Kita tidak tahu sebesar mana keluarga Perdana Menteri dan timbalannya sehingga hari ini. Sebanyak RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. Hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. (Baca di sini....)

Jika jumlah RM10.2 juta untuk bil elektrik dan RM1.8juta bagi bil air itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.. NONE

Ini cukup untuk bayar bil elektrik sebuah keluarga biasa untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang.

TPM: ITULAH yang rakyat disuruh laung-laungkan " Satuuuuuu Malaysia.... Satuuuuuuuuuu Malaysia..RAKYAT DIdahulukan, Pencapaian (PM&TPM) UTAMAKAN.

utusan malaysia 15062011 cartoon hina islamPAS melancarkan kempen 'Boikot Utusan Malaysia' kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur (di sebelah).

Pada 15 Jun lalu, Utusan menyiarkan karikatur yang dilukis oleh Miki yang membuat dua perbandingan situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi.Mangsa politik

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Timbalan Presiden Kelab Wartawan Kelanan Darul-Naim, Mohd Harris Hazri Abdul Halim berkata:

"Seharusnya PAS Kelantan lebih bersikap terbuka kerana rakyat perlu mengetahui hal pentadbiran kerajaan melalui akhbar Utusan. Perkara ini tidak wajar dipolitikkan dengan PAS menunjukkan kuasa mereka dan mengharamkan wartawan di Kelantan. Apa dosa mereka?," katanya.

Apa dosa mereka ? Kah...kah...kah....

Murtad (Riddah) bermaksud meninggalkan ("keluar") dari Agama Islam. Orang murtad boleh beralih kepada agama yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (atheis)

Ada orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, dianggap sebagai berdosa besar Agama Islam melarang keras penganutnya murtad dan boleh diperangi jika mereka itu ramai.

Faktor berlakunya gejala murtad di Malaysia:

- Lemah pegangan agama serta jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam.

- Memilih kebaikan dan nilai-nilai yang sesuai dengan nafsu diri yang ada dalam agama lain seperti faktor perkahwinan, mahu bebas dan pujukan rakan...

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang. (sila baca....)

azlanMengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

TPM: SEMOGA KITA SEMUA DITETAPKAN HATI DAN DIRAHMATI ALLAH SENTIASA
Wan Adib Wan Roslan - Malaysiakini 14/06/11
  • Cuba tgk perangkaan btul2! Permohonan mninggalkan islam sabah-238, n.sembilan 172! Biar betul! Sekecik2 n.sembilan pun ada permohonan seramai 172?? Tu dah dekat dgn sabah, negeri yg mmg ramai penganut kristian, dan negeri kedua terbesar dimalaysia!! Apa pehak berkuasa n.sembilan bawah umno/bn lakukan dlm program2 agama/ilmiah dan program2 kesedaran terhadap agama Islam sehingga begitu ramai permohonan utk mninggalkan agama Islam? Sila muhasabah la. ish ish ish...

.

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia/Meloyakan berkata: “Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno.

“Kita tahu Ustaz Nash mempunyai jati diri yang kuat untuk melihat perpaduan umat Islam disatukan, tapi niatnya dihancurkan oleh puak-puak yang tamak dalam partinya sendiri,” tulisnya. ( baca selanjutnya....)

TPM: Cantiknya bahasa Timbalan Ketua Pengarang UMeloya itu. Beliau mahu mencuit status PAS selepas Muktamar dan Pemilihan itu. Dia berdoa mahu memikat Ust Nasharudin mantan Timb. Presiden PAS itu supaya memilih UMNO pula sebagai wadah perjuangan. Beliau nampak benar mahukan ulama PAS kekal dan perjuangan ke arah Negara Islam PAS tetap menjadi cita-cita utama parti Islam itu; beliau begitu ambil peduli kini!

Bukan beliau seorang yang 'simpati' kepada Islam dalam perjuangan PAS dan 'mahukan ulama' tetap memimpin. TS Muhyiddin, DS Hishamudin, DS Ali Rustam, Khairy Jamaluddin, Rozali Ibrahim, Ketua Puteri Umno dan beberapa lagi kuncu mereka begitu bersemangat sayangkan 'Negara Islam' dan 'ulama' dalam PAS. Kalau ya pun kecewa benar dengan 'tersingkirnya' ulama dalam kepimpinan PAS dan kecewanya PAS menukarkan ke tema baru 'NEGARA KEBAJIKAN' ; para pemimpin UMporNO janganlah menampakkan BELANG kartun dan kebodohan mereka. Kasihan mereka... nampak takut, serba-salah dan kehilangan punca.
Pengulas dari Malaysiakini:(petikan sini....)
  • Nur Atika Binti Atan · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
    Itu ayat org terdesak...kih..kih..kih..Umporno terdesak nkkan sokongan Ulama'. Kah..kah..kah..hebat betul lakonan tuh...cuma erkk..airmata x ada la..buat la sikit mcm si Madey tu br Ust Nasha terharu...kih..kih..kih..
  • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn kawan2
    Hahaha..UMNO cuba nak mengapi-apikan perasaan Nasharudin lah pulak..Ini taktik lapok...hehehe
..


http://2.bp.blogspot.com/-wHhRmI5STWA/TXLgC-vuxvI/AAAAAAAAAS0/KSgRL-KSjN8/s1600/mat%2Blebam.jpg
Siapakah yang bertanggunjawab di atas kos sara hidup tinggi yang dibebankan kepada rakyat – adakah ia salah Dr Mahathir, Pak Lah atau Najib atau ketiga-tiga mereka sekali? (baca di sini...)

Rasanya Muhyiddin akan lebih bijak dan jujur di mata rakyat jika beliau pula cuba menjawab persoalan-persoalan ini secara jujur dan mengurangkan retorik.

Rasanya, tidak perlulah beliau mendakwa Malaysia sudah pun menjadi negara berkebajikan selagi rakyat dipaksa menerima pelbagai kenaikan harga barangan manakala kontrak-kontrak lumayan dibolot oleh juak-juak tertentu yang berkait dengan Umno.

Negara berkebajikan bermakna pemerintah yang telus, amanah dan sentiasa mengembalikan nikmat hasil bumi kepada rakyat dan tidak memperkayakan diri.

Negara berkebajikan tidak bermaksud memberi komisyen “atas angin” RM500 juta kepada syarikat kroni kononnya untuk menguruskan pembelian kapal selam yang akhirnya tidak boleh menyelam.

TPM: Timbalan Perdana Menteri seorang ini banyak benar beretorik. 1Malaysia Najib dan Muhyiddin sungguh mencabar rakyat dengan janji besar dan semacam memberi amaran kepada Pakatan Rakyat serta rakyat seluruhnya. Nafsu mereka sungguh tinggi di samping meninggikan cita-cita serta harga barangan keperluan marhein. Percayalah bahawa peratus besar rakyat semakin berasa pucat dengan fenomena yang terpaksa mereka hadapi kini baik dalam bidang politik, ekonomi maupun sosial. Apa lukisan kata sdr Zaman Bujang, komenter utama pada isu sama Malaysiakini:

PAS : Kami perjuangkan Islam.
BN : Kami telah perjuangkan Islam lbih dari 50 tahun.
PAS : Kami perjuang Negara Berkebajikan.
BN : Kami telah perjuang Negara Berkebajikan lbih 50 tahun.
PAS : Kami perjuangkan rasuah (banteras).
BN : Kami telah mengamalkan rasuah lbih 50 tahun.......
PAS : Haaa...kantoi.......

.

"Pertama sekali, saya tidak tahu menahu apa adik saya lakukan. Keduanya, saya tidak rasa bahawa (syarikat) Australia akan melakukannya," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan akhbar Australia yang mendakwa adiknya dibayar untuk menjayakan kontrak kerajaan dengan syarikat negara kiwi itu..

NONEBeliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kegiatan Haris Onn Hussein (kanan).

Menurut akhbar The Age yang berpengkalan di Melbourne, Securency - firma teknologi kewangan - mengupah Haris pada 2009 untuk mendapatkan kontrak di Malaysia. ( Sila ikuti....... )

TPM : Kalau terhadap PR, sana kroni sini kroni. Padahal Nurul Izzah Anwar naik kerana diundi 2008, dipersoal juga kelayakan terpilihnya menantu TG Nik Abd Aziz di dalam jawatan kewangan Negeri Kelantan, SUA DAP merangkap KM Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dipilih rakyat adalah anak Lim Kit Siang.

Geger terbaru terjadi bila terpilihnya Ust Nik Abduh bin Nik Aziz adalah dipilih perwakilan selaku Timb Ketua Pemuda PAS, terpilih Ust Khalil bin TG Presiden PAS juga oleh perwakilan; tetapi berkokok hebat para pemimpin UMporNO bahawa ada mainan KRONISME di dalam Pakatan Rakyat (???).

Bagaimana pula dengan KEKAYAAN anak-anak Tun Mahathir, anak dan menantu Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi ...kedua-dua mantan Perdana Menteri itu. Bagaimana juga dengan KEKAYAAN adik beradik DS Najib Tun Razak Perdana Menteri sekarang?

Jadi tidak peliklah kalau naiknya 'kroni' ini anak Tun Husein Onn mantan PM juga sepupu PM sekarang; DS Hishamuddin selaku pemimpin tertinggi UMporNO dan sebagai menteri kanan.
Tidak pelik jugalah jika adik Naib Presiden UMporNO itu ada hubungan fulus sebagaimana lapor The Age - Negara Kanggaroo itu.

Kangaroo Island kangaroos

  • Pak Abu: " Mula-mula dia tak kata nafi. Kata tak tahu menahu. Cuma yang tak masuk akal ialah tidak tahu kegiatan adik sendiri. Impossible tak tahu langsung!." ...KAH...KAH...KAH...GAJAH depan mata tak nampak kuman di seberang lautan jelas kelihatan....kah...kh...kiih...