadaan ini akan tentukan kedudukan Parlimen dan Kerajaan Pusat,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

TPM: Semua orang angkat no.1 terpacak tinggi. DA TS Taib Mahmud seorang saja yang tidak terpacak kuat, maklumlah... keyakinan beliau sudah ikut merosot terhadap sokongan rakyat. Namun selagi masih banyak spesis Tetipah atau Tipah-tipah, maka selagi itulah beliau akan cuba memacak lagi, melangkaui 30 tahun beb!

Bukan April Fool: Harga Petrol RON97 naik 20 sen.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global. (kelih sini...)

  • LaBu HiTam nak buat mcamana..... rakyat kita kan semua ada emas berkilo2 dalam rumah...
  • Akhtar Ab Karim ‎:Tahniah kepada rakyat yang memangkah..silalah pangkah lagi tahun ini dan tahun-tahun mendatang... Gua tunggu signal REVOLUSI je...
  • Adnan Hashim NAIK LA BPE PUN.. ADA AKU KESAH? MLALAK..MMEKAK DJLNAN KE PRLIMEN KE SAPE YG NK AMBIK POT. SDIRI MAU INGT ORG MALAYsia.
  • Mohd Zahrin bersabar..kita terpaksa menanggung hutang yang banyak (sure gua kena kutuk lepas ni)
  • Adnan Hashim HUTANG BNYK SURH RKYT BRJIMAT TP PK MENTRI N BINI PK MENTRI DOK PERBIH DUIT RKYT..CMNE TU?

    محمد الحاج اسماعي ron95 bila nak naik...kasi naiklah mlm ni....naikkan 50 sen....barulah xada kesesakan jln raya...kah kah kah...
  • TPM: Itulah antara keluhan rakyat. Share Kata Pyanhabib Rahman dalam FBnya: PETROL: Eleh, RON97 naik 20 sen apa nak heran, rakyat Mesia belum papa kedana!.

    Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan Rabu, Januari 5, 2011 Harga minyak Ron 97 naik 10 sen menjadikan RM2.40 dan harga minyak tanah juga dinaikkan. Kini 1 April 2011 di'selaraskan menjadi RM2.70... sebelum akhir tahun ini akan jadi berapa daaa


    .