Bulan empat ni hawa agak panas. Panas awal bulan di kawasan bukit negeri Perak dan Kedah dah menurun ke tahap amat melegakan. Kawasan Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah sahih menerima angin semula pakatan. YB DS Ir Nizar-Pas menang di Bukit Gantang, kini beliau sedang menunggu masa untuk mengangkat sumpah selaku ahli parlimen; manakala YB S Manikumar-PKR telah pun mengangkat sumpah selaku Adun Bukit Selambau dan selaku ahli exco DUN Negeri Kedah Darul-Aman.

Memang iklim bulan April makin hangat. Kisah di Perak belum selesai, timbul cerita panas di Pulau Mutiara dengan kes perletakan jawatan Adun Penanti merangkap KM 1 sdr Mohd Fairus yang disergah SPRM sebelum ini, isu perlantikan menteri2 'kabinet rakyat' DS Najib PM baru dan penglibatan Tun Dr Mahathir menghulur tangan mencampuri urusan politik semula.

Negeri Terengganu Darul-Iman pula dilanda ribut SMS hingga membabitkan kerusi MB Datuk Seri Ahmad Said berkocak. Karenah ADUN2 Umno/BN sendiri menggetus hati peminat2 politik tanah air. Muncul semula geng ' Kami Nak Derih **tang!' yang mulanya mahu menggesa Tok Mat Kemamang pilih antara dua: letak jawatan atau berdepan dengan undi tidak percaya di DUN. Mulanya 8-10 orang YB mahu pulau dewan sidan DUN dengan tak hadir sehari, namun setelah dihubungi bos di Putra jaya masing2 YB masuk dewan pada hari ketiga. Namun begitu iklim pentadbiran Umno bulan April di Terengganu akan berterusan panas hingga ke bulan Mei dan seterusnya menghangat punggung Tok Mat Kemamang! Malah ada gesaan agar MB itu berdamai dengan mantan MB dari Jertih demi maruah Umno Terengganu selaku parti tulang belakang BN itu.

Orang2 Pas tidak masuk campur sebab ribut berlaku di dalam gelas Umno-BN sahaja, walaupun fenomena angin timur laut yang kencang belum lagi tiba... biarlah isu itu menjadi bualan penggemar politik negeri di kedai2 kopi /restoran di negeri Terengganu sambil menyedut kopi panas bersama memamah nasi dagang gulai ikang aye.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda