Orang perempuan yang cantik, apabila memakai tudung menutup aurat lagi cantik contohnya para artis wanita kita yang memang cantik2 bila melakonkan drama berunsur dakwah atau ketika sesebuah drama memerlukan pemakaian tudung. Alangkah cantiknya gadis Melayu/muslimah kita.
Tetapi bila artis yang sama berlakon pada drama yang lain pula, mereka berpakaian tidak menutup aurat, malah agak seksi dan melakukan adegan berpeluk malah beradegan ranjang. Mereka berpeluk selain sebagai kekasih atau suami isteri, mereka juga berbuat demikian selaku ibu bapa terhadap anak atau sebagai adik beradik; padahal mereka bukan mahram/muhrim???
Kita sekeluarga di depan TV masing-masing menonton perlakuan mereka di dalam sesebuah drama dengan tenang tanpa apa2 perasaan tergetus untuk persoalkan status sebenar dan hukum halal/haram dari kaca mata Islam. Maka secara tidak langsungnya kita sekeluarga membenarkan keadaan tersebut. Para remaja/belia pula akan terikut2 dengan watak2 dan perwatakan di kaca TV itu.
Kadang-kadang mereka para artis ini bila menghadiri sesuatu majlis atau acara, mereka akan berpakaian agak menjolok mata selain tidak menutup aurat. Pakaian mereka mengalahkan pakaian artis2 lelaki; cumanya kadang2 artis lelaki suka berpakaian selekeh, tidak smart, tetapi 100 peratus mereka menutup aurat.
Terasalah pada kita bahawa para artis wanita tadi, seolah mereka itu tidak tahu dosa pahala atau memang tidak takutkan dosa. Kita juga tahu kadang2 melalui paparan media diberitakan bahawa mereka juga melakukan berbagai maksiat dosa seperti minum arak, bersekedudukan, ketagih dadah sehingga dibawa ke mahkamah.
Tanpa menyatakan mereka itu idola kepada masyarakat atau tidak, kita dapati aktiviti mereka sangat ditonjolkan oleh media seperti kulit2 majalah hiburan, rancangan2 hiburan di kaca TV dsb. Perbuatan mereka itu bagai sejenis spesis yang sering menukar imej mengikut suasana. Bagi kita manusia Islam perbuatan itu adalah bersifat pura-pura (Bah.Inggeris= hypocrete, bah.Arab= munafiq).
Maka kita sangat mengharapkan adanya golongan2 tertentu dari masyarakat kita seperti para mufti, ulama berjawatan di jabatan2 kerajaan/pusat pengajian tinggi atau tidak, NGO2 / badan2 dakwah menggunakan 'power' yang ada bagi membasmi atau selalu bertindak menegur dan sebagainya. Ini juga adalah peranan bersama mencegah kemungkaran dan benih2 maksiat. Adakah kita/mereka akan terlepas dari pertanyaan mahkamah Allah di akhirat nanti. Ataukah begini yang kita faham bila kita berada di dalam sebuah negara Islam Hadhari?
ATAU BAGAIMANA DAN KEMANA KITA?
Moga teguran ini bermanfaat untuk kita semua.
Saya mempunyai seorang sahabat,yang dijemput untuk melakonkan watak pelakon tambahan utk drama yg bakal ditayangkan utk hari raya puasa nanti. Pelakon utama drama tersebut adalah Rosyam Nor. Beliau berpeluang berborak dengan Rosyam Nor, yang berpegang pada pendapat M Rajoli " Melakonkan watak utk memberi kesedaran kpd masyarakat itu juga dikira sbg dakwah. Lepas kita berlakon kita taubatlah balik."
Assalamualaikum... maaf saya bertanya, ini ustaz hadi yg ngaja kat skolah zainab ke? saya dulu ex-student sekolah zainab..teringat kat ustaz sekolah saya yg baca doa setiap kali assembly...rasanyer tak silap dah...suka dengar doa ustaz sebab lain dari yg lain..ayat2 melayu nya sgt menusuk...
ladies of zainab's skool, trimakasih ziarah saya di blog. mmg saya masih ingat smz apatah lagi alumni sama2 hjh wan salmiah.ingatan anda sume kat saya sangat saya hargai.saya afiat bersama k'ga dah hampir 6bulan sejak jadi penghuni wad di hrpz2 dulu.doa kalian saya ucap trimakasih, moga anda sume dirahmati Allah.
jilfityan, pendapat m.rajoli tu kalaulah benar demikian adalah ikut fikiran sendiri,tidak bersandarkan nas. utk capai yg baik mesti melalui cara halal, bukan cara haram. kehidupan harian mesti syar'ii,tidak lakukan maksiat.matalamat tidak menghalalkan cara!! tidak ada cara robin hood dalam islam.
jika dah selalu buat maksiat kemudian taubat, lalu buat maksiat lagi, kemudian taubat atau sempatlagi taubat. islam tidak iktiraf itu sebagai taubat. malah dikira mempersendakan hukum.
kita kena juga tahu rukun2 taubat:
-berhenti terus dari lakukan maksiat itu.
-menyesal sungguh2 dengan perbuatan lalu.
-berazam tidak mahu lakukan maksiat tsbt.
-mohon ampun dari Allah secara bersungguh2.
Group hjh salmiah tu junior dari saya..saya doakan ustaz sihat2 dan dirahmati Allah selalu... saya nak link kan blog ni ke dlm blog alumni batch saya.