Bagaimana reaksi anda dengan pendapat2 mereka ini?
Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO YAB DS Abdullah Ahmad Badawi mengulas bahawa kemenangan Ketua Penasihat PKR pada PRKecil Permatang Pauh itu tidak boleh ditafsirkan sebagai satu trend yang boleh berlaku di kawasan2 lain. Apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang terlalu besar untuk mengubah situasi yang telah pun berlaku pada PRU yang lalu. Tegas beliau, " Pilihan raya itu hanya satu pilihan raya kecil yang tidak boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang boleh berlaku di kawasan2 lain".
Naib Presiden UMNO YB Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan BN tidak harus memandang ringan kejayaan Penasihat PKR pada PRKecil tersebut. Beliau bimbang dengan keputusan yang berpihak kepada pembangkang itu akan menjadi trend kerana pengundi mahukan perubahan. Kata beliau, " Walaupun ia kawasan pilihan raya kecil ia mungkin menjadi satu trend pengundi di mana pengundi sudah buat pemikiran hendak perubahan walaupun mereka tidak tahu apa perubahan itu dan tidak menerima pimpinan BN."
Seorang lagi Naib Presiden Umno juga Ketua Menteri Melaka DS Mohd Ali Rustam pula mengatakan kemenangan Anwar pada PRKecil Permatang Pauh adalah atas sokongan golongan muda dan pengundi atas pagar yang masih tetap memilih Anwar sebagai wakil rakyat mereka. Beliau menjelaskan, " Pengundi yang menyokong Anwar bukanlah pengundi asas tetapi golongan atas pagar yang berjaya ditarik perhatian oleh PKR. Pada tahun 2000, PKR hanya menang dengan 500 majoriti sahaja, 2008 pula 13,000 lebih dan baru2 ini 15,000 lebih, nyata taktik 'pukul tin kosong' Anwar berjaya."
>>> ???

salam buat tamu pulau melaka,
saya ucapkan a/kasih kerana sudi ziarah blog dunkijang....
Kemenagan DSAI memberi satu impak yang besar terhadap politik di malaysia kini,diharap ianya akn memberi sinar baru kpd rakyat.
Namun demikian rakyat masih lg menunggu apakah yang akan di lakukan/halatuju malaysia kelak,
apa yg di khuatirkan msaalah Islam/melayu akan lebih baik atau sebaliknya.