Sekali lagi Umno-BN kena goreng mentah-mentah. Pandangan pemimpin-pemimpin Umno-BN yang sudah bonsai, acap kali kena goreng akibat gelojoh dan kejahilan mereka. Kali ini mereka menuduh dengan bangga dan rasa ber'point'nya terhadap Kerajaan P Pinang yang telah banyak memberi sumbangan kepada rakyatnya yang miskin (walaupun dengan nilai yang tidak besar).

Mereka tuduh sumbangan kerajaan Pakatan Rakyat di P Pinang itu adalah dari hasil haram, hasil cukai judi. Maka hebohlah media perdana Umno-BN termasuk akhbar-akhbar hariannya mahu menjadi juara menyiarkan kata-kata pemimpin itu.

Mereka jadi LUPA akan sebahagian kutipan hasil kerajaan Malaysia sejak dahulu hingga kini juga dari hasil judi dari lesen 4 Nombor Ekor, TOTO, Casino Genting Highland, hasil kilang dan jualan arak dll. Mereka malah telah isytiharkan akan memberi lesen perjudian kepada Seorang Tan Seri 'tokey judi' mengendalikan Judi Bola Piala Dunia Afrika Selatan baru-baru ini.

Oleh kerana 'belum muktamad' kata PM, maka kebenaran memberi serta meng'halal'kannya ditarik balik akibat desakan rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat! Namun mantan PM yang juga bapa kepada Tokey arak San Miguel Filipina menegaskan: Kalau dia PM, dia tetap akan mengeluarkan lesen 'halal'kan judi sempena temasya di Afrika Selatan tersebut. 'Wira Tua Perkasa' ini sungguh hebat, maklumlah pandangan sosok pesara Perdana Menteri!

Pihak Umno-BN dalam kes sumbangan Kerajaan P Pinang kepada rakyat miskin ini nampak cemburu benar. Mereka dahulunya di P Pinang tidakkah pernah menyumbang sebegitu? Kalau tidak pernah, usahlah bising sangat. Media surat khabar harian Melayu (milik Umno-BN) juga usahlah uar-uarkan sangat cerita 'kerja orang' itu kalau sendiri sudah banyak makan jasa/hasil iklan keputusan 4 Nombor Ekor dan TOTO pada halaman akbar harian anda. Bikin malu anak negeri!

Pandangan Dr Maza, mantan Mufti Kerajaan Perlis (sila baca di sini...) sudah cukup membuka mata jahil pemimpin U-BN, menepuk deria otak yang mereka yang sudah bonsai dan sifat cemburu tamakkan isu bagi merendah-rendahkan khidmat orang lain. Masih banyak orang lain ..... ada yang lebih cerdik, ikhlas dan layak bagi memberi khidmat baik kepada rakyat, bukan U-BN saja yang sudahpun diberi peluang; namun semakin lama semakin obesiti dengan rasuah dan ketidak-adilan.

.




كل نفس ذائقة الموت

بسم الله الرحمن الرحيم* الحمد لله رب العا لمين* الرحمن الرحيم* ملك يوم الدين* اياك نعبد واياك نستعين* اهدنا الصراط المستقيم* صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين* امين*

اللهم اغفرله وارحمه*

Takziah buat keluarga YB, semoga kalian bersabar dan menerima ketentuan-Nya.
Berita selanjutnya di HarakahDaily ( baca di sini....)

“Sebab orang Melayu berpecah sekarang ini adalah disebabkan kerana ada yang gila...gila nak jadi Perdana Menteri. Tak peduli apa pun...dia sokong semua. Semua yang bercorak perkauman di kalangan kaum lain, dia sanggup terima dan sokong,” katanya ketika berucap pada majlis Jemputan Terbuka Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan dengan tema 'Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Malaysia' di pekarangan Stesen Kereta api Pasir Mas, lebih 10,000 hadir pada ruangan yang hanya boleh muat tiadak sampai 5000 orang itu!!!



Padahal NGO yang bernaung di bawah dagu Mahathir, tambah membebankan BN. Orang Melayu sendiri tidak tergoda dengan permainan politik Ibrahim Ali dan konco-konconya. Mengapa Perkasa lembik longlai bila tindakan 'Ganyang Malaysia' oleh BENDERA memuncak di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Amukan Bendera Indon hingga melumurkan najis Indon pada muka Jalur Gemilang, Perkasa maca pucat bukan main.

Beliau mendakwa, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka Melayu akan hilang kuasa dan suara. Sebelum ini, Mahathir berkata kuasa politik Melayu makin lemah disebabkan mereka berpecah kepada tiga parti, iaitu PAS, KeADILan dan Umno.

Kematangan berpolitik orang Melayu mahu diperkecilkannya. Dan memang begitulah tabiat Mahathir. Logika dan rasional tidak dipedulikan kalau ia dilihat bercanggah dengan kehendaknya ( baca seterusnya di sini....).

g. TPM : Lagi sekali hasil karya Zunar diharamkan dan Zunar ditahan lagi oleh kementerian ISA pimpinan sepupu PM. Ya...hebat sekali pengaruh kartunis Zunar. Beliau menentang kezaliman Mahathir, Najib dan Rosmah, Umno-BN dan kekuncunya. Wa caya kata-kata hang Zunar! : "Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya. Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN. Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir ". Tegasnya, meskipun buku dan majalahnya diharamkan, namun kerajaan tidak boleh mengharamkan mindanya ( meh baca sini....).

Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

"Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi bagi gelaran Baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.


TPM: Lama kaklah rakya' klate dok tunggu soghe raja atawa sultae berjiwa rakya', memahami seghta ikut amalae ugama.
Kita jugak dok ara' tuekku sultae Ismail akae sembuh sia nyakit hak dia tanggong. dah tuekku Ismail gering sakit laguttu nak wat guano; muga kita manusia biasa, makhlo' lemah. Rakya' dah banyak semaye hajat. Mana ye baik, mana ye tak baik sema daghi Allah ta'ala. Khoba nyo baginda sultae ni ta'sier ucape " Daulat Tuanku ". Baginda bekene ucappe "ALLAHU AKBAT , ALLAHU AKBAR " saja....mole' sanga' la... Ko sultae baghu.....agha'-agha' sejahtera dan afiat sokmo...aamiin.





B Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) berkata : Perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak-ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan dan kuasa.

"Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayu menerusi PAS yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing," katanya dalam temubual eksklusif kepada umno-online.com. (petikan dari Malaysiakini......)

TPM: Kecelaruan pandangan beberapa orang bekas pemimpin Umno ketara benar sekarang kerana mereka melihat Umno semakin tenat. Ada yang mengatakan Umno sudah busuk hingga ke usus. Umno sedang mencari tali hayat. Umno mahai gapai apa saja demi menguat kembali kedudukannya di mata rakya.

1Malaysia tajaan PM sekarang ditolak oleh sebahagian pemimpin Umno sendiri, 1Malaysia hanya retorik bagai seorang pesakit yang berangan-angan sembuh dengan setekoh air penawar bomoh palsu. Perkasa tajaan YB Pasir Mas dikatakan akan mencacatkan lagi Umno di mata rakan dalam BN. Kenyataan Zam di atas hanyalah pandangan sang musang yang gagal mendapatkan buah ranum, lalu dikatakan buah itu masam pahit. Lebih baik ia mencari makan dengan mudah di tong-tong sampah. Kita bimbang kenyataan yang dikaitkan dengan agama itu pula boleh mencacatkan akidahnya.
gravatar

Makin kuat berkokok kerana makin hilang sokongan

a.

Tanpa mengira dosa pahala- halal haram orang gerombolan memuaskan hati dan bergembira di hari kebesaran Islam, Hari Raya 'Eidulfitri. Perkara macam ini patut benar Majlis Fatwa memberi fatwanya terus mengecam kesalahan yang lebih berat dari orang bukan Islam masuk dalam surau atau masjid!!!



Biarkan menteri terjun dengan dosa-dosanya biarkan, biarkan... ketam memang tak ajar anaknya berjalan betul!


Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul-'Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat ketika menjawab persoalan 'ada akhbar arus perdana yang seolah-olah dipinggirkan dalam program Menteri Besar dan kesukaran mendapat maklumat tepat dari pihak kerajaan negeri dalam pelbagai isu', berkata, mereka bukannya dipinggirkan tetapi media itu sendiri yang menjauhkan diri dari berhadapan dengan kenyataan yang sebenar. Menteri Besar menjelaskan demikian pada majlis dialog dengan wartawan sempena Idulfitri di sini, malam tadi.( baca di sini...).

“Saya tahu wartawan ni pada hakikatnya menulis apa yang dilihat sendiri tetapi maklumlah bila kerja dengan akhbar milik Pusat, apa yang dibuat oleh kita serba tak kena dan susahlah mereka nak laporkan perkara sebenar.

“Saya rasa cukuplah kerja dengan mereka ni, buat kerja secara jujurlah sebab di akhirat nanti akan ditanya semua ni,” katanya lagi.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa demokrasi di Malaysia berat sebelah dan tidak sepatutnya disokong pengamal media termasuk kaum wartawan. Bahkan, katanya demokrasi yang berlangsung di negara ini adalah ‘mengarut’ apabila teori demokrasi itu sendiri tidak sama dengan amalagan ulama untuk meraih sokongan.

.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dikatakan terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara" (lihat di sini...)

Terdapat gambar Ahli Parlimen Barisan Nasional dari MIC yang memenangi PRKecil Hulu Selangor P. Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid. "Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.
.


TPM: Dulu tindakan AJK Surau Al-Huda di Kajang membenarkan Ahli Parlimen (wanita) Serdang, Teo Neo Ching memasuki Surau Al-Huda di Kajang telah mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Tindakan itu menyebabkan Sultan Selangor telah murka dan berdukacita. Baginda dikatakan telah mengarah MAIS supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit...

Selanjutnya pihak Umno mendakwa:


1. Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda.
2. Menyampaikan bantuan kepada ahli-ahli Pas.
3. Memberi 'tazkirah' kepada para jemaah..
4. Wakil rakyat terbabit dalam keadaan tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek
5. Berdiri di bahagian imam ruang solat surau menyampaikan sumbangan.
6. Orang bukan Islam diharamkan memasuki masjid.

Geger serata negara akan tindakan ahli parlimen DAP itu. Kalut akhbar perdana menuduh tindakan itu ( baca di sini....), sambil mengecam pimpinan PAS yang menjadi ' Exco Agama' kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Banyak pihak para intelek agama dan para juhala' memberi kata-dua kepada DAP, PKR dan PAS. Tujuannya sudah tentu mahu mengharu-birukan status PR Selangor di mata rakyat, khususnya para pengundi Selangor. Maka majlis fatwa pun dirujuk, pihak JAKIM ditanya. Hasilnya jawapan TGNA Menteri Besar Kelantan dan surat pekeliling Jakim mengharuskan perbuatan orang bukan Islam memasuki masjid, isu ini tiba-tiba ' sengap' dan kebahalolan juhala' terserlah.

Alih-alih ada pula 'bukan Islam' Barisan Nasional berstatus ahli parlimen juga alias penganut Hindu alias 'Ustaz Kamal' memasuki ruang masjid, memberi hadiah frame khat bertulisan Allah sambil dikatakan ikut menyampai 'tazkirah'~~

WalAllhu a'lam bissowab. segala persoalan sukar nak dijawab!





Gila Talak! Itu ungkapan sesuai untuk Umno Kelantan. Waktu jadi laki tak peduli bini. Bila dah jadi bini orang macam-macam dijanji. Nasib baik tak janji...kalau aku jadi laki kamu semula aku akan hadiahkan kamu sepuluh lelaki selain aku.

Isu air di kelantan tak ubah seperti isu beras sewaktu PAS mula-mula memerintah Kelantan dulu. orang Kelantan dikatakan tak de beras untuk makan... terpaksa mengemis dari siam...rupenye memang orang Kelantan makan beras siam sebab beras Malaysia murah-murah belaka.


Sekarang isu air la plak...(baca lagi...)

Pengkhianat kepada rakyat Kelantan, bersuara lagi semalam. Kali ini dia mahu kelentong orang Kelantan dengan membangkitkan masalah air bersih yang didakwanya dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin dalam kenyatananya dipetik dengan mengaitkan ini berpunca dengan kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu.(Lebih jelas lagi, sila baca..)


Kita mengaku dan orang lain memperakui bahawa Negara Malaysia kini adalah 1Malaysia atau digelar negara 'Boleh Land'. Kita semacam terpaksa berbangga dengan majmuknya masyarakat Malaysia. Sejak dua dekad lalu negara ini menjadi lokasi kedatangan rakyat negara asing menambahkan lagi bilangan rakyat yang sedi ada.

Kalau mereka masuk ke Malaysia dengan izin barangkali disebut PADI (Pendatang Asing Dengan Izin) sebab mereka punya permit visa atau paspot. Negara ini menerima masuk PADI itu sebagai pelancong, pekerja dan pelajar. Negara yang kecil ini menjadi minat utama, tumpuan penting dan sumber rezeki bagi mereka mungkin kerana luasnya 'periuk nasi' atau kurang seriusnya kawalan. Barangkali juga kerana kebocoran dinding dan atap sempadan. Atau barangkali kerana mereka dilamar oleh pihak tertentu dengan janji 'untung besar' jika masuk ke 1Malaysia ini.

Maka tidak heranlah jika negara1Malaysia ini juga menjadi tumpuan hebat PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Bilangan kedua-dua PADI dan PATI ini sudah lebih dari jumlah berikut:

Image Hosted by ImageShack.us


Tidak ada negara lain di dunia ini (selain Arab Saudi) yang menjadi fokus utama pelbagai bangsa seperti negara 1Malaysia. Kedatangan mereka kini mengakibatkan banyak masalah maksiat dan jenayah hingga kini menjadi beban berat bagi kerajaan mengawasi mereka. Pihak kerajaan dengan agensi-agensi terbabit bertindak menangkap dan mengusir mereka. Pendatang Asing Tanpa Izin yang telah ditangkap dan diusir di seluruh Malaysia sudah melebihi setengah juta orang. (Tahun 2006 berjumlah 362,958 orang).

Kini Malaysia dihuni oleh masyarakat majmuk yang sedia ada selaku warga negara ditambah pula dengan pendata PADI dan PATI itu. Kita heran dengan pihak kerajaan yang begitu mudah meluluskan satu lagi projek berteras perkauman dan semangat 'negara asal' seolah-olah menafikan semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan pemerintah BN kini.

Fasa pertama projek menaik taraf dan memperindahkan Brickfields menjadi 'Little India' dijangka dapat disiapkan sebelum lawatan bersejarah kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan India ke lokasi berkenaan bulan depan.



Timb. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan berkata kerja-kerja itu kini mencatatkan kemajuan 60 peratus dan dijangka siap menjelang 15 Okt. ( sila baca di sini...)

TPM: Kita tidak faham apa motif baik dengan membentuk 'Little India' di Brickfield itu. Warga negara kaum India itu nampaknya masih bersemangat dan ingatkan 'Big India' mereka. Sikap itu amat tidak wajar dilayan. Pihak kerajaan sama ada kementerian, menteri apatah lagi Perdana Menteri nampaknya menyokong hal tersebut.

Apa kata nanti jika ada warga negara lain yang diberi taraf menghuni di negara ini membentuk kawasan tertentu sebagai 'Little China', 'Indonesia Kecil', 'Little Bangladesh", 'Little Nepal' dll. Kita sudah ada China Town, Kampung Jawa, Pekan Kampar, Kampung Siam dll tetapi tidak ada ' restu resmi' dari menteri, kementerian apatahlagi PM. Apa kata kalau di Pantai Dalam /Kampung Pasir Kuala Lumpur akan diisytiharkan 'Little Klate' ???




" Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini (semalam)," Pemasyuran perlantikan itu dibacakan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Kedua.( Teks perisytiharan di sini...). Bacaan Pemasyhuran itu telah disambut oleh tetamu dengan laungan takbir "ALLAHU AKBAR " sebanyak tiga kali. (Boleh dibaca di sini....)

Maka dengan perisytiharan pemasyhuran yang diumumkan oleh Menteri Besar di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari itu, maka Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa semalam.( baca lagi...)

Keluarga diraja termasuk Tengku Bendahara Tengku Muhammed Faiz Petra dan dua kekanda sultan - Tengku Rozan Petra dan Tengku Salwani Petra serta ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu seawal jam 11.30 pagi bagi upacara itu.

Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda-Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir.

Tuanku Faris Petra Ibnu Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan semalam setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja Kelantan. Ayahanda baginda Tuanku Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan pernah mendapat rawatan pakar di Hospital Elizabeth Singapura tahun lalu.

Tuanku Faris Petra menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri. Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

TPM: Harapan kita semoga tidak ada lagi pihak yang mengungkit isu pelantikan Sultan Kelantan setelah Tuanku Ismail Petra gering sejak lebih setahun yang lalu, seperti kata pepatah 'rumah siap pahat berbunyi'( sila baca...) .Semoga baginda Tuanku Faris Petra, Al- Sultan Kelantan Darul-Naim sempurna pula memandu negeri, dan semoga rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi. Semoga Negeri Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga yang tetap menjadi taman yang mewangi dan akan Membangun Bersama Islam.

بلدة طيبة ورب غفور


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد


Pagi 2 Syawal
teringat Ramadhan

Berubah masa makan
jadi iftar dan sahur
namun solat tetap difardhu

Berubah tenaga dan nafsu
jadi sikit lemah tetapi amat bersabar
namun solat siang malam wajib 5 waktu

Berubah amat bencikan mazmumah
kurang bergerak selain tumpuan kepada-Mu
namun solat menjadi lebih kerap mahukan mahmudah

Berubah dengan perbanyakkan selawat
kurangkan cakap, banyakkan tilawah al-Quran
mohon kebaikan, mohon maghfirah, mohon syafaat

Berubah sebulan, mengharap malam al-qadar
bermunajat tingkatkan amalan, gandakan pahala
Qudrat iradat Allah, duhai muttaqin sehingga terbit fajar.

11 Sept 2010
Jalan JPJ, Panji.

اجـعـل قـلـبـك كـل القبر لايـدخـلـه الا شـخـص واحـد ...ولا تـجـعـلـه كـل الـبـئـر يـرتـوي مـنـه مـن يـشـاء

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
Ramadhan tahun ini

Mengurnia kesucian. putih dan mengesankan.
Sejuta camar sejuta ombak sejuta deru...
Melamar syukur Alhamdulillah
Memekar kembang Subhanallah
Memimpin dengan rahmat-Nya

Ke taman maghfirah.

SALAM 'EIDULFITRI 1431H.

من العائدين والفائزين

MEMOHON DAN MEMAAFKAN

Agama Islam, Orang Islam Jadi Mangsa Pas: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin Pas yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.

Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata pemimpin Pas pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

"Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.

"Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam Al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tidak boleh makan babi, kalau nak ternak atau lakukan apa-apa tiada larangan dalam Al-Quran," katanya dalam wawancara khas bersama Umno-Online yang dipetik laman portal itu di sini, Selasa.

Dr Mahathir berkata golongan itu akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Mengulas mengenai tindakan khatib yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat baru-baru ini, beliau berkata perkara itu telah menimbulkan pelbagai polemik politik tempatan.

"Kalau kita tidak sebut nama Agong, tetapi sebut nama Ketua Menteri bukan Islam mereka kata tidak menjadi kesalahan kerana ia usaha untuk menarik mereka kepada Islam dan inilah kebaikan Islam," katanya.

Mengenai isu Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang memasuki ruang utama solat Surau Al-Huda, Kajang dan menyampaikan tazkirah, beliau berkata perkara itu dianggap tidak menjadi kesalahan kepada Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dr Mahathir berkata Pas menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan di kalangan umat Islam dan mereka sebenarnya bukan pejuang Islam sebenar seperti yang digembar-gemburkan.

"Jika Islam itu menjadi halangan untuk mendapat sokongan orang bukan Islam, mereka sanggup cari jalan supaya Islam itu dikebelakangkan sikit, contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan, begitu juga dengan negara Islam, ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam.

"Itu memang naluri Pas, Pas guna Islam untuk memancing undi, dari dulu memang macam tu," katanya.

Beliau berkata perkembangan yang berlaku kebelakangan ini dalam Pas membuktikan ia adalah semata-mata untuk kelangsungan hidup politik parti itu supaya dapat terus berada dalam pakatan pembangkang demi mencapai cita-cita untuk menumpaskan Umno sebagai tonggak pemerintahan negara. - BERNAMA

TPM: Pendapat Dr Mahathir di atas sama dengan kehendak makhluk yang merosakkan status Nabi Adam a.s disyurga dulu dan seluruh Bani Adam di dunia ini. Inilah juga sifat penentangan kaum Nabi Nuh a.s terhadap baginda Nuh a.s, dan seterusnya terhadap rasul-rasul Allah yang lain.

Terhadap Nabi Muhammadd s.a.w , kaum Quraisy di Mekah menentang Nabi s.a.w dan menuduh baginda dengan tuduhan yang serupa. Tuduhan sebegini akan dihadapi oleh pejuang-pejuang Islam setiap zaman dan di mana jua hingga ke Hari Kiamat. Isu menggunakan agama, isu mengubah dan menukar tafsiran, isu hukum hudud, isu negara Islam dan lain-lain sengaja di hangatkan oleh orang-orang yang bencikan perjuangan Islam.

Naluri para pemimpin parti kebangsaan itu sejak dahulu memang mengenepikan Islam dan ada-ada saja isu yang diketengahkan. Mereka tidak berupaya membawa dalil nas (Al-Quran dan Al-Hadith) bagi menafikan ucapan atau mengkritik amalan PAS. Perjuanagn PAS yang semakin mendapat sambutan amat menggerunkan pemimpin-pemimpin Umno-BN termasuk mantan PM itu.

Tanpa serik, dan dalam usia yang semakin mendekati mati, Dr Mahathir masih mahu menyelamatkan Umno dengan idea-idea lapuk yang boleh menyebabkan rakyat semakin membencinya. Yang pastinya, beliau sendiri sedang mencari tali hayat melalui Umno yang semakin lemah, busuk hingga usus dan ditimpa banyak masalah. Jika jatuh Umno, sudah tentu beliau dan kroninya akan jatuh sakit. Itulah yang sangat ditakutinya.( baca seterusnya........)

Sudah banyak modal pemikiran dan ringgit dihabiskannya untuk memusnahkan PAS namun hingga kini PAS semakin kuat, diterima dan disokong. Kerajaan PAS Kelantan yang ditadbirkan oleh (musuh no. wahid Dr M) Mursyidul-Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abd Aziz Nikmat kini telah mencapai usia 20 tahun; sedangkan Dr Mahathir sendiri pernah mengatakan Kerajaan PAS itu akan dapat bertahan hanya 3 bulan! Dan dalam jangka itu, Tun Dr Mahathir serta Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa menyingkirkan diri sendiri dari mahligai Perdana Menteri di Putrajaya!!



Fasa ketiga Ramadhan 1431H sudah tiba di penghujungnya, bermakna bulan Ramadhan al-Mubarak akan meninggalkan kita. Nabi Muhammad sa.w telah menyatakan tentang Ramadhan: " Awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan pengakhirannya terlepas dari siksa neraka."

Maka harapan kita semoga kita memperolehi rahmat / kasihan belas, maghfirah/keampunan dan perlepasan dari siksaan neraka itu. Kurniaan tersebut semua adalah hasil keikhlasan dan ketaatan kita kepada Allah. Kita mencapai taqwa, insya Allah.

Hariraya 'Iedulfitri menurut kirannya akan jatuh pada hari jumaat 10 september 2010 ini. Maka akan berlangsunglah solat sunat muakkad 'Iedulfitri pada sebelah paginya dan solat fardhu jumaat pada waktu zuhurnya. Masih ada pertanyaan sama ada masih wajib atau tidak menghadiri solat jumaat? Perlukah dua pertemuan besar kaum muslimin dalam masa sehari itu.

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat??

Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” ( baca seterusnya...)

Jumhur ulama bersetuju untuk tidak menggugurkan kefarduan Jumaat walaupun hari raya jatuh pada hari Jumaat yang telah dituntut oleh Allah SWT. ( baca panduan berikut...). Selain itu ada syarat-syarat yang boleh kita tinggalkan solat jumaat pada hariraya itu agar kita tidak bersalah sehingga berdosa kerana meninggalkan ibadat fardhu. ( baca di sini....). Semoga kita beroleh maklumat, ilmu dan hidayah. Semoga kita dapat menunaikan ketaatan sebenar dengan menunaikan perintah Allah dengan sempurna.