"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau?
Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid?
Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran?
Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?"

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu. ( baca di sini.... ) youth convension 111210 teo nie ching

Bekas PM dan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata setiap individu dinasihatkan supaya lebih sensitif ketika menjalankan sebarang aktiviti melibatkan agama dan harus berfikir sebelum melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keharmonian negara. ( sila baca selanjutnya.....)

"Tolong beri perhatian kepada perkara sensitif yang menimbulkan keadaan tidak baik. Ambil berat sedikit dengan apa yang nak dilakukan," katanya.

Manakala Menteri Besar Kelantan pula menyatakan bahawa tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.(sila baca...)

TPM: Akhbar Utusan Meloya bikin geger lagi. Puncanya acara senamrobik yang ikut disertai AP Serdang Teo Nie Ching (DAP) menjadi kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras. Teo kini meminta DS Najib dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain menjawab soalan-soalannya di atas. Atau mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini.

NONEKata Teo: "Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"

"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politik DAP?" soalnya. Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu.

Akhbar arus perdana milik UBN itu akan mencari, mewar-warkan apa saja isu-isu yang boleh memecahkan minyak. Pihaknya tidak akan terasa apa-apa dengan kebejatan yang ada pada akhbar itu sendiri. Konon isu YB Teo itu dipaparkan demi mempertahankan 'keislaman' akhbar itu sendiri; sedangkan ia juga memuat dan melayan keputusan JUDI dan menghidangkan pelbagai corak berita, cerita dan foto hiburan yang menjolok mata.

Sudah banyak kali pihak akhbar Utusan telah disaman akibat menyiarkan berita tidak sahih atau cerita kontroversi yang sengaja diada-adakan sehingga menjadi fitnah atau gosip liar. Memang benar cerita dan berita di dada-dada akhbar amat besar pengaruh sosial dan politiknya; namun sekiranya cerita atau berita itu acap benar bohong dustanya maka para pembaca akan beralih selera dan keyakinan mereka.

KECOH KERETA RASMI KERAJAAN NEGERI

Sebuah akhbar arus perdana pada 21 Disember memetik Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Moh Ali Rustam sebagai berkata, kerajaan negeri pimpinannya mencadangkan penggunaan kereta baru jenis Honda Accord atau Nissan Teana V6 bagi kegunaan Exco, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai undang-undang dan pegawai kewangan. Ia bagi menggantikan kereta jenis Proton Perdana Eksekutif yang digunapakai kini.

Sebetulnya cadangan sedemikian bukanlah suatu yang pelik atau layak diperbesarkan. Menukar kereta baru tidak lebih suatu rutin kerajaan, terutama apabila sampai tempoh tertentu penggunaan kenderaan rasmi sedia ada.

kuala terengganu by election ahmad said visit media centre 080109 03Di atas berbagai sebab, termasuk kos penyelenggaraan, keselesaan penggunaan dan seumpamanya, keperluan menukar kepada kereta baru tidak sukar dirasionalkan. Alasan diberikan Mohd Ali juga melibatkan rasional sama. “Sejak 10 tahun lalu kenderaan rasmi jenis Proton Perdana Eksekutif digunakan Exco, tetapi kita terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi akibat pelbagai kerosakan,” katanya. ( baca lagi di sini....)

Beberapa tahun lalu, bila berlakunya tindakan menukar kereta rasmi oleh kerajaan negeri Perak dibawah Pakatan Rakyat (PR). Tindakan itu dimanipulasi hebat oleh para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan diseret secara negatif oleh media-media talibarut parti itu.

Jika tidak kerana kerakusan BN dan kegelojohan media dikuasainya memperbesarkan langkah tersebut, maka isu penukaran kereta rasmi kerajaan tidak sepatutnya menjadi isu.Tanpa tangguh kerajaan PR Perak menjadi sasaran kecaman para pemimpin BN sebaik sahaja Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kerajaannya telah memesan 16 buah kereta jenis Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Perdana V6 yang digunakan ketika itu.

Keadaan diburukkan menerusi perlumbaan media-media talibarut BN yang sengaja menyorot dan membuat tinjauan susulan bias isu berkenaan dan secara negatif. Komen dan ulasan pelbagai pihak sengaja ditonjol dari perspektif memburukkan kerajaan PR.

TPM: Banyak tindakan Kerajaan BN, para pemimpin gerombolan, pencacai-pencacai UBN itu bagai boomerang telah tertampar muka sendiri. Lama kelamaan banyak muntah yang diluahkan terpaksa mereka jilat dan telan. Di Perak, mereka mengecam kerajaan PR menukarkan kereta Proton Perdana V6 kepada Toyota Camry, maka geger-gegak kata huduh dilemparkan kepada batu jemala Menteri Besar DS Mohd Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat. Tidak bersyukur la, tidak menghormati produk negara la, tidak patriotik la malah suka membazir harta rakyat.

Bila DS Ahmad Said menukarkan kereta rasmi UBN Terengganu dari Proton Perdana Eksekutif ke Mercedes ada geger juga orang-orang PR dan kalangan Umno yang anti-Ahmad Said, MB Terengganu itu.

Kini boomerang itu melantun ke muka KM Melaka pula yang bertindak menukarkan Proton Perdana E kepada kereta baru jenis Honda Accord atau Nissan Teana V6.

Nissan Teana Nissan's Teana V6

Ke mana pula hilangnya nilai patriotisme yang amat dipertahankan para pemimpin dan penjuak BN dua tahun lalu? Ataukah dalam perkiraan mereka, asal saja sesuatu itu dibuat BN, semuanya dikira okay dan amat negatif pula sekiranya perkara sama dibuat parti lawan.

Orang-orang UBN jangan salahkan orang jika dinilai sebagai bersikap dwi-piawai, hipokrit, lidah bercabang, talam dua muka dan berbagai label seumpamanya. Kita tunggulah kerajaan negeri UBN manakah pula yang akan menukar kereta kebanggaan Tun M itu kepada kereta impot.




2007 Toyota Camry Hybrid



Screen shot 2010 11 09 at 11.27.15 PM Ijazah Kedoktoran Penyanyi, Dr Fazley Adalah Palsu   BBC News

“Dr”. Fazley, bekas penyanyi yang pernah popular dengan lagu Asmara Ini telah menggunakan ijazah kedoktoran palsu sehingga boleh membuka sebuah institut pengajian tinggi yang turut menawarkan kursus ijazah daripada University of Wales. Rancangan terbitan BBC bertemakan siasatan ini mendedahkan bahawa Fazley Yaakob, yang memiliki Fazley International College (FICO) bertempat di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur rata-rata mengetahui bahawa beliau memiliki ijazah sarjana & kedoktoran dalam bidang pengurusan perniagaan. Tetapi, kedua-dua ijazah tersebut adalah palsu.( baca lagi....)

TPM: Menurut sejarah kehidupan manusia di muka bumi ini, kecelakaan yang menimpa umat terdahulu adalah akibat manusia telah mendustakan ketuhanan Allah SWT, kerasulan para rasul Allah dan mendustakan kebenaran wahyu. Banyak juga manusia yang berdusta. Mereka berbohong dan menipu orang lain demi kepentingan diri serta nafsu ammarah bis-su'. Mereka berani bertindak tanpa segan malu mempengaruhi masyarakat sambil menonjolkan diri dan fe'el buruknya.

Pendustaan itu ada dibuat secara tersembunyi, ada dilakukan secara terangan. Akibatnya sama, berdosa besar malah digelar ' kafir dan/atau munafiq'. Jadi alangkah ramainya manusia kafir dan munafiq sejak dahulu hingga sekarang. Yang kafir / bukan Islam selalunya jelas. Yang munafiq itu sukar dikenali sejak zaman Nabi s.a.w lagi. Namun Baginda telah memberitahu sifat dan ciri-ciri orang munafiq menurut mafhum hadith: Bila diberi amanah dia khianati, bila berkata-kata dia berbohong/menipu/berdusta, bila berjanji dia mungkiri dan bila berbalah dia melampaui batas.

Ramai sungguh orang munafiq yang mencari kesempatan demi ke'ego'an, demi memperolehi keuntungan material, demi mendapat kuasa, demi menonjolkan diri / populariti atau pengaruh. Orang sebegitu akan menerima akibat buruk di dunia dan akhirat. Mendapat malu besar, cemar maruahnya, merudum statusnya, memusnahkan harapan orang lain dan bermacam keonaran lagi yang sukar dimaafkan. Semakin tinggi kedudukan seseorang, maka akan mati atau parah akibatnya. ' Bikin malu kompeni'. ' Malu habis orang kampung'. 'Kecik-kecik tidak nak mampos, bila besar menyusah orang' - demikian dialog SN TS P. Ramlee.

MUNAFIK



Munafik adalah golongan manusia yang pada zahirnya menyatakan dan menunjukkan kebaikan tetapi menyembunyikan kejahatan.









TPM: " Yang dikejar sudah dapat, yang dikendung bertukaran".
Manusia memang sibuk untuk melunaskan kehendak diri dan tugasan demi masyarakat. Pelbagai helah dan ikhtiar dilakukan agar kehendak diri dan tugasan buat orang lain berhasil terlaksana. Kadang-kadang manusia lupa akan usia diri, amat lupa akan hukum-hakam dan pura-pura lupa akan tanggungjawab rumah tangga.
Semakin tinggi kedudukan semakin tinggi nafsu untuk menjadi rajalela> maharajalela. Hingga jadilah dia dajjal yang tidak lagi kenal baik-buruk. Perkara baik diburukkan. Perkara buruk dikerjakan kerana nafsu menyatakan ianya baik. " Bisu, tuli, buta maka mereka itu tidak berakal!" -mafhum firman.

KUALA LUMPUR, Nov 2 (Bernama) -- After Kelantan, Perak will become the second state in the counrty to introduce the gold dinar and silver dirham currency to give its people more savings options.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said discussions on introducing this currency began two years ago and that it would be introduced in stages.

"We are also in the process of minting the gold dinar and silver dirham coins," he told Bernama after the World Usury Conference here Tuesday.

Asked whether the state would be using the Kelantan model for the currency, Zambry said the state would be using a different approach.

"Actually, we were the first to initiate the idea but Kelantan introduced the currency first but it is okay with us because it is a good thing," he said, adding, however, the currency would be subject to Bank Negara requirements. Earlier when disclosing the proposed project to the conference's participants, Zambry said Perak acknowledged that "gold is a good store of value". (Baca Seterusnya....)

TPM: Macam-macam orang kata kepada Kerajaan PAS Negeri Kelantan yang menerbitkan Dinar dan Dirhamnya sejak beberapa tahun lepas (2005). sudah lima tahun dan kini nilar Dinar dan Dirham Kelantan telah meningkat mengikut pasaran harga emas dunia. Kelantan tetap unggul dalam mengeluarkan Dinar dan Dirham itu. Kini Kerajaan negeri Perak Darul-Ridhuan pula mengikut jejak Negeri PAS Kelantan. Negeri Perak di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang Menteri Besarnya YAB Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan mengeluarkan Dinar dan Dirhamnya. Apa sebab apa kerana, jangan ditanya Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan kita, merangkap mantan calon MB Kelantan pada tahun 2008. Kita tunggu komen beliau.

Dinar Emas Kelantan DN:

.


8 Dinars released by Government of Kelantan. Photos from World Islamic Mint.

" TAKKAN DINAR HILANG DI DUNIA "


Perak To Also Introduce Dinar, Dirham

Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR, Nov 2 (Bernama) -- After Kelantan, Perak will become the second state in the counrty to introduce the gold dinar and silver dirham currency to give its people more savings options.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir said discussions on introducing this currency began two years ago and that it would be introduced in stages.

"We are also in the process of minting the gold dinar and silver dirham coins," he told Bernama after the World Usury Conference here Tuesday.

Asked whether the state would be using the Kelantan model for the currency, Zambry said the state would be using a different approach.

"Actually, we were the first to initiate the idea but Kelantan introduced the currency first but it is okay with us because it is a good thing," he said, adding, however, the currency would be subject to Bank Negara requirements. Earlier when disclosing the proposed project to the conference's participants, Zambry said Perak acknowledged that "gold is a good store of value". (Baca Seterusnya....)

TPM: Macam-macam orang kata kepada Kerajaan PAS Negeri Kelantan yang menerbitkan Dinar dan Dirhamnya sejak beberapa tahun lepas (2005). sudah lima tahun dan kini nilar Dinar dan Dirham Kelantan telah meningkat mengikut pasaran harga emas dunia. Kelantan tetap unggul dalam mengeluarkan Dinar dan Dirham itu. Kini Kerajaan negeri Perak Darul-Ridhuan pula mengikut jejak Negeri PAS Kelantan. Negeri Perak di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang Menteri Besarnya YAB Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan mengeluarkan Dinar dan Dirhamnya. Apa sebab apa kerana, jangan ditanya Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan kita, merangkap mantan calon MB Kelantan pada tahun 2008. Kita tunggu komen beliau.

Dinar Emas Kelantan DN:

.


8 Dinars released by Government of Kelantan. Photos from World Islamic Mint.

" TAKKAN DINAR HILANG DI DUNIA "


Wikileaks tiba-tiba dikenali umum. Dulunya banyak yang tidak tahu 'natang' apa jenisnya dia. Wikileaks jadi popular sebab menonjolkan cerita dan menghangatkan semula berita abad 20 lalu. Wikileaks menjadi pencetus semula semangat rakyat Malaysia membelek album buruk sejarah puaka pesaka mantan PM.

Bila kisah tentang DSAI dirobek semula oleh pihak tertentu berbekal 'nota-nota' Wikileaks dengan tujuan tertentu jugak; maka pihak satulagi sudah tentu rebut peluang membuka album buruk melihat kembali foto-foto wajah birat mahafiraun dan kecantikan wajah mendiang Altantuya Saribuu yang dibunuh C4 yang tiba-tiba terkenal itu.

Kini si Wikileaks menjadi mangkin pemecah umat Islam, bangsa Melayu dan politik Malaysia. Ada pihak yang sangat tersinggung, malah menganggap warta dari Wikileaks sebagai peluru pemusnah karakter Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu dan membantu pihak gerombolan lebih galak. Pihak penyokong Ketua Pembangkang itu tidak akan bersenyap diri! Mereka sudah pasti akan mendedahkan aurat untuk melihat kemaluan mantan PM dan PM kini yang memusihi sungguh-sungguh mantan TPM itu.

Ironinya Wikileakslah yang membuka isu dan mencetus kepada perang yang kian meruap! Masing-masing mendapat modal, masing-masing kena telanjang. Yang akan ruginya ialah mereka yang tidak beriman, tidak beramal soleh, tidak suka menerima kebenaran dan tidak mahu bersabar!!! Perpecahan dan permusuhan di sini kian merebak. Pihak yang anti-Islam, anti-Melayu, anti-Malaysia dan pro-fasiq @ kemusnahan politik tanah air kita. Kita tidak mahu menunggu dan lihat, apa akan terjadi selanjutnya akibat angkara Wikileaks!!!

Fahaman pluralisme wajar ditentang- Utusan Online 14 Dis 2010

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick. TPM: Tepat, wajar dan benarkah kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Perekutuan (PP)? Adakah benar Umno- Barisan Nasional penyelamat kedudukan orang Melayu seperti di dalam PP. Adakah PP menyebut tentang Ketuanan Melayu? Fahaman Pluraisme ala John Hick? Ini label baru dari idea tokoh cendikiawan Dr Muhammad 'Uthman El-Muhammadi (DMUEM) pro-UBN serba betul! ( sila baca di sini pulak...)

Justeru, tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. TPM: Adakah fahaman 1Malayasia, Islam Hadhari, Jom Heboh, Sekularisme, Kronisme, Pragmatisme, Hedonisme, Rasuahisme, Arak, Casino, Judi, Apco, Black Metal dan lain-lain yang menjadi 'anutan' Umno-BN itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w???

Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad. TPM: Ajaran baru? UBN telah banyak membawa 'ajaran baru' yang menyeleweng dari Islam. Pemimpin-pemimpin Umno banyak yang anti ajaran Islma melalui kata-kata dan tindakan mereka. Adakah tidak ada isu murtad di Malaysia? Sudah banyak orang-orang Melayu menjadi murtad sebelum ini akibat ajaran-ajaran sesat sama ada secara langsung, tersembunyi atau secara tidak disedari akibat persepsi, kejahilan dan tindakan para pemimpin Umno sendiri; tokoh cendikiawan ini tidak pun melabel atau menyebut secara bersungguh atau mendakwah dengan ikhlas.

“Oleh itu fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak dan ditentang kerana ia hanya akan membawa kehancuran serta kecelakaan kepada kehidupan manusia. TPM: Memang benar perlu ditolak dan ditentang. Namun adakah benar apa yang tokoh ini labelkan terhadap pihak pembangkang (PR) yang membawa fahaman itu. Labelan dan teguran begitu nampak jelas DMUEM sengaja ikut memihak UBN dan menjadi peluru untuk menembak pihak pembangkan.

“Fahaman ini amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera. Hakikatnya, Islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi. Islam agama yang terpelihara sehingga Hari Kiamat,” katanya. TPM: Memang benar Islam tetap tidak sama dengan apa jua kepercayaan, ia tinggi dan terpelihara hingga Hari Kiamat. Namun adakah DMUEM tidak bimbang dengan bawaan 1Malasia, ucapan, tindakan dan amalan Umno-BN juga berbahaya dan ancaman yang perlu ditangani segera. Penyakit sosial, ekonomi dan politik bawaan virus fahaman U-BN ketara busuk hingga usus, bermaksiat dan akan menjahanamkan umat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas’ pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad ‘Uthman berkata, fahaman pluralisme tidak akan membawa kebahagiaan walau apa hujah sekali pun sebaliknya hanya akan membuatkan manusia menuju ke neraka. TPM: Label yang diperkenalkan oleh DMUEM ini memang membahayakan pihak pembangkang dan akan jadi pro kepada UBN. Ini satu isu baru mahu menentang Pakatan Rakyat dan sekaligus menutup isu-isu kebobrakan Umno-BN yang semakin merosot pengaruhnya dan sakit zahir batinnya.

Dalam pada itu beliau berkata kewujudan teori fahaman yang boleh merosakkan umat Islam itu berlaku pada era pascamodenisme.

“Teori ini amat berbahaya terutama kesannya terhadap akidah umat Islam. Ia perlu ditangani dan ditentang oleh semua pihak,” katanya lagi. Sementara itu beliau berkata, pemikiran pelopor fahaman pluralisme iaitu John Hick hendaklah ditolak kerana jelas kenyataan-kenyataannya bersifat mengelirukan manusia. TPM: Memang benar apa yang membahayakan akidah umat perlu ditentang oleh semua pihak kerana ia boleh mengelirukan manusia. Akan tetapi fahaman-fahaman sesat lain, tindakan yang menyukarkan dakwah, tidak mencegah amalan munkar di kalangan masyarakat, ketidak-adilan dalam hukuman syariat, penindasan secara senyap kepada rakyat, mengumpul kekayaan yang melampau akibat kepentingan diri dan rasuah dan lai-lain perlu dihapuskan; jangan dibiarkan.

Di dalam kertas kerjanya Muhammad ‘Uthman turut menjelaskan jenis atau kategori golongan yang terpengaruh dengan fahaman tersebut. “Mereka yang terpengaruh dengan pluralisme agama menyatakan baik agama Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan Hindu mempercayai adanya `kebenaran yang lebih tinggi’ serta mengatasi amalan lahiriah dan ibadat.

“Kalaulah pendirian yang demikian dianggap jalan kebenaran di sisi Tuhan, maka perjuangan Rasulullah SAW mendepani agama penyembah berhala, agama Yahudi dan Kristian pada zaman Baginda adalah tidak bererti,” katanya.

Jelas beliau berkata, pernyataan sedemikian tidak benar dan tidak berasas serta tidak pernah wujud di dalam ajaran Islam.

“Seperti mana saya tekankan sebentar tadi fahaman pluralisme akan membawa kerosakan, kecelakaan dan kecelaruan kepada kehidupan manusia. Fahaman ini akhirnya akan membawa manusia ke neraka ,” ujarnya.

TPM: Masalah melabelkan sesuatu yang negatif dan bias merupakan isu utama. Tokoh DMUEM kini semacam menjadi juru-kokok dan semakin ketara pro Umno-BN, Sedangkan mengapa banyak lagi kemungkaran dan maksiat yang UBN dan pemimpinnya lakukan, tokoh itu senyap; tidak tidak berkokok , ambil peluang menegur atau melabelkan sebagai fasik, munafik atau kufur. Banyak ucapan dan tindakan para pemimpin Umno-BN lakukan ketara membahaya dan mengancam Islam dan umat. Setakat ini didapati tokoh ini semacam okey dan makin disayangi Umno- BN buat menghentam pihak pembangkang. Kita sepatutnya menyelamatkan juga Umno dari murtad, mungkar, maksiat dan sesat; selamatkan mereka dari neraka!

Nampak benar pihak Umno-BN menggunakan semua jenteranya dan perbagai cara buat memburuk-burukkan individu pimpinan dan part-parti dalam PAKATAN RAKYAT, sehingga sesetengahnya merupakan tindakan /fitnah yang tidak bersukat....tidak mengira hukum naqal dan aqal.. Fitnah yang lebih jahat dari membunuh.... dan pembunuhan pula bukan menjadi perkara luar biasa!



اللهم صل على محمد وعلى ال محمد

Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.

Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.

Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).

Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.

Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.

Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.

Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi.

TPM: Tahniah buat guruku, semoga sentiasa dirahmati Allah.








Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

NONEJKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. - Baca lagi di sini....

TPM;Kita harap tuntutan rakyat dan Kerajaan NEGERI SELANGOR AKAN BERJAYA.

Najib says NO
Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. (baca lagi...)

TPM: Naik minyak naik. Memerah muka gajah meta. Senak perut senak. Memulas sakit mencair mata.

Aku ikut bergegas ke stesen minyak, isi penuh. Untung (?) seidikitpun jadilah.


Humayun Kabir
Malaysiakini~Dis 1, 10

Ketua Pembangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, DS Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri PM, DS Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam. Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh.

Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai PM dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara. Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.

rosmah mansorBeliau menggesa mufti Perak dan MB, DS Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian. Nizar mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.

Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah

TPM: Sebenarnya, orang yang cantik akan semakin cantik bila bertudung... dosa tiada pahala dapat. Sang suami tidak jadi dayus, hidup bertambah berkat. Anda akan disayangi Allah, dihormati rakyat. Jika tutup aurat anda tak sudi, sudah tentu akan hilang daya budi walau digelar first lady, namun hidup tidak 'menjadi'!