Cerita kontroversi politik di negeri Perak belum reda, pilihan raya kecil di kawasan parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan Batang Ai akan berlangsung 7 April, manakala persidangan Agong Umno mula bersidang.... alih2 akbar popular serta sensasi politik milik PAS dan PKR digantung 3 bulan. Ini mesti ada something wrong some where...

Itulah nasib media massa milik parti pembangkang. Sudah acap kali akbar HARAKAH disekat pengedarannya malah pernah digantung pengeluarannya. Kerajaan BN dengan kuasa Kementerian Dalam Negeri bermenterikan DS Syed Hamid Albar dari Umno kali ini barangkali gerun dengan situasi mencemaskan Umno dan BN akhir2 ini. ' Berkat kerja' KDN di bawah dagu Pak Syed itu, PAU menghadiahkan beliau 'gagal' memenangi pemilihan ahli2 bagi jawatan Naib Presiden dan ahli MT. Tahniah Pak Syed kerana mendapat hadiah tersebut.

Kesan besar penggantungan itu sudah tentu akan terasa oleh PAS dan PKR, staff kedua2 akbar itu, pengedar2/penjual2nya dan penyokong2 @ pembaca tegar akhbar2 terbabit. PKR bertindak mahu menerbitkan juga SUARA KEADILANnya. Ketua Umum PKR menuduh pihak penguasa BN telah berkuku besi terhadap kebebasan media massa pembangkang.

Pihak akbar HARAKAH pula merancang untuk menerbitkan juga akhbar bernafas politik PAS terkini demi menyahut kehendak penyokong di samping sebagai keperluan asa menjelang PRK yang bakal menjelang 7 April itu. Kabarnya akhbar baru itu berjenama HUJAH dengan isi. asam garam perencahnya serupa HARAKAH. Kita tetap alu2kan apa jua jenama dan bahan akhbar yang boleh dan berupaya menterjemah 'kebenaran' dan mendedah kebobrokan demi menjernih situasi sosio-politik negara Malaysia Boleh ini.

Pihak yang menggantung kedua2 akhbar tersebut beralasan kedua akhbar itu menyebarkan fitnah yang boleh memecahbelahkan keharmonian masyarakat Malaysia Boleh ini, namun bagaimana pulak dengan berita2 dari RTM & TV3 dan akhbar2 arus perdana. Sewajarnya masyarakat yang prihatin dengan kebenaran bertindak pula menggantung ' tontonan ' RTM, TV3. Mursyidul'am PAS, TGNik AbdulAziz pula menyarankan agar mayarakat ikut menggantung pembelian dan bacaan akhbar2 Berita Harian juga Utusan Malaysia. Persoalan yang menghantui kita: Mengapa mereka amat takut dengan HARAKAH & SUARA KEADILAN?

Rakyat yang mengikuti perkembangan politik tanah air sudah tahu berita mutakhir Persidangan agung Umno (PAU) mengenai penjawat baru parti 'tulang belakang ' BN itu. Berlaku kekecohan kecil di luar dewan akibat berita keputusan pemilihan Ketua Pemuda Umno berpihak kepada Khairy Jamaluddin menantu Pak Lah.

KJ mengalahkan Mukhriz anak lelaki mantan PM Tun Mahathir dan mantan MB Selangor Khir Toyo. Laungan ' Mukhriz, Mukhriz, ..Mukhriz..' bersahutan dengan tempikan 'Khairi rasuah, Khairy rasuh...Khairy rasuah...' Penyokong kedua2 belah pihak saling mencabar, tidak dapat menerima hakikat dan mereka berhisteria, mujurlah tiada pertumpahan darah berlaku.

PAU berlangsung sudah dengan acara kemuncaknya, pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Naib2 Presiden dan ahli2 Majlis tertinggi (MT). Walaupun berlaku banyak perubahan jawatan kepada orang2 baru, namun dikatakan keadaan parti orang2 Melayu itu tetap tidak akan berubah.

Kesan besar dari keputusan pemilihan yang berlangsung itu, banyak orang2 besar yang terkandas, gagal mendapat kedudukan baik seperti yang kehendaki. Kita tunggu pula perubahan penjawat2 Menteri dan Timbalan Menteri kabinet yang akan berlaku selepas ini. Bulan April in, akan berlansung PRK di kawasan parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai di samping pastinya akan berubah juga nama2 baru mengisi Kabinet Malaysia pasca PAU....yang pastinya Datuk Shahrir Samad telah pun meletak jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Bagaimana pula dengan Menteri Pelancongan, Menteri Dalam Negeri, beberapa orang timbalan menteri kabinet dan menteri2 besar? Sekali air bah sekali pantai berubah. Maka akan hilanglah rezeki dan status beberapa orang itu dan bagaimana pula dengan nasib DS Mohd Ali Rustam KM Melaka yang terlebih dahulu tercicir dari memasuki gelanggang pemilihan gara2 politik wang?

NIZAR CALON PAS DI BUKIT GANTANG ~~Harakahdaily
Mon | Mar 23, 09

TAIPING, 23 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan. Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu. - azm _

TPM: Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin adalah orang yang paling popular di negeri Perak Darul-Rihuan sepanjang bulan lalu, februari 2009. Seorang MB dari PAS yang dilantik setahun lalu selepas PRU12 hanya berkuasa di kerusi Menteri Besar negeri itu selama 10 bulan lebih sebelum disingkir oleh mainan politik BN-UMNO.

Bermula dari beberapa YB katak dari PKR yang ke sana ke mari setelah tersadung rasuah dan isu peribadi. Mereka diberi perlindungan oleh big boss dari Putrajaya, 'terhilang' dan muncul semula dengan sengih yang lain. Keadaan menjadi hingar sehingga BN berasa terdesak untuk memasuki Istana Iskandariah menangguk jawatan MB dari Sultan Perak. Peluang BN menambat hati tuanku memberi peluang pula kepada Datuk Dr Zambry Abd Kadir ADUN BN dari Pangkor menduduki kerusi MB.

Suasana semakin gawat, sedikit bumi Perak tidak jauh dari istana telah dilitup gas pemedih mata FRU punya. Rakyat penyokong2 PR diterjah gas dan berbagai tuduhan. Nizar dan exconya dituduh menentang raja kerana sembah 'mohon derhaka'nya. Media arus perdana geger merebut peluang menghina Nizar, exco2 dan PR. Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin tetap dikira penguasa kerusi MB dari segi Undang2 Tubuh Negeri Perak oleh PR serta sebahgian besar rakyat Perak. Banyak pengamal undang2 yang ber'etika' berpihak kepada YB Nizar bahawa beliau adalah Menteri Besar yang SAH bagi negeri itu.

Persidangan DUN diadakan di bawah pokok kerana pintu DUN dikunci rapat oleh pihak SU Kerajaan anjuran BN, dikawal rapi pula oleh pihak polis. Speaker DUN YB Sivakumar dituduh macam2 sehinggalah bertambah pelbagai isu baru yang mengheret ke laporan polis, undang2 tubuh negeri, kitab perundangan, pertukaran hakim, mahkamah dan mengadap 'Lord Reid' di London. Peristiwa ini telah menambah lagi catatan 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi negeri Perak Darul-Ridhuan.

Bagaimana pun tarikh 7 April 2009 nanti akan menentukan percaturan maruah antara Pas-PR, Umno-BN dan Nizar calon Pas vs Ismail Saffian calon BN untuk kawasan parlimen Bukit Gantang. Kita tunggu berita keputusan PRK tersebut dan kita nanti pula impaknya kepada iklim politik tanah air seterusnya.


Pemerintahan khalifah ke 2 dari sistem Khulafa al-Rasyidiin adalah bertumpu kepada pembangunan, kemajuan dan penyebaran Islam ke luar kawasan. Amirul-Mu'minin Umar bin Al-Khattab r.a mentadbir negara Islam dengan penuh prihatin dan adil. Baginda amat teliti menjaga kepentingan rakyat dan sangat bimbang akan dirinya dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak jika pentadbirannya tidak menepati kehendak Allah dan rasulNya.

Manakala Umar bin AbdulAziz (682-720M) adalah khalifah Bani Umaiyah ke 8. Beliau adalah cicit kepada Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a. Kkalifah Umar bin AbdulAziz juga digelar Umar II kerana pemerintahannya yang juga adil, telus dan penuh prihatin terhadap rakyat..

Di Malaysia ini, belum ada seorang PM atau pemimpin BN yang mengambil corak pentadbiran sebagaimana pemimpin-pemimpin Islam terdahulu. Kita tabik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang acap benar menyebut dan mengiktiraf keistimewaan Khalifah Umar bin AbdulAziz itu. Beliau mahu menjadikan Umar sebagai idolanya dalam melaksanakan pemerintahan kerajaan PR di Pulau Pinang. Kita harap beliau ikhlas mencontohi Khalifah Umar dan berhasil mencapai kemakmuran seperti zaman khalifah tersebut di Damsyik seribu tahun lebih yang silam.

Ismail Safian calon BN di Bkt Gantang~~ Malaysiakini.
Mar 14, 09 12:32pm

Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak, 7 April depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taiping hari ini. Najib juga merupakan pengerusi Umno Perak.

Najib juga dijangka mengumumkan calon BN bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah petang ini.

Latar Belakang Ismail Safian Calon BN di Bukit Gantang.

Ketua Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Ismail Saffian,48, telah dipilih sebagai calon BN bagi parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil pada 7 April ini. Ismail yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang tewas dalam pertandingan Ketua UMNO Bahagian di tangan Datuk Rosli Husin baru-baru ini.

Beliau yang sedang mengikuti pengajian sarjana pembangunan pelancongan di USM, Pulau Pinang (secara kajian) dikatakan calon yang paling popular sebelum ini. Tambahan pula beliau adalah bekas Setiausaha, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dari Mei hingga Julai 2008.

Beliau juga merupakan seorang aktivis Belia 4B di kawasan parlimen Bukit gantang di mana beliau pernah menjadi Pengerusi Belia 4B Bukit Gantang dari tahun 1998 hingga 2004.

Beliau pernah menjadi Setiausaha BN Bahagian Bukit Gantang dari tahun 1999 hingga kini. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Bukit Gantang dari tahun 1999 hingga 2004.

Bapa lima anak ini mempunyai pengalaman kerja yang luas di KEDA, Alor Star; MRSM, Taiping; Majlis Daerah Kerian, Parit Buntar; Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

Golongan Celaka Mahu Teruskan PPSMI ~~Harakahdaily
Wed | Mar 04, 09

"Tindakan tersebut merupakan satu perbuatan menipu bangsa sendiri." Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang menggelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka.

Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri. "Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta Imagelebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi.

Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. "Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan," kata beliau.

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan. Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu pada Februari lalu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid.

(Berita ini dipetik daripada Harakah dan laman web Presiden PAS)

TPM: Baru-baru ini kecoh besar di beranda Bangunan Parlimen beberapa gedeber Pemuda Umno menyergah dengan bengkeng terhadap OKU tersohor dalam politik negara kita, Pengerusi DAP merangkap AP Bukit Gelugor YB Karpal Singh. Golongan tunjuk gedeber Pemuda itu amat tersinggung 'kunun'nya kerana celupar Karpal menghadiahkan kata 'celaka' kepada mereka. Sudah tentu ada 'something wrong some where' membolehkan Karpal menujah kata tersebut kepada sayap musuhnya. Pak Ku Mat Rithauddin saran agar sayap ini dipotong buang! Melenting juga mereka dengan saranan Pengerusi Disiplin mereka tu hingga dituduh nyanyuk oleh Pemuda.

YB TG Haji Abdul Hadi Awang pula memang tepat mencelakakan golongan penerus PPSMI ni. Memang 'panas' isu yang diperjuangkan hingga berlaku 'tunjuk kasih' bahasa dengan harapan mengumpul 100,000 orang Sabtu lalu di Bandaraya KL. Klimaksnya mereka ke Istana Negara menyerahkan memorandum kepada Paduka Agong. Peristiwa 'Hari Ini Dalam Sejarah' Bahasa Melayu itu walau pun tidak terkumpul ke angka 100K, namun kehadiran sudah memuaskan.

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said, mantan Pengarah DBP Dato' Dr Hassan Ahmad (tidak kelihatan pun pegawai-pegawai DBP sekarang bersama orang-orang GAPENA, Prof Ismail Husein di mana anda?), beberapa pensyarah IPTA dalam bidang Bahasa Melayu ikut serta bersama penunjuk-penunjuk kasih Bahasa Melayu. Mereka terpaksa bernafas dalam udaragas pemedih mata semburan/anjuran pasukan polis FRU Negara Malaysia pimpinan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu. Parti Kebangsaan Melayu yang difokuskan agar prihatin dengan perjuangan Gerakan Mansukhkan PPSMI (GMP) ini.

Para pejuang itu setelah lama bersidang, memohon, berikhtiar dan mencari jalan agar pihak kerajaan khususnya Menteri Pelajaran tidak memandang sepi dengan kebejatan PPSMI bagi masa depan anak-anak bangsa Melayu. Namun perkara dibenci itu berterusan 6 tahun dan sudah banyak yang dimangsakannya. Berbagai cara dan perbandingan diketengahkan buat perhatian pihak kementerian pimpinan Ketua Pemuda UMNO merangkap calon Naib Presiden Umno (pemilihan agung hujung Mac nanti), namun Dato' Seri Hishamuddin Husein tegaskan balik dengan bermacam alasan. 'Ada dalang politik, dia tidak tergugat untuk ke pemilihan tersebut'. Apa-apa aje lah Labi!!! Engkau ada kuasa di saat ini.

Kita menunggu risiko atau akibat yang akan terjadi setelah dua kali celaka mengenai kepala seseorang. Kita teringat peristiwa di Baghdad hujung tahun lalu, mantan Presiden Amerika George W Bush dijatuhkan lagi maruahnya (yang memang tidak bermaruah) dengan dua kali lontaran kasut oleh wartawan Iraq Muntadher al-Zaidi. Itulah ucapan selamat tinggal buat Bush sebelum dibesarakan rakyat AS. Kita tunggu kecelakaan bagaimana akan menimpa pada para penerus PPSMI!

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kementerian Pelajaran mengambil keputusan segera berhubung isu PPSMI bagi mengelakkan isu itu menjadi lebih besar.


tiada apa ucapan yang layak diberi kepada ds khir toyo atas keceluparannya mahu menggocah ts khalid selain 'alang2 menyeluk pekasam biar lengan berbau busuk', khir bukan silap, dia sengaja demi capai pepulariti dan melaksana dendam kesumat.

dia mantan MB selangor yg telah bahagia dgn jawatan itu. terbalik 'kot' dia kini menjadi ketua pembangkang di DUN yang dulunya dia menjadi bos.dia mahu sangat ts khalid tergugat dengan asakannya... dia mahu asakannya itu membuah hasil baik buat modal ke pertandingan Ketua Pemuda UMNO Mac nanti. besar maknanya. khir memang bijak. namun dia bodoh dengan menilaikan dirinya saja yg bijak, orang lain tidak.

akibatnya nanti...khir akan terjerat, yang dikejar tak dapat yg dikendung akan mengheret dirinya ke kandang OKT di mahkamah. barangkali akan ada gocahan terbaru khir terhadap ts khalid untuk menepis dan memalu badan khalid sebelum khir meneruskan perlawanan di gelanggang merebut KP UMNO.. 'game' semakin sedap utk ditonton. bravo khir! mantan MB vs MB.. dr gigi vs tokoh koperat...isu hartanah di mekah vs isu lembu korban...

siapa pulak akan terkorban? siapa pula akan KO?

Abdullah Md Zin Appointed PM's Religious Advisor

KUALA LUMPUR, March 2 (Bernama) -- Former Minister in the Prime Minister's Department Datuk Dr Abdullah Md Zin has been appointed religious advisor to the prime minister, effective Monday.

Abdullah, 62, who is Besut member of parliament, takes over the post from Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman who was appointed to the post in January 2001.

Prior to joining politics in 2004, Abdullah was the Deputy Rector (Academic and Research) of the Islamic University College of Malaysia.

Abdullah, who obtained a Doctor of Philosophy in Islamic missionary and Sufism from the University of Kent, England in 1990, is an Umno Supreme Council member and the deputy chairman of the party's religious bureau.

He obtained his Bachelor's Degree in Usuluddin from Medina University in Saudi Arabia and a Master's Degree in Syariah from the Al-Azhar University in Cairo, Egypt.

-- BERNAMA

TPM: Perlantikan mendadak. Ustaz Abdullah menjadi penasihat agama berstatus menteri.... bagus la tu. Semoga ada sesuatu perubahan baik. namun persoalannya mengapa perlantikan agak lewat malah berlaku di saat-saat akhir kepimpinannya selaku PM. Kenapa Pak lah? Ada apa-apa ke?

Sidang Tergempar DUN Di Bawah Pokok, Nizar Mendapat Undi Percaya ~~Harakahdaily
Tue | Mar 03, 09 | 10:32:01 am MYT

IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Sidang tergempar DUN telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak dibenarkan masuk pagi tadi

Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan sendiri oleh Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir meyaksikan 'acara penuh sejarah' itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seria Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara.-azm_


TPM:

pokok apa tu?
pokok melaka tuanku.
jadi kita namakan negeri ini negeri 'melaka'

itu...kisah sejarah...

pokok apa tempat sidang DUN tu?
pokok KEPAYANG tuanku.
Ooo jadi... kita tukar nama negeri ni?
mohon derhaka..jangan tuanku...
apa boleh buat...nak santap pahit, nak buang sayang...
...perak jugalah. tak akan jadi emas.