Sep 12, 09 7:52pm


Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.~~~Malaysiakini.

TPM: Samy Vellu bukanlah asing bagi rakyat Malaysia wajahnya yang berambut palsu itu bolehlah disebut sebagai " Bapa Tol Malaysia ". Sejak kalah pada PRU12 yang cukup memalukannya dan BN awal Mac tahun 2008, tahun 'BN Malu Sedunia'. Samy kerap mencari isu bagi melonjakkannya kembali kepersada politik tanahair.

Prihatinnya terhadap bangsanya, Samy mengingatkan bahawa Kaum India yang mengundi dan mengangkat bendera PAS pada PRU-12 lalu bagi menjahanamkan Samy sudah kecewa dengan PR. Mereka akan memilih MIC dan BN semula. Ayoyo Samy...apa u cerita. Samy lupa ka, masyarakat kaum India tidak sekali2 lupa bagaimana hebatnya u membela mereka dulu. Kerana sifat prihatin Samy itulah saham Maika lenyap. Kerana Samy mahu membela nasib kaumnya itulah Samy semakin kaya dan berkuasa, hidup amat mewah sedang kaum India kekal merempat. Kerana sifat mulianya itulah, maka beberapa orang yang tidak sekepala dengannya disingkir satu-satu baik di luar sidang atau di dalam sidang pemilihan pimpinan MIC.


DS Samy Vellu 'tidak bersalah' di Sungai Siput tapi dia kalah! Faktor BN yang menyebabkan dia kalah. Salah BN-lah yang menjadi faktor utama MIC kecundang teruk. Itulah sebabnya Samy menyampah.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda