YB AZMAN MOHD NOOR KEMBALI KE RAHMATULLAH.
ADUN BAGAN PINANG :     YB. AZMAN BIN MOHD NOOR

Pilihan Raya Kecil ke 9 bakal berlangsung di bumi Malaysia setelah berlaku kemenangan PR 7-1 ke atas BN. PRK itu akan berlangsung nanti (dalam jangaka masa 60 hari ). Kali ini akan diadakan di Negeri Sembilan setelah wakil rakyatnya dari Umno-Barisan Nasional YB Azman Mohd Nor Ahli Dewan Undangan Bagan Pinang, meninggal dunia hari ini kerana serangan sakit jantung.

Beliau meninggal dunia pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 54, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi sebanyak 4097. Azman menang dengan majoriti 2,333 undi. (baca di sini...) dan ( di sini...)


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda