Rasuah atau risywah (bah. Arab) memberi maksud sogokan, wang suap, tumbuk rusuk, duit kopi, politik wang, korupsi atau corruption (bah. Inggeris) atau pemberian sagu hati secara sulit dengan niat mendapatkan faedah kerana sesuatu jasa dsb.
Perbuatan rasuah terjadi melalui cara memberi atau menerima sogokan tersebut baik berupa wang, barangan, pangkat atau apa jua janji2 manis demi membalas jasa orang yang berkenaan seperti pemimpin politik, orang2 besar dalam sesuatu jabatan, hakim, pihak berkuasa dan termasuk juga para pengundi di dalam sesuatu pemilihan. Amalan rasuah ini adalah perbuatan dosa besar, jahat, terkutuk dan zalim.
Memberi rasuah kepada hakim atau qadhi supaya dia mendiamkan kebenaran atau melakukan kebatilan adalah perbuatan jahat dan zalim. Tidak adil, amat berat sebelah dan khianat jika ianya terjadi di dalam sesatu perbicaraan di mahkamah. Akibatnya akan wujud pula dendam atau akan berlaku pula keburukan yang lebih dahsyat, masyarakat akan kacau, akan berlaku huru-hara di muka bumi jika amalan rasuah semakin berleluasa, tidak dibendung. Bila para pelaku jenayah dan maksiat akan bebas dengan maksiat dan jenayahnya, maka usah hairanlah jika suatu ketika nanti perkara baik dianggap tidak baik; sebaliknya perkara maksiat, jenayah dan aneka kejahatan akan diterima baik oleh masyarakat. Maka bolehlah dikatakan zaman itu ialah Zaman Dajjal.
Sesebuah negara akan mengalami kehancuran akibat pemimpinnya tidak bertanggungjawab membasmi amalan buruk ini; amat malang lagi jika terdapat ramai kalangan pemimpin yang juga bergelumang dengan amalan rasuah. Sesetengah kementerian atau jabatan yang berurusan terus dengan rakyat jelata lebih mudah merebaknya penyakit rasuah ini. Kita biasa dengar dan baca tentang pegawai2 atasan kementerian / jabatan tersebut terlibat dengan gejala ini. Walaupun pihak tertentu Badan Pencegah Rasuah misalnya ditubuhkan dan beropersi sejak lama, namun kegiatan rasuah tidak juga berhenti. Di mana silapnya bukan kita semua tidak tahu. Malah istilah2 ikan jerung, ikan bilis, jenayah kolar biru dan jenayah kolar putih muncul adalah punya kaitan rapat dengan gejala rasuah ini.
Hingga kini tetap ada penagih2 / pengamal2 rasuah yang tegar di beberapa jabatan yang terkenal dalam masyarakat kita. Amalan memberi rasuah lain maknanya dengan takrif upahan yang sebenar. Tradisi upahan samalah dengan makna gaji, hadiah, saguhati atau ganjaran melalui cara yang telus diketahui ramai; amalan ini sudah tentu baik dan mendapat pahala. Manakala perbuatan rasuah kebanyakannya terjadi secara sembunyi, punya taktik tertentu atau terbit dari niat terselindung yang tidak direstui masyarakat umum.
Islam melarang keras amalan mengambil rasuah atau mengambil untung dari memberi rasuah; Allah Taala berfirman, mafhumnya: " dan janganlah kamu makan harta2 kamu/di kalangan kamu dengan cara yang batil (tidak benar @ rezeki yang haram), dan janganlah kamu berurusan harta kepada hakim agar kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara berdosa, padahal kamu semua mengetahui." ( Al-Baqarah:188)
Sebuah hadith marfu' diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w menyebut: " Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam (urusan) sesuatu hukum (keputusan). Namun ada juga ulama yang mengatakan jia tidak ada jalan lain selain rasuan untuk mendapatkankebenaran atau menolak kezaliman maka hal itu tidak termasuk dalam ancaman tersebut.
Di dalam masyarakat hari ini amalan rasuah semacam menjadi biasa. Ada orang yang terlibat menjadikan rasuah satu income di samping gaji tetap/halal yang diterimanya. Malah income melalui rasuah lebih besar dan membanggakannya. Maka jadilah pendapatannya itu untuk memenuhi keperluan hidup rumahtangganya; diri, isteri dan anak2nya. Jadilah pula makan minum mereka tidak diberkati malah lama kelamaan akan menjahanamkan rumahtangga mereka, selain terseret ke muka pengadilan.
Akibat berlakunya rasuah juga, undang2dan peratuan sesuatu jabatan /urusan menjadi sia-sia malah makin menyulitkan. Kerananya juga mengakibatkan orang yang berhak diterima sebagai pekerja digantikan oleh orang yang tidak berhak yang kadang2 tidak ada kelayakan dan kebolehan yang sesuai dengan tugas2nya.
Dalam bidang pentadbiran pula, layanan yang baik hanya diberikan kepada orang yang mahu merasuah/memberi wang sogok. Manakala orang yang tidak mengeluarkan sogokan rasuah itutidak dilayan baik. Tidak berlaku adil sebegini akan mengakibatkan berleluasa sikap diskriminasi dan dengki. Dosa dan kesalah perbuatan tersebut tidak dihitung lagi.
Faktor buruknya amalan korupsi ini akan merebak pula sifat / nafsu tamak dan berkepentingan diri, akan hilanglah sifat peri-kemanusiaan, tolerasi, jujur dan kasih sayang persaudaraan sesama orang Islam. Maka selanjutnya orang tersebut, keluarganya, masyarakatnya malah negaranya tidak akan mendapat rahmat Allah jika perbuatan rasuah ini tidak dihapuskan.
Punca lahirnya amalan rasuah yang ada pada diri orang2 Islam ialah adanya nafsu kasih keduniaan (hubbuddunia), cintakan harta (hubbulmal), sukakan kemegahan (hubbuljah), kufur nikmat, lupakan dosa, lupakan akhirat, tidak ingatkan Allah; hakikatnya mereka bukan orang yang benar2 beriman.
Baik bernama politik wang, duit kopi, tumbuk rusuk, rasuah atau apa nama sekalipun; semuanya adalah sogokan, amalan haram berdosa besar sebaya perbuatan terkutuk yang lain2 seperti meminum arak, berzina, berjudi dan amalan2 dosa besar yang lain, yang menempah kemarahan Allah dan Rasul-Nya.
Ingatlah Allah Taala Maha Mengetahui apa-apa yang manusia lakukan sama ada terang2an atau sembunyi2.
DENAK
hati-hati dihidangnya umpan dan persahabatan
menyenandung lagu dan lirik pada gedung
serba mewah, menggetus pehatian
si tukang sihir itu pun berlalu, bersilih
senyuman mengimpikan sejumlah mangsa baru.
Krai 1992.
Racun Abadi 2001.
VIP
jadilah beliau orang terpenting
banyak menghasil cita-cita dan muslihat
sejak kebelakangan kerap merasmikan
kilang sogok dan upacara memancing
" industri begini memang lumayan pulangannya,
asal sahaja tuan pintar mengagak atau
umpan segar di jebak"
Kuala Lumpur.
Racun Abadi 2001
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda