Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan calon Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur", tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai akhlak yang baik seorang pemimpin (baca di sini...).

"Ini tak sepatutnya berlaku. Kita dalam politik, kita mesti ada nilai moral dan akhlak dan sebagai manusia kita juga mesti hormat menghormati" jelas Muhyiddin lagi bersopan santun.

"Jadi kenyataan itu tidak sepatutnya timbul kerana kita saling hormat-menghormati. Tak tahu la kalau begitulah kepimpinan dalam PKR," katanya

Sedangkan pada tahun lalu,Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Utusan Melayu Sdn. Bhd. telah membuat tuduhan secara terbuka beberapa kali bahawa Penasihat Parti Keadailan Rakyat dan mantan Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim sebagai Pengkhianat Melayu.

Jadi, Muhyiddin sahaja yang pandai bersopan santun dan punya moral baik. Adakah Muhyiddin telah 'hilang ingatan' akan beberapa kenyataan dan tindakan beliau mencerminkan kebagusan akhlak berpolitiknya beliau selaku Timbalan Presiden Umno itu. Malah pernah ada orang masih ingat dan berkata, "Cuba tanya budak-budak dan orang tua Johor, Melayu mana jual tanah kat Temasik? MB Johor mana yang pernah mengkhianati, malah tidak menghormati harta rakyat Johor itu. Semua orang Johor tahu...cuma budak-budak Parti Melayu Bebal itu saja yang pura-pura lupa atau tidak tahu!!!

Kalau diri sudah diserkup sifat kepentingan diri, diikat oleh fulus dan dahulukan kroni maka soal akhlak dan hormatikan orang lain tidak akan wujud dalam kendalian politik, melainkan ahli politik yang beriman dan bertakwa.

Wak Sembab, pengkhianat Melayu sebenar

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda