~~TKO~~
Posted: Mon Sep 21, 2009 10:45 am Post subject:
Reply with quote

tamupulaumelaka wrote:
waktu sekolah menengah dulu ada tajuk pelajaran hadis 'mengenali ahli syurga dan neraka' dalam sukatan subjek pendidikan islam SPM...pengertiannya lebih kurang (ingatan saya):

Nabi s.a.w ditanya: " adakah dapat dikenal ahli syurga dan ahli neraka? "
Nabi s.a.w menjawab: " ya."
tanya lagi sahabat: " maka bagaimana orang yang beramal? "
Nabi s.a.w menjawab: " seserang itu bergantung kepada kecenderunagan amalannya...." au kama qaa.

boleh ygberbahgia ustaz perjelaskan matan asalnya, maksud dan bagaimana pulak ada org kata kita tak boleh tahu sama ada seseorang itu akan masuk syurga atau neraka.

kata mereka itu hak mutlaq Allah Taala.


tidakkah itu pandangan ahli jabariah semata?
lagu mana pulak dgn hadis tu?
wassalam eid mubarak... terima kasih.

Jawapan Ust Insani:

Mungkin apa yang dimaksudkan ialah hadis berikut

1.Riwayat Imam Bukhori

قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُعْرَفُ أَهْلُ الْجَنَّةِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَلِمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ يَعْمَلُ لِمَا خُلِقَ لَهُ أَوْ لِمَا يُسِّرَ لَهُ
Telah berkata seorang lelaki: Wahai Utusan Allah! Adakah boleh dikenali ahli syurga berbanding ahli neraka ?
Sabda RasuluLLaah : Ya
Katanya lagi (lelaki itu): Maka untuk apakah beramalnya orang-orang yang beramal?
Sabda RasuluLLaah: Setiap orang akan beramal untuk apa yang telah Allah tetapkan untuknya

2.Riwayat Imam Muslim

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعُلِمَ أَهْلُ الْجَنَّةِ مَنْ أَهْلِ النَّارِ قَالَ فَقَالَ نَعَمْ قَالَ قِيلَ فَفِيمَ يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ


Terjemahan hampir sama dengan riwayat Imam Bukhori diatas

TPM: Setiap amalan sama ada perbuatan atau ucapan kata seseorang hamba Allah itu boleh menjadi tanda ke atas dirinya sendiri sebagai ahli syurga atau ahli neraka. Kecenderungan dan minatnya juga boleh menjuruskan dirinya menjadi penghuni syurga atau neraka di akhirat nanti. Orang-orang kafir dan munafiq memang akan ke neraka. Manakala orang-orang Islam yang melakukan @ cenderung hati ke arah kebaikan sudah tentu bekal menjadi ahli syurga.

Manakala mereka yang melakukan maksiat @ cenderung hatinya ke arah maksiat maka sudah tentu akan ke neraka bagi membalas segala dosa mereka. Mereka sudah tentulah pencuri, penzina, perasuah, penjudi, peminum arak dan lain-lain pengamal dosa. Mereka barangkali orang-orang yang kita kenal peribadinya atau kita tahu fe'elnya. Selama mereka tidak bertaubat dan tidak diampun Allah akan dosa-dosa mereka maka mereka tetap ahli neraka.

Ahli-ahli syurga pula sudah tentu mereka yang taat kepada perintah Allah, hamba-hamba Allah yang soleh dan mendapat rahmat / keampunan-Nya. Mereka juga dapat dikenali melalui kerja buat dan ucapan seharian mereka. Sudah tentu laku perbuatan bakal ahli syurga dan neraka dapat dikenali, dicam dan dibezakan semasa hidup di dunia ini lagi. WalLahu a'lam bissowaab.

Ya Allah jauhilah kami dari siksaan neraka.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda