"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu. (baca di sini...)
Putera sulung mantan PM Tun Mahathir itu tidak menyatakan dia minum arak atau ketagihan arak. Namun sudah memada kalau kita taksirkan betapa besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan perniagaan arak ini. Syabas buat Mirzan dan ayahandanya karana mendapat peluang perniagaan yang jarang anak Melayu ceburi. Tapi mantan KPN Tun Haniff Omar juga punya peluang jadi orang besar di pusat judi terbesar negara, kasino Genting Haighland.
Isu hukuman sebat 6 kali buat Kartika Sari Dewi Shukarno (kabarnya keturunan Megat Tarawis) belum lagi lesai. Menjadi panjang ceritanya sebab Kartika sanggup menerima sebatan itu, tidak mahu merayu (walau PM Najib suruh rayu). Sebatan akan dijalankan selepas Ramadhan.
Gelegak suasana tanah air kita kerana isu yang diluarbiasakan ini bagai gelegak dan berbusanya arak yang dituang ke gelas.. Masing-masing beri pendapat terhadap hukuman kerana menogak/mereguk airsetan, ibu segala maksiat itu. Tengku Mahkota bertitah, Mufti beri pendapat, mantan mufti juga beri bicaranya, orang jabatan Maip pertahan hukumannya, SIS juga dengan kontranya, Persatuan Peguam Malaysia juga cuba hantar pengaruhnya mahu membela entah siapa, Mursyidul-'am Pas juga memberi pandangan dan sudah tentulah ada pandangan dari penulis-penulis alias 'ulama suratkabar'.
Kartika Sari Dewi Shukarno, 32 model sambilan Singapura.
Mirzan bin Tun Mahathir pula join saham dan menjadi pengarah kepada San Miguel Corp (SMC) pengeluar San Miguel Beer di Filipina sejak 100 tahun lalu. Jika si Kartika akan dihukum sebat 6 kali, apakah pula agaknya hukuman di dunia kepada pengarah syarikat pengeluar arak itu kalau ianya beroperasi di beberapa negeri di Malaysia seperti di Pahang Darul-Makmur itu
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda