Cape Town, Afrika Selatan: Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini. Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay.

Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ.
Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata.

Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.

“Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya.


RHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam Oxford yang diketuai Hargey tidak lama dulu.
Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan.

Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.
“Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat kecaman daripada MJC,” kata Riad.

*** MANUSIA semakin sesat. Mereka masih mahu bersandar kepada Islam, kenapa ya?


19/9/2014

Apa tanda-tanda itu?
Anda pasti sudah tahu tanda-tanda kiamat sudah dekat, seperti munculnya mahluk dari dalam bumi, munculnya dajjal, ya'juj dan ma'juj dan lain-lain. Salah satunya ialah akan terbitnya matahari dari sebelah barat.  Baru-baru ini dikatahui bahawa tanda-tanda ini dapat dijelaskan secara ilmiah dan itu sudah diterima umum... Jadi ternyata tanda-tanda kiamat sudah muncul??  Yang pasti mulai sekarang kita hendaknya selalu dan semakin meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Ta'ala.  Penyelidikan secara lanjutan mengenai anomali-anomali 2012 tiba pada verifikasi ilmiah yang paling menggetarkan iaitu Penyeledidikan pihak NASA bahwa dalam beberapa tahun ke depan,  kemungkinan akan terjadi perubahan kutub magnet bumi yang merupakan putaran  ribuan tahun dari planet dan bintang.
Bagaimana NASA mengungkap tanda itu?
Meskipun sukar dipercayai, sebagai contoh NASA mengatakan bahawa pada tahun 2001, matahari sebagai bintang kita telah mengalami perubahan kutub tersebut. Namun karena massa matahari masih seragam biasa dan kita tidak tinggal di sana maka manusia masih tetap tidak merasakan perubahan ini.
Kita mesti lebih berhati-hati dalam bertindak. Manusia telah diberi peringatan.  Jadi untuk itu, kita harus mengambil perhatian jua untuk kemudian menjadikan hal itu  sebagai perisai dan persiapan dalam menghadapi kehidupan setelah mati. 
Sudah siapkah kita jika matahari esok hari terbit dari barat; LANGSUNG PINTU TAUBAT TERTUTUP? Maka sewajarnya semakin mantap persiapkan diri kita mulai sekarang juga!
Sumber : NASA

Hujan galak turun.
Kata surat kabar ia menjejas
pendapatan dan urusan harian

Air memanjat ke paras amaran
Sungai tahu pasang tahu melimpah
Tebing basah di Jeli dan Tanah Merah.

Banjir adalah tentera air
Bergerak meredah sekitar sawah
Berjeruk lantai meresapi tanah.

Melaras keberaniannya ke lembah
Memanjat ke jalan raya dan rumah-rumah
Mengejut dengkur sebelum tiba subuh

Nelayan kita tidak berani ke laut
Ombak bertukar gelombang tinggi
Pucat tahun lalu masih menggobar hati

Barangkali di dasar perut air gelora itu
Para hidupan bersenang berenang ria
Tiada kelibat pancing, pukat atau perahu.

16/1/ 2014


Ihsan berita dari Malaysiakini: Posted on Friday, September 19 @ 11:13:03 MYT by paktam

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan Adam Adli Abdul Halim bersalah atas tuduhan menghasut dan menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara.Adam Adli didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada satu forum 13 Mei tahun lalu apabila dia dikatakan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Bersalah," tulisnya melalui akaun Twitternya dari mahkamah pagi ini.

"Proses mitigasi masih berjalan. Akan kemaskini #MansuhAktaHasutan. “Mempunyai pandangan berbeza nampaknya merupakan satu jenayah sekarang, menurut pihak pendakwa kita," katanya menerusi akaun Twitter itu.
Pada forum 13 Mei tahun lepas, Adam Adli dilaporkan mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata:“Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya.”
Peguam N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili Adam Adli, 34, memohon kepada Hakim Mat Gani Abdullah supaya hukuman lebih ringan dijatuhkan.
Dalam satu reaksi awal, Human Rights Watch berkata "Dengan menghumban seseorang ke dalam penjara kerana membuat ucapan politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaannya menunjukkan kecenderungan autoritarian yang selalunya dikaitkan dengan pemerintahan satu parti, dan bukannya demokrasi.
"Pensabitan ini menunjukkan bahaya yang luar biasa ditimbulkan Akta Hasutan, sangat kabur hingga boleh digunakan kerajaan untuk menganggap sebarang bentuk ucapan yang dianggap menyakitkan hati sebagai satu jenayah.
"Sudah tiba masanya Najib berhenti memungkiri janji yang sering diulangnya untuk memansuhkan akta itu dan mula bekerja ke arah menghapuskan undang-undang yang penuh kebencian ini,” katanya
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adam-adli-didapati-bersalah-kerana-menghasut#sthash.I5QXBY8R.dpuf

22/1/2014 Rabu

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

20/1/2014

18/1/14- Sabtu Rabiul-Awal 1435

2.05 ptg...Pok Ghi @ Mohd Ghazi telefon bagitahu bahawa saudara kita yang
dikasihi Hj Abd Rahim suami kpd Hjh Noriah Yusoff telah kembali ke rahmatulLah
beberapa minit sebelumnya. Iradat dan Qudratullah, almarhum mendahului kita.
Semoga beliau di tempatkan bersama para arwah solihin. Innaa lillahi wa inna ilahi
raajiuun.
Solat jenazah berlangsung di Masjid Negeri, Masjid Dultan Ismail Petra di Kubang
Kerian ba'dal-Asr oleh ramai jemaah. Jenazah disemadikan di perkuburan Kg Pulau
Kenali bersama para kerabat Tn Hj Abdul Rahim termasuk al-marhumah ibunya.
Ucapan TA'ZIAH buat keluarga Hjh Noriah. Sabar dan tabah hati menerima qadha dan
qadar Allah Ta'ala.

Hari ini 19/9/2014 Genap 8 bulan saudara kami Hj Abd Rahim bin Muhammad, suami kepada Hjh Noriah bt Yusoff kembali ke Rahmatullah. 


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
 . بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

 اللهم أغفرله و ارحمه و اعفو عنه و أكرمه
اللهم وسع مدخله و ادخله الجنة و غسله بالثلج و الماء والبرد
اللهم يمن كتابه و هون حسابه و لين ترابه و ثبت أقدامه و ألهمه حسن الجواب
اللهم طيب ثراه و اكرم مثواه واجعل الجنة مستقره و مأواه

 اللهم اغفر لسعيد وزوجته ، وارفع درجتهما في المهديين ، واغفرلنا ولهما يا كريم


18/1/14- Sabtu Rabiul-Awal 1435

2.05 ptg...Pok Ghi @ Mohd Ghazi telefon bagitahu bahawa saudara kita yang
dikasihi Hj Abd Rahim suami kpd Hjh Noriah Yusoff telah kembali ke rahmatulLah
beberapa minit sebelumnya. Iradat dan Qudratullah, almarhum mendahului kita.
Semoga beliau di tempatkan bersama para arwah solihin. Innaa lillahi wa inna ilahi
raajiuun.
Solat jenazah berlangsung di Masjid Negeri, Masjid Dultan Ismail Petra di Kubang
Kerian ba'dal-Asr oleh ramai jemaah. Jenazah disemadikan di perkuburan Kg Pulau
Kenali bersama para kerabat Tn Hj Abdul Rahim termasuk al-marhumah ibunya.
Ucapan TA'ZIAH buat keluarga Hjh Noriah. Sabar dan tabah hati menerima qadha dan
qadar Allah Ta'ala.

:(......  kenangan