Ketika berlaku sedikit perselisihan, perbalahan atau tidak sefahaman, banyak di kalangan isteri yang terus mengambil jalan pintas dengan mendesak suami menceraiknnya. Adakalanya desakan itu dibuat apabila si suami tidak mampu memberi nafkah atau suaminya gagal menunaikan keinginan material si isteri.
Terkadang keputusan yang dibuat oleh si isteri hanya menurut emosi, mengikut perasaan marah atau terpengaruh dengan kabar2 yang sengaja direkacipta oleh pihak ketiga. Pihak ketiga yang menjadi batu api itu mungkin kawan2, keluarga atau jiran tetangga yang memang bersifat dengki, cemburu, tidak suka melihat orang lain senang dan sengaja ingin memecahbelahkan rumahtangga pasangan itu. Akibatnya si isteri yang 'termakan' dengan hasutan atau fitnah itu dengan mudah membenci lalu mencabar sang suaminya dengan kata2 yang menghangatkan lagi keadaan: "Kalau memang awak laki2, ceraikan saya!!"
Semua mengetahui bahawa talak/perceraian akan mengakibatkan banyak kerugian besar bila terputusnya tali kekeluargaan. Anak2 menjadi tidak terbela, keadaan menjadi serba-salah dan kacau malah boleh memporak-perandakan hubungan masyarakat setempat. Akhirnya keadaan ini menimbulkan rasa penyesalan tidak sudah2 dan idak berguna lagi. Maka terlaksanalah satu kerja jahat syaitan yang memang selalu mahu memecahbelahkan manusia.
Islam mengharamkan perbuatan si isteri yang sewenang2nya melafazkan permintaan cerai dari suaminya jika perkara2 yang diselisihkan itu masih boleh diselesaikan dengan sifat kesabaran, pemikiran yang waras atau dengan cara rundingan. Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:
" Siapa saja wanita yang minta diceraikan suaminya tanpa alasan yang dibolehkan maka haram baginya bau syurga"- hadis marfu' riwayat Thauban.
" Sesungguhnya wanita2 yang melepaskan dirinya dan memberikan harta kepada suaminya agar diceraikan, mereka adalah orang2 munafik" - hadis marfu' riwayat Uqbah bin Amir.
Tetapi, jika memang ada alasan2 yang dibolehkan syarak seperti suaminya suka meninggalkan solat, suka minum arak, menagih dadah, suaminya ahli maksiat tegar, memaksa isterinya berbuat perkara2 haram, suka mendera isterinya, tidak mendengar nasihat malah tidak berguna lagi usaha pembaikan; maka tidak berdosa bagi si isteri meminta cerai, sehingga dia tetap dapat memelihara dirinya dan agamanya.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda