PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada MB Kelantan oleh seorang penceramah jemputan Umno di SK Padang Luas Jerteh baru-baru ini. “Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis." kata Ust Wan Azhar Wan Ahmad YD Pas Kawasan Besut.

“Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya. (baca lagi....)

PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik. Umno secara jelas mempunyai tendensi serta kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat.

Hj Abdullah Sa'amah, 64 dikatakan sebagai pengasas Pondok Geting, Tumpat adalah seorang yang berpendirian kontroversi dalam banyak isu agama kerana tidak mempunyai pendedahan mengenai perkembangan semasa. Tauliah mengajarnya telah ditarik balik oleh Majlis Agama Islam Kelantan selepas beliau dikatakan pernah menghalalkan cabutan premium yang dianjurkan sebuah bank, sedangkan jumhur ulama menolak kerana meragui kaedah yang dijalankan. Beliau pernah memondok selama 27 tahun termasuk menadah kitab di Mekah selama 12 tahun.

Mengikut Abdullah, kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu. “Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya

Pihak PAS Kawasan Besut telah meneliti kandungan ucapan Haji Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap dan akan mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

" Kalu dia bercakap sendirian tu mungkin kawe nok jawab - payah nak senangkan hati semua pihak dalam dunia nih.... tapi kalu dia bercakap atas tiket UMNO tu.. malas nok ambek kiro sgt.... pahtu dale UMNO gapo / sapo hok ikot sunnah nabi? acu ...tra sebut 1 perkara hok paling dekat... buke takat Sunnah jah. Syariat pon fail.....~~Report Nushirwan Ab. Rahim dlm FBnya. Masya Allah.


2 Responses so far.

  1. .. and you quote from this guy Nushirwan Ab. Rahim..you should have know him better like I did...

  2. Apa kena mengena Nushirwab Ab. Rahim tu dengan Topik Abdullah Samaah tu? macam tak ada kena mengena jer, cakap kosong jer org tu. mohon pencerahan.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda