Pertengkaran di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu. Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.
Ibrahim mengingatkan Pemuda Umno pimpinan KJ supaya jangan menjual bangsa dengan mempertahankan ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong yang mempersoalkan pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA.


Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasal tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum.

TPM: Kita tidak tahu kedua orang pemimpin bukan dari PR ini punya insuran diri masing-masing atau tidak. Cakap-cakap yang keluar dari mulut mereka memang laser dan 'tah apa-apa. Telatah mereka baik di dalam dewan parlimen atau di luar, berhujah macam budak-budak. Mereka ketara mahukan publisiti dan berlainan dengan orang lain. Sombong dengan idea sendiri bagaikan orang lain semuanya tidak ada idea dan tanggungjawab. Sifat melulu mereka kadang-kadang memalukan negeri dan bangsa. Padan patutlah mereka bertelagah dan berbalah dalam menilai status diri serta kedudukan masing-masing.

Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa~~Malaysiakini

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Oleh: Salhan K Ahmad.

TPM: Rugi sungguh rakyat Malaysia tidak boleh berbuat maksiat, tidak boleh berbuat dosa berjudi. Demi politik gila dan mabuk wang, mantan PM memberi pendapat munkarnya. Dia bandingkan makanan babi dan judi. Makan babi haram dan najis mukhallazah bagi orang-orang Islam tetapi tiada kesan merosakkan masyarakat umumnya. Makan daging babi boleh secara individu atau ramai dan tidak merugikan sesiapa.

Tetapi bahana judi semua orang yang waras tahu buruknya. Akibat berjudi boleh membawa pergaduhan, menipu, mencuri, perceraian dan lain-lain. Ada pihak yang akan untung besar dan ada pihak yang akan rugi besar. Kerugian itulah yang akan merosak akal manusia, diri dan masyarakat. Takkanlah Tun Dr M jadi tidak waras untuk memikir gejala ini. Takkanlah beliau hilang kewarasan akibat keuntungan anakandanya Mirzan jadi bos berniaga pada San Miguel Cop. di Filipina.

Makin tua makin karut pendapat Tun Dr M; padan patutnya beliau tidak payah memberi pandangan mahu membela rakannya Vincent Tan dan kongsidosanya PM sekarang. Sepatutnya ada fatwa dikeluarkan oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum manusia muslim yang memberi pendapat karut dan mughallazah begitu.

Rabu, 2010 Jun 16

DARI KOTA BAHRU

ISTERI DAN SUAMI LARI

berita terakhir dari kota bahru
melaporkan isteri bik mama telah
berjaya menaiki kapal terbang
sebelum beratus ratus penunjuk
perasaan sampai ke lapangan terbang.

JAM 10.57

DARI LAPANGAN TERBANG KOTA BAHRU

para pendemo dari stadium telah bergegas
memburu lord murujib yang telah melarikan diri
dari plencaran pesta kelatan.

pesta kelantan yang telah dilanda banjir dan
leterik padam ini cukup memalukan
bik mama.

sayangnya lord murujib telah berjaya
melepaskan diri sebelum para
demonstran sampai.


KESIAN TOK PA ...APA JADI DENGAN ALAT PEMBESAR SUARA ! SIAPA SABOTAGE !!!

SUWEY PUNYA BADAN - SOUND SISTEM GAGAL - LANCAR PROGRAM PAKAI LOUD HAILER

SILAP LORD TAK JADI DATANG

stadium black out
para demonstran yang bersedia bergegas ke lapangan terbang
untuk berdemo keran mungkin lord murujib lari.

stadium masih gelap.

semua teraba-raba.

JAM 9.46

Lord murujib sampai

JAM 9.30

Lord Murujib belum sampai sampai.
Minah cun dan balak telah celaah

JAM 9.04

mengikut aturcara majlis jam 8.45 kesampaian
lord murujib dan bik mama.

jam telah melintasi 9.malam.
hujan masih lebat
kilat sabung menyabung

ini sms dari hussam : Allah lindungi negeri kelantan !

JAM 8.48

fru kelihatan merata rata
nampaknya satu warga kota bahru
sedang di jaga oleh 20 orang fru.

malam ini kota bahru adalah kota
paling selamat sesudah baghdad kah kah kah

JAM 8.46

stadium tempat peresmian kosong
tidak kelihatan artist yang
seharusnya telah memulakan malam ini.

apakah akan ada maian bunga apai malam ini
dengan ribut dan hujan ini
bagus juga kalau dihappykan
dengan maian bunga api.

nak bagi bik mama senyum sikit kah kah kah

INI GAMBAR TERKINI - JAM 8.44 DARI KOTA BAHRU SEMUA LUNGKUP OLEH HUJAN

jam:8.41 malam

TERBARU:


hujan makin lebat
kilat sabung menyabung
banyak khemah tercabut

siapa punya angkara?

siapa bertanggung jawab memanggil
nama inrahim ali?

bik mama akan kecewa kerana
angin ribut ini kalau tak berhenti
habis rambut terbarai kah kah kah

FRU DISERATA PENJURU ARAH KE STADIUM


HUJAN LEBAT KACAU MAKE UP BIK MAMA

BEBERAPA MINIT TADI HUJAN LEBAT TURUN


warga kota bahru bertempiran lari

fru kelihatan di pelbagai penjuru arak ke stadium
ini kerana telah ada ura ura untuk berdemo malam ini.

demo malam ini adalah menuntut royati minyak
dan juga memberi ingatan kepada penganjur
agar jangan kurang ajar tidak menghormati
tuan rumah.

kaki kaki bodek dan jantan berperut gendut berbaju
batik lengan panjang kelihatan datang dengan kereta
besar mereka semua menuju ke stadium.

semua nak tunjuk muka pada bik mama
manalah tahu dapat projek tudm
di sungai besi atau dapat
projek beli tandas untuk istana negara
atau dapat projek supply botox
untuk bik mama kah kah kah

Dr Mahathir setuju beri lesen pertaruhan sukan (baca di sini...)

Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi.

"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.

TPM: Tun Abd razak Husein adalah Bapa Pembangunan Malaysia manakala Tun Dr M adalah bapa Mirzan Pengarah Syarikat Arak San Miguel Filipina.
.

Tanpa Nama



Tanpa Nama
berkata...

KES geger ini bermula bila syaitan @ setan ada dalam kepala kafir. Lalu dikemukakan kekufurannya kepada Kementerian Kewangan. Lalu bermesyuaratlah mereka menghalalkan yang haram. Lalu fikir dan bina ayat supaya rakyat dapat terima cadangan yang kufur itu.

Demi cukong dan faedah dari cecukong maka diterbitkan idea 'halalkan judi bola' kepada umum, tanpa memikirkan pedihnya otak dan hati rakyat dan pemegang amanah agama resmi negara.

Demi cukong, cadangan dibuahkan dari mulut timbalan menteri kewangan (bosnya isteri Rosmah itu) merangkap bekas bakal MB Kelantan. Hughu-hagha masyarakat 1Malaysia akibat cadangan bahlol itu.

Teguran, komen hebat rakyat serta bantahan mengatasi yang lain hinggakan rakyat mahu berarak ke istana raja-raja Melayu minta diisytiharkan pengharaman anak bulan JUDI oleh pemegang mohor raja-raja Melayu bukan sekada isytihar mula puasa dan hariraya.

Menteri-menteri gerombolan UBN senyap deep, menteri agama di JPM kelu seribu bahasa kagat. Menteri Kewangan sepi bagai cerita hantuya diletup kambing hitam.

Majlis fatwa kebanggaan, 10 mufti dan berpuluh2 kadi negeri/jajahan moyok macam dah kalah judi. Jakim, Ikim, Majlis2 agama negeri membisu hingga kini. Maka lengkaplah MAKSIAT di NEGARAKU... arak, zina, rasuah, judi, ragut, rompak, riba berleluasa...

Kalaulah di negara yang beragama resmi Islam, raja2nya penaung institusi agama, negara pernah jadi pengerusi OIC, ketua komenwel Islam, ada musabaqah tilawah al-Quran; tapi MAKSIAT MAKIN BANYAK dan Judi pulak melayan kehendak CECUKONG... apalah diharap ada negara2 jiran mencontohi kita.
HARAMKAN JUDI BOLA PIALA DUNIA, NATANG!

jalan JPJ,panji.

2010 Jun 8 10:11

TPM: Ya Allah Selamatkan Kami Dari Murka-Mu

Website Islamik yg di Buat oleh Yahudi~~~Tranungkite Online
Posted on Monday, May 31 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita Oleh: tempayan

"Website islamik yg di buat oleh yahudi

Waspadalah terhadap website di bawah ini 1. www.answering-islam.org <http://www.answering-islam.org/> 2. www.aboutislam.com <http://www.aboutislam.com/> 3. www.thequran.com <http://www.thequran.com/> 4. www.allahassurance.com <http://www.allahassurance.com/>



Situs-situs tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa gencar menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam

Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia.

Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan. "

TPM: Semoga kita dipelihara Allah dan tahu menilai apa yang benar apa yang batil.