SATU:
Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang.( maklumat di sini....)

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008. Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.

TPM: Semoga PRK Galas akan berlangsung baik. Semoga cuaca di hari memangkah juga baik. Semoga para pengundi dapat menilai yang baik. Semoga keputusan PRK Galas juga baik dan memihak kepada baik. Insya Allah.


DUA:


TV3telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu. Iklan "Sinari Lebaran" yang disiarkannya didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Iklan itu menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan, ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha.

Siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”. (baca dan lihat...)

TPM: Sebenarnya banyak lagi siaran yang menyentuh sensitiviti umat / hukum Islam yang telah disiarkan oleh TV3. Suatu waktu dulu TV3 menganjurkan Sure Heboh. Program hiburan itu diharamkan di Negeri Perak. Kini Jom Heboh juga terdapat unsur-unsur hiburan melampau yang boleh merosakkan masyarakat dan agama Islam.

TIGA:


'Pak Pandir' ditugaskan untuk menghantar sejumlah ayam dengan menaiki motosikal. ”Bagaimanapun beliau terlibat dalam kemalangan menyebabkan ayam-ayam yang dibawa itu bertempiaran lari. Beberapa orang di tempat itu cuba membantu Pak Pandir untuk menangkap ayam-ayam berkenaan, namun Pak Pandir cuma ketawa melihat keadaan itu. "Pak Pandir kata, (Ayam-ayam) itu hendak pergi ke mana sebab alamat ada dengan aku. Kita jangan jadi bodoh macam itu," Secara berseloroh, wakil Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad yang disambut gelak ketawa hadirin. Alwi menggesa para ahli Umno melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan tidak bersikap seperti 'Pak Pandir.' (sila baca...)

Bercakap membahaskan usul ucapan dasar presiden di PAU, Md Alwi juga berkata Umno juga tidak mendapatkan sokongan walaupun giat memberikan banyak bantuan, seperti yang diperhatikannya di Kelantan. Katanya, sumbangan oleh Umno itu tidak mempunyai "roh keikhlasan," menyebabkan penerimanya tetap menyokong parti lawan walaupun bantuan demi bantuan dihulurkan.

TPM: Alwi membuka tembelang bahawa " 1- Para pemimpin Umno kurang cerdik, macam Pak Pandir. 2- Sumbangan / bantuan kerajaan Umno-BN kepada rakyat Kelantan ada tidak ikhlas!"

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda