Sejak ditimpa kecederaan parah akibat pertembungan dalam PRU12 8 April 2008 UMNO-BN cukup meroyan. Berlaku tuduh menuduh sesama sendiri tentang punca kekalahan teruk UBN itu, negeri2 Kedah-Pulau Pinang-Perak-Selangor-W Persekutuan menjadi milik Pakatan Rakyat sedang negeri Kelantan kekal ditadbir PAS. Manakala mantan PM Tun Dr Mahathir bertegas keluar dari Umno, berlaku desakan hebat supaya PM DS Abdullah letak jawatan serta suasana parti itu makin kucar kacir.

Pergolakan semakin merebak kepada perpecahan di kalangan Umno kerana berdepan dengan tarikh Persidangan Agung Umno dan peralihan kuasa PM kepada DS Najib. Wabak politik wang dan bahananya merebak hingga memaksa badan disiplin parti itu bertindak. Imej UBN semakin merobek minda rakyat. Pilihan raya kecil berlangsung di 5 kawasan memberi kemenangan kepada PKR dan PAS dari Pakatan Rakyat. Selain kehilangan kerusi di Kuala Terengganu, Barisan Nasional yang dikendalikan Timbalan PM, DS Najib mengepalai bala tentera UBN pada PRK2 itu gagal merampas kerusi di kawasan terbabit.

Kudeta di negeri Perak dan pengambil-alihan kuasa oleh Dr Zambery Abd Kadir dari UBN menyingkir MB DS Ir Nizar Jamaluddin (baca surat Husam kepada Zambery disini...)dan kuasa PR menjadikan UBN semakin galak mahu merampas negeri2 PR lain pula.

DS Najib mendapat kuasa menjadi Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir kembali masuk Umno. Dikatakan bahawa Dr M mendalangi beberapa tindakan dan suara Najib. Penubuhan 'Kabinet Rakyat', perlantikan Ketua2 Perhubungan Umno negeri dan MT baru memperlihatkan nawaitu dan tekad memikat rakyat supaya menyokong UBN. M

Mereka malah menyebut lantang mahu menawan/merampas negeri2 di bawah PR 'by hook or by crook'. Mereka dibantu oleh media perdana elektronik dan surat2 kabar sengaja mahu mengharu-birukan negeri2 PR itu dengan pelbagai cara. Mereka menghasut golongan2 tertentu NGO agar ikut bangun mencari kelemahan PR dan bertindak mengancam perpaduan dalam Pakatan Rakyat.

DS Najib ternyata mahu benar menguasai negeri Selangor sebab itulah beliau sendiri mengepalai Umno negeri tersebut. Datuk Shafi'i Afdal dilantik mengetuai Umno di Kedah lalu bersuara mahu membawa pengalaman dari Sabah untuk menawan Kedah dari Pas.

Fenomena politik di Pulau Pinang yang dimain oleh media dan institusi tertentu telah membawa kepada PRK bagi DUN Penanti menjelang 31 Mei 2009. Muhammad Fairus Khairuddin (PKR) Timbalan KM 1 kerajaan Negeri P Pinang terdesak melepaskan jawatan dan kerusi kawasan tersebut. Angin panas masih melanda negeri Terengganu; hero Kemaman YAB Menteri Besar Ahmad Said semacam tidak dipercayai lagi oleh YB2 dari UBN Terengganu yang dikatakan berherokan DS Idris Jusoh. Kemelut politik Terengganu masih berombak dan dijangka sukar reda dalam masa terdekat.

Rakyat terbanyak masih menunggu apakah akan terjadi setelah DS Najib Tun Razak berada di kerusi PM. Bagaimanakah nanti iklim politik tanah air berada dalam jengkalan kuasa Umno-BN seterusnya; adakah Malaysia berupaya menjadi negara yang bersih, makmur, terlepas dari kekusutan atau sebaliknya.


1 Response so far.

  1. Salam Ustaz,

    Terima kasih atas kunjungan ustaz ke blog semenza90s. InsyaAllah saya harap kita dapat berjumpa suatu hari nanti. Saya doakan ustaz dan keluarga sihat dan di berkati Allah selalu...

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda