Selepas kejayaan besarnya dalam PRKecil P44 Permatang Pauh selasa 26.08.2008, YB DS Anwar Ibrahim telah menyatakan: " Kemenangan saya di Permatang Pauh membuktikan segalanya kepada Umno dan Barisan Nasional. Mereka perlu sedar dan nampak apa yang rakyat mahukan, kemenangan ini bukanlah kemenangan saya malahan kemenangan seluruh rakyat Malaysia."

Kemenangan Ketua Penasihat Parti Keailan Rakyat (PKR) itu, telah mengundang berbagai reaksi/ ulasan dari beberapa pemimpin politik tanah air. Antaranya:

Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan kempen memburuk2kan Anwar semasa PRKecil tersebut menyebabkan rakyat terus membenci BN sehingga memberikan undi yang begitu besar kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu. "Sedangkan (kes) liwat tak tentu lagi, ceramah Umno terus memburukkan Anwar dan bagi saya ceramah mereka itu sebenarnya tidak ada air muka malah tak ada kulit pun."

Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak melepas peluang untuk memberi komen beliau, " Sebenarnya Parti Keadilan Rakyat tidak menang dalam pilihan raya kecil itu tetapi BN yang kalah dalam pilihan raya kecil itu". Namun, beliau bimbang kemerosotan populariti BN dalam jangka masa 5 bulan selepas PRU bukan hanya berlaku di Permatang pauh sahaja tetapi satu trend di kawasan lain juga.

Bagaimana pula pandangan anda tentang pendapat2 di atas?


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda