Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

datuk t charged 240611 shuib lazimDalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah. ( baca...)

TPM: Selagi umno tak kojol, selagi parti yg kuat memfitnah ni masih memegang kuasa, selagi itulah rakyat negara ini dihidang dgn berita2 liwat, berita2 kotor dan fitnah seks untuk menipu rakyat! Sudah2 la.. kenapa org melayu mudah diperbodoh.. ditipu.. Jgn la menyebarkan dosa - mengaibkan sesama muslim.... kenapa masih nak percayakan Siam lahanat tu ?.

" Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’???.....

Kalau begitu BAIK hubungi Pejabat Imigresen biar mereka cek periksa rakyat Malaysia yang keluar ke seberang @ Thailland pada tarikh 12-13 Jan 2011 tersebut.....Anwar bin Ibrahim ada tak? (kenapa kita perlu minta pada Dati Seri Azizah buktikan?)

NONE
10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.

Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.

Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.

"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.

Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.

"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.

"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.

"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.

TPM:
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
- Pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara.
- Kita berharap tidak akan ada konspirasi ketiga terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.


"Mendengar cakap Abdul Halim Hamid saya selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terasa bangga terhadap sokongan padunya. Sebagai ayah beliau sanggup bersama anaknya biar dalam keadaan susah dan senang. Orang politik pun belum tentu boleh buat macam dia, " tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai.

Luahan semangat yang dicakapkan oleh Abdul Halim Hamid itu merupakan teras dan boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan.

Katanya PAS bangga dengan kecekalan ayah Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman.(baca lagi...)

TPM:"Mahasiswa ada hak menentukan masa depan mereka walaupun terpaksa menentang AUKU sebab AUKU melahirkan mahasiswa yang tidak matang dan penakut, " terang Mujahid (gambar kiri) yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak.

Susah untuk melihat kebangkitan mahasiswa seperti yang digerakan oleh Adam Adli, Muhamad Safwan Anang dan rakanya semata-mata untuk kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan terjamin, jelas beliau.

Sebelum ini hanya orang politik pembangkang menyuarakan pandangan mengenai kebebasan bersuara tetapi kini ia telah menular di kalangan cerdik pandai atau golongan ketiga yang tiada mempunyai kepentingan politik.

Dorongan @ taufiq untuk mula berjuang mencari kebenaran, keadilan dan kebebasan 'HAQ' adalah suatu anugerah. Kemudian sifat iltizam dan beristiqamah dengan perjuangan itu juga adalah satu kurniaan. Bersabar dan bersyukur kerana terpilih menjadi pemuka kepada perjuangan baik adalah satu rezeki dari Allah Taala kepada hamba-hamba yang dikasihiNya. Percayalah mafhum ayat suci: " ...Dan bertolong-bantulah pada kebaikan dan taqwa; dan jangan bertolong-bantu pada perkara dosa dan permusuhan...". Ketahuilah bahawa, ada RAHMAT di sebalik itu semua.

DSAI sudah bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan keputusan pada 901. Namun katanya, dia akan tetap lawan. Walaupun ditakdirkan masuk penjara, namun dia sudah mempersiapkan plan B untuk menawan Putrajaya.



TPM: Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, fikir. Ada agama, waspada. Ada ingatan, bandingkan. Ada iman, timbangkan.

Dalam blog Ameno World ditemui analisis mengenai 5 orang menteri kabinet Kerajaan Barisan Nasional sekarang yang PALING TIDAK CERDIK 2011:

1. Hishamuddin Husein
2. Ismail Sob
3. Jamil Khir.



Inilah menteri yang sangat2 memalukan umat islam di malaysia. Engkauuu tibaaa bilaa politik bien di ancam.. ko blahh bilaa akidah umat islam jadi taruhan. Benda yang dia patut focus dan atasi dia boh layan. Jakim takde kuasa. Had kuasa jakim terhad. Kalau dah tahu kuasa ko terhad, pergi tambah. Pergi cari jalan, usaha untuk tambah kuasa ko.

Tak dapat dengan tangan, lawan dengan mulut. Hentikan penerbitan majalah lucah malaysia seperti mangga dan dll yang sama seumpamanya. Ia diterbitkan oleh orang islam dan dibeli pula oleh orang islam dan ko sebagai ketua yang menjaga akidah umat islam mesti tentang benda neh habis-habisan. Takde kompromi.

Pelbagai filem yang melampaui batas, pelbagai drama yang menyeleweng, ko patut banteras. Ko patut tahu bila dan di mana peranan ko perlu dimainkan. Bukan guna wang zakat. Bukan pergi sound umat islam jangan suka meminta. Bukan bina rumah besar2. Bukan beli buku kutuk pas. Bukan hina pr dalam ceramah dan khutbah jumaat. Bukan, bukan, bukan.

Ini bukan kerja ko. Kerja ko jaga akidah kami. Halal haram bukan dalam bab pemakanan je. Itu pun ko tak pass. Syarikat besar2 yang sah2 jual dna babi disembunyikan. Macam mana orang islam nak tahu benda apa yang halal dan apa yang tidak? Nama baik syarikat lebih penting dari pemakanan umat islam. Adakah umat islam ialah testimoni kepada pemangkinan kekayaan yang boleh jamil khir raih di dunia neh?

Jadi orang jangan kejam sangat jamil, jangan. Bukan bermaksud kejam sikit2 boleh. Jangan salah faham. Tapi fikirlah. Bila ia melibatkan akidah umat islam, utamakanlah kami neh. Kami neh amanah buat ko. Setiap satu langkah salah yang kami buat yang mana ia didorong oleh pentadbiran yang salah oleh ko, bukan kami je kena di akhirat, ko pun kena. Malahan lebih teruk. Ini melibatkan dari generasi kepada generasi. Kalaupun generasi sekarang neh dah rosak, janganlah bawa ia kepada generasi akan datang jamil. Jangan. Kita mampu mengubahnya.

4. Najib Razak
5. Sharizat Abd Jalil.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz1hvjanYln

TPM: Setiap Muslim adalah pemimpin kerana tiga sebab:

Kerana Rasulullah menganggap kita semua pemimpin seperti sabda baginda, “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu” (HR Bukhari dan Muslim). Ini adalah kepemimpinan dan kepertanggungjawaban terhadap diri dan orang dibawah jagaan kita

· Namun, setiap muslim hari ini juga mesti berusaha untuk memimpin dan mengajak masyarakat / ummah agar mentauhidkan Allah dan menegakkan syariah-Nya. Tatkala tiadanya khilafah Islamiah, tugas dakwah dan kepemimpinan ini adalah tugas bersama di kalangan ummah. ...

9 Disember 2011 lalu - 80 orang ahli Umno dari cawangan Kampung Banggol Donas yang terletak dalam kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu telah keluar dari parti itu dan menyerahkan borang keahlian PAS kepada Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

40 orang daripada mereka terdiri daripada bekas Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno cawangan kampung tersebut, dengan diketuai bekas AJK Umno Bahagian Kuala Nerus, Salleh Embong, sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan di kawasan itu.

Penyerahan borang keahlian PAS daripada bekas Puteri diketuai oleh bekas Ketua Puteri Umno Cawangan Kampung itu, Rosni Hassan, 37, atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaaan mana-mana pihak.... ( Baca di Harakahdaily...)

Bercakap kepada media pada majlis itu, Salleh dan Rosni mengakui tindakan mereka keluar Umno dan menyertai PAS berpunca dari kehilangan keyakinan mereka sendiri dengan sikap para pemimpin Umno BN di Terengganu yang kini semakin mengabaikan tanggungjawabnya kepada orang ramai, melainkan hanya kepada kroni-kroni mereka sendiri dalam parti itu.

TPM: Alhamdulillah dah ada kesedaran. Patutnya dah lama sedar dan memilih yang betul. Apapun syukur kerana terdorong meninggalkan Umno-BN yang kata Tun M ' Umno sudah busuk hingga usus'. Syukur juga kerana memilih PAS sebagai wadah berpolitik. Kerelaan sendiri + keikhlasan itu lebih utama! namun siapalah PAS untuk memaksa orang menyokongnya. Tada paksaan dalam berpolitik di Malaysia, hatta kepada anak dan keluarga sendiri.

HEBOH apabila sekumpulan mamak perasan Melayu Pulau Pinang merangkap penyokong Umno yang berpura-pura sebagai NGO menghantar kek hadiah "tahi manusia" kepada staf Kerajaan Negeri P Pinang di bangunan Komtar. Nampak sangat kebodohannya. Itulah akhlak biadab puak-puak UMNO ni? Dah 50 tahun Pakatan Rakyat jadi pembangkang di Malaysia, tak pernah sekali pun buat hal macam ni. Tapi UMNO baru 3 tahun jadi pembangkang di Penang dah tunjuk sikap hina dan celaka. Macam ni mahu dipilih jadi pemimpin, nak jaga rakyat?

Dasatnya, tidak cukup dengan mengusung taik ke sana ke mari, akhirnya taik-taik yang mereka bawa terpaksa dimakan sendiri kerana tiada pihak yang mahu menerimanya.

Lihat video bukti di bawah bagaimana mereka memotong dan memakan taik-taik yang mereka bawa uwek! Tak cukup dengan itu, mereka ajak pula orang ramai makan taik bersama-sama mereka! Hancus!