KPR000005376

Kartika Sari Dewi Shukarnor dan anak-anak

Ya tak ya...dah..dah le tu. Kartika sendiri sudah reda dan sanggup menerima hukuma akibat ketelanjurannya. Beliau telah mengakuinya dan kini dia minta jangan ada lagi orang yang mahu mengganggunya. (baca di sini....) Dia mahu ketenangan.

Mengapa banyak sangat pihak yang pakat 'simpati' kepada Kartika Sari Dewi Shukarnor yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah dan beliau reda menerimanya. Timbul pro-kontra hingga ke peringkat pimpinan negeri dan negara. Ada desakan dan gesaan dari berbagai pihak individu dan NGO baik kepada Kartika atau kepada Majlis Agama Negeri Pahang. Ada ulama dan juhala (jamak dari 'jahil hukum'). Pandangan dan pendapat yang boleh merosakkan akidah pun ada.

Kartika dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008. Isu hukuman terhadap Kartika dan sikapnya sudi menerima hukuman itu telah menjadi 'bahan' pro-kontra dan Kartika jadi 'glamour' tak semena-mena. Namun masyarakat dapat juga tahu banyak perkara setelah isu ini diperlebarkan!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda