MAHAFIRAUAN MENYAMAR SEBAGAI MELAYU



WAIN : PENYELEWENGAN RM100BILION MAHATHIR DISOKONG BUKTI - malaysiakini

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad... (baca lagi di sini.)

Mutaligat
Hebat sungguh Perkasa sehingga meminta supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.

Persoalannya siapa yang keliru dan susah hati dengan penggunaan nama Khalifah Islam terkenal itu. Umno atau siapa sebenarnya yang gelisah dan keliru. Sebenarnya rakyat tidak terkeliru tetapi rakyat hendak tahu siapa sebenarnya Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga seorang pemimpin bukan Islam beriya-iya hendak mencontohinya dalam mentadbir negeri.

Rakyat selama ini tidak tahu dan tidak peka siapa Umar Abdul Aziz kerana Umno/BN tidak berminat untuk mewar-warkan namanya.

Tetapi bila seorang yang bukan Islam cuba mencontohi dan mewar-warkan nama Khalifah Uamr Abdul Aziz, Umno/BN dan Perkasa pula tidak senang duduk dan dengki takut nanti Orang Islam dapat menerima dan menghormati Lim seterusnya menyokong beliau.

Sepatutnya Umno dan Perkasa berusaha untuk menaikkan nama Umar Abdul Aziz bukannya menghalang Lim dan orang Bukan Islam menggunakan tokoh itu sebagai idola mereka.

TPM: Mereka marah bila orang bukan Islam memuji tokoh Islam. Mereka dengki bila orang bukan Islam sebut ayat-ayat suci al-Quran atau menyebut nama 'Allah'. Mereka hingar bila ada jemaah Islam mahukan hukum Islam diamalkan di Malaysia. Mereka memusuhi jemaah Islam. Mereka cuba menyekat perkembangan / kemajuan pendidikan Islam dan tahfiz al-Quran. Mereka tidak peduli maksiat semakin bertambah; malah mereka tidak pernah bimbang betapa ramainya anak-anak Melayu yang murtad. Barangkali mereka juga akan dengki apabila ramai kalangan orang Cina atau India menyokong jemaah Islam atau kalangan kuffar memeluk agama Islam.


l





Timbalan Pengerusi Umno Selangor DS Noh Omar telah memberi amaran kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, agar ‘jangan bawa perangai Kelantan ke Selangor’. Kata-kata itu telah menggores hati seluruh rakyat Kelantan baik di Kelantan atau di luar negeri Kelantan, khasnya di negeri Selangor.( sila baca sini...)

Noh Omar, usah cakap dahulu baru fikir.
Biadap sungguh lu. Pernah dulu engko mengatakan DSAI bukan anak jantan kerana bertanding ditempat sendiri. Sedarkah engko kedua-dua engko punya bos beliau bertanding di Kepala Batas dan seorang lagi di Pekan, kawasan sendiri.

Saya memetik kata buragas dalam komen blog Pinkturtle:

MANGKUK TG KARANG NI HAMPEHHHH……CUBA LA KO BERTANDING TEMPAT LAIN SELAIN TG KARANG…BERAPA PRU NGKO TANDING TEMPAT SAMA…..????NAK KATA LEBIH LAK….TUJUANNYA DIA TU SETIA NAK BELA RAKYAT..BUKAN MCM NGKO

SAH BERCAKAP GUNA LUTUT DIA NI…TG KARANG TU JEM MANJANG TIME PEAK TIME ..ITU NGKO TAK BOLEH SETTLE..PIRAHHHHH….JADI BADUT SARKAS JE NGKO….

Sudah 20 tahun Mursyidul-'am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan. Pas menang dan memerintah Kelantan melalui jalan yang sangat sukar kerana berdepan dengan Barisan Nasional yang memerintah kerajaan pusat Malaysia. Umno dan Barisan Nasionalnya sudah tentu banyak berhabis tenaga, usaha dan belanja untuk memenangi PRU dan pilihan raya kecil di negeri itu.

Apabila Nik Aziz mengetuai pentadbiran Kelantan, mustahil kalau tidak ada usaha ikhtiar untuk menjatuhkan beliau dan PAS. Mustahil Umno dan Barisan Nasional (UBN) tidak menggunakan jutaan wang bagi menjatuhkan kedudukan Nik Aziz MB Kelantan itu.

Pilihanraya Umum yang berlangsung sejak PAS mentadbir Kelantan 1990. 1995,1999, 2004 dan 2008 hinggalah Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai tahun 2009, amat mustahil jika UBN tidak berhabis ratusan juta perbelanjaan. (Untuk PRK kawasan Parlimen Hulu Selangor kabarnya mereka berhabis RM167 juta untuk merampas kerusi dari PKR).

Maka tidak menjadi kesalahan kalau menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul. Dakwaan blogger Kickdefella bahawa dia diberikan wang RM4 juta untuk operasi gerak saraf menjatuhkan UBN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang PRU ke 12 lalu; menggambarkan betapa murahnya harga Pak Lah dan betapa murahnya publisiti Kickdefella.(sila baca...) Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali menafikan PAS terlibat dengan dakwaan blogger sheikh itu. (sila baca.....)

Pilihan raya kecil kawasan P94 Hulu selangor telah berlalu. Semua orang telah tahu keputusannya. Barisan Nasional telah merampas kawasan tersebut dari Parti Keadilan (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat. Maka masing-masing cuba beranalisis dan menyatakan spekulasi mengapa BN boleh menang dan kenapa PKR kecundang.

Sehari sebelum pengundian dijalankan, Datuk Abdullah Ahmad mantan Timb. Menteri Kerajaan BN mewakili Kok Lanas Kelantan sedikit masa dulu menulis: " Saya tidak terkejut kalau Barisan Nasional menang, tapi saya terperanjat kalau PKR boleh kalah ". Atau lebih kurang begitulah.

Namun hakikat tetap hakikat, Pakatan Rakyat tewas di Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi. Persoalannya adakah kita tewas di tangan Barisan Nasional atau kita tewas di tangan sendiri ataupun rakyat sendiri yang tertewas dalam pertarungan Hulu Selangor? Siapakah pemenang sebenar di Hulu Selangor? (baca selanjutnya.....)
Pemenang sebenar di Hulu Selangor ialah rasuah???


May 1, 2010

Nik Aziz Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno.

Posted on Friday, April 30 @ 00:00:00 PDT ~~ADUKATARUNA.
Dilulus untuk paparan oleh teori

Artikel Oleh: hermansamsudeen

"



Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook. ''Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi''

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.

Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.(baca di sini....)

TPM: Hamba petik catatan sdr Jeming Hassan dalam FBnya. Bacalah dan apakah tindakan kita semua dengan kenyataan itu.

Mungkin batas-batas budi bahasa didalam facebook sudah lama berkubur, tetapi bagi aku apa yang Mohd Safuan Hilmi cakap sudah melampaui batasan sehingga sanggup samakan tok guru dengan syaitan dan mengugut untuk membunuh ulamak kesayangan kita semua.

Mohd Safuan Hilmi perlu bertaubat dan memohan maaf kerana ini boleh menimbulkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia yang menyayangi Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Katanya dia sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh tok guru kita, kalau betullah si Mohd Safuan Hilmi ni berani, silakan datang ke kuliah tok guru pada pagi jumaat di medan ilmu di negeri kami, negeri Kelantan Serambi Mekkah.

Kita harap gejala jahat ini disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa atau lebih dahsyat..