Bekas MB Kelantan meninggal dunia

08/09/2009 11:15am

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamad Yaakob, 85, meninggal dunia di Hospital Pantai di sini pukul 5.55 pagi ini akibat sakit kanser.

Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat lalu untuk rawatan kanser yang dihidapinya sejak setahun lalu.

Menurut anaknya, Dr. Idora, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Zuhur. – Utusan

TPM: Inna lillaahi wa inna ilahi raaji'uun. Pahala bacaan al-Fatihah buat almarhum Tok Mat. Setiap yang hidup akan merasai mati. Ta'ziah buat Dr Idora sekeluarga. Moga beliau diampuni dan dirahmati Allah.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda