Pemilihan MIC: Samy Vellu Kesal Campur Tangan Tun M

Presiden MIC hampir setengah abad merangkap mantan menteri tol negara.
DS Samy Vellu yang kena salak oleh mantan PM merangkap mantan Presiden Umno Tun Mahathir Mohamed agak kesal dan terdesak menjawab salakan Tun M dengan salakan balas.
DS Samy Vellu menjelaskan yang dia mengambil iktibar cara mempertahankan diri pada kerusi presiden MIC dan cara menyingkir mantan timbalannya dari cara Tun Mahathir bekas bosnya juga. Katanya Tun Mahthir memiliki seni 'memusnahkan timbalan'nya yang berkesan! (baca.....)

TPM: Beberapa faktor yang dapat kita catatkan mengapa perlunya seni memusnahkan timbalan dalam berpolitik. Orang-orang politik nombor wahid seperti Tun Mahathir dan DS Samy Vellu yang boleh dikatakan sezaman itu sudah tentu punya kemahuan, cita-cita dan tektik tersendiri dalam mempertahankan imej dan kuasa.

Tun M selain punyai ego yang tinggi hingga pernah dimahafiraunkan oleh masa, sudah tentu tidak mahu di'hina'kan oleh massa. Kita boleh lihat cara beliau menggunakan 'remote control'nya di zaman Pak Lah dan kini Najib jadi pemimpin orang nombor satu negara. Dia mahu musnahkan Pak Lah dan menantunya dan masih mahu menonjolkan kroninya dan sudah tentu Mukhriz puteranya! Selain dia tidak mahu duduk diam, selaku pesara pilihan dia semacam belum puas menjadi 'god father' pada mercu politik Umno dan negara.

Sejarah mencatatkan kehodohan cara Tun M 'bermain catur politik' dengan orang lain sama ada terhadap parti pembangkang, dasar-dasar Umno-BN, terhadap mantan timbalan-timbalannya, terhadap pihak kehakiman dan polis, terhadap media massa malah terhadap hukum-hukum dan prinsip agama.

DS Najib dan isteri pernah di'katakan' punya kaitan dalam kes penggunaan C4 terhadap kes wanita Mongolia, namun Tun M pula boleh dikatakan pembunuh secara senyap semangat Melayu dan agama Islam di Malaysia. Kita tidak hendak menyenaraikan kesemua tindakannya, cukup jika diaturkan sejak Malay Dilema, pro-sosialisnya, anti-hadisnya, Melayu mudah lupa, menyingkir timbalan-timbalan PMnya, peristiwa Memali, perancangan kes liwat dan seks DSAI, peristiwa Rahim Nor dan mata lebam Anwar, kisah video correct-correct-correct Lingam, isu tahanan ISA, isu BM terhina akibat mahu Inggeriskan pendidikan (PPSMI), mengganggu-gugat SAR, menghina ulama, hukum Islam malah tidak menghormati sunnah Nabi s.a.w.

Sejak zaman Tun M, Tun Pak Lah dan hingga kini tidak pernahpun berkurangan kes dadah, jenayah dan maksiat 'kabair' yang sepatutnya dikendalikan dengan waras dan adil oleh PM-PM tersebut, Bolehkah kita berbangga dengan bebangunan tinggi-tinggi, KLIA, KLCC, Litar F1 dan lain-lainnya sedangkan dalam aspek kemanusiaan terabai tenat. Terutama zaman Tun Mahathir yang 'amat berkuasa' serta lamanya satu pertiga usianya, 22 tahun lebih!

Berbeza antara DS Samy Vellu dengan Tun Mahthir ialah DS Samy sangat sayangkan Hindu , menghormati sami-sami dan Bahasa Tamilnya, tetapi Tun Mahathir amat tidak sayang/hormatkan Islam serta ulama Islam dan tidak hormat/cintakan Bahasa Melayu. Dua sosok ini yang ketara sama fe'elnya ialah lama menjadi orang nombor satu, sama-sama dapat menolak timbalan, berupaya membina empayar kekayaan dan asul usul dari satu benua !!

Satu-satunya TPM Di Dunia Kena Gocahan KPN!

MATA LEBAM!
!.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda