RM609j dilulus dalam 11 minggu lawatan PM, TPM ~ Malaysiakini 30 Mac 2012
Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke seluruh negara.
.

Menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat, "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac telah diserahkan semasa lawatan mereka ke 14 negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek.

Pada 27 Mac lalu, Ahli Parlimen PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar telah meminta Jabatan Perdana Menteri menyenaraikan semua peruntukan yang diluluskan untuk lawatan rasmi perdana menteri ke negeri-negeri berkenaan.

TPM: Banyaknyer... telah 'terlulus' sepanjang 2-3 bulan pertama 2012. Tengah semua rakyat suspen akan tarikh 'peperangan besar' BN vs PR. Perdana Menteri, Tim. Perdana Menteri, Menteri-menteri dan para pencacai telah membahagi 'ANGPAU' lebih awal. Angpau itu berbentuk projek-projek janji bibir mulut, projek-projek segera dan mengedar kopon RM-RM500, 200, dan 100 kepada sebahagian besar hamba rakyat.
Kabar, spekulasi, propaganda dan lonjakan rasa beralun hebat, PRU13 akan berlangsung tahun Dua Ribu Sedozen ini. Loya, nak muntah, mual, kecut perut dan lain-lain rasa beralun dalam usus akibat spekulasi yang berbagai tentang tarikh keramat yang akan meluncur dari 'mulut merah. Tuan PM Najib nanti.
Kita 'wait n see'.... namun RM609juta terlulus sudah!
Sedang itu, beberapa penyakit dan sindrom wabak bawaan parti pemerintah @ BN @ Umno terselak 'malu' yang susah nak ditudung. Bau bangkai busuk dan najis ulahan 'penjenayah' politik spt PKRZ, NFC, flash-back kisah kapal selam, Altantuya dsbnya berulang tayang. Busuk dan kelibat huduh pihak pembangkang @ Pakatan Rakyat juga dibongkar dikorek dan mahu dicorrectkan..... hingga Yang Arif di mahkamah sikit fening....tiba-tiba ada pula kisah 'Police Story' COPGATES!!! isy...isy...camacam..

Ni Satu Lagi Cerita Projek Barisan Nasional:


RM87.1j bina, ubahsuai, naik taraf surau sekolah
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM87.1 juta bagi melaksanakan projek pembinaan, pengubahsuaian dan menaik taraf surau-surau di semua sekolah rendah dan menengah seluruh negara, pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata peruntukan yang merupakan sebahagian daripada Projek Insentif Luar Bandar yang terkandung dalam Belanjawan 2012 itu, akan melibatkan sejumlah 849 projek. ( ada lagi....)

TPM: Satu demi satu projek diluluskan dengan mudah ketika iklim PRU13 semakin panas. Sesetengahnya akan menjadi projek menam tebu di bibir mulut atau projek mengumpan. Amekaw!... Sheikh Puad juga menyebut KERAjaan BN memperuntukkan hampir RM90 juta buat membangun, membaik-pulih surau-suara sekolah seluruh negara. Amekaw! Sheikh ini mahu menyatakan jasa-jasa BN dengan sedekah jariah / Islamiknya BN kini, Wasatiyah pasca Islam Hadhari!