Keputusan PRK P59 Bukit Gantang, N25 Bukit Selambau dan N29 Batang Ai telah menghilangkan debar dan gobar semua orang. Pakatan Rakyat berhak bersyukur dan bergembira dengan jumlah undi yang meningkat selain kemenangan calon PAS di Bukit Gantang dan PKR di Bukit Selambau. Calon PKR di Batang Ai, walaupun kalah, beliau dapat mengumpul undi yang agak banyak selaku calon mewakili PKR sebuah parti yang baru di Bumi Kenyalang itu.

Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin Menteri Besar Pakatan rakyat bagi negeri Perak kini sudah menjadi Ahli Parlimen selain ADUN Pasir Panjang. S. Manikumar dari PKR pula diisytiharkan sebagai YB baru DUN Bukit Selambau mengalahkan Dr Ganesan dari BN. Cuma di DUN Batang Ai, calon BN Malcom Mussen Lamoh berjaya mengalahkan calon PKR. Semua pemenang memperolehi undi yang bertambah dari sebelumnya.

Mengikuti rancangan fokus dan analisis di kaca TV malam tadi baik di TV 1 atau Astro, pengulas2 nampak malas mengatakan kelebihan dan kekuatan ada pada Pakatan Rakyat. Mengapa? Mereka rata2 mengatakan kemenangan PR di semenanjung itu adalah kerana undi sentimen simpati dan emosi pengundi sepertimana PRU12 setahun lalu. Mereka bukan mengundi atas dasar mereka benar2 menyokong PR. Sampai bila penganalisis2 yang bertaraf profesional dan professor itu tidak mahu memberi kredit kepada parti2 pembangkang dan mahu selamanya berselindung dan menggosok mesra UMNO BN?

Dilihat juga kepada bahana tsunami PRU12 / 7Mac 2008 sebagai 'mercu tanda bala' buat BN selaku barisan pemerintah sejak lama, fenomena terbaru ini pula sebenarnya tetap menjadi gerah yang akan menghantui kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri baru seminggu DS Najib Tun Razak. Media massa arus perdana semacam malas mengulas kemenangan PR, masih dan tetap lena memesrai pimpinan dan memuji keutuhan kerajaan pimpinan Najib.

Tanpa mahu berkompromi, media2 itu tetap mengecam pembangkang sambil tanpa sedar mereka menghina selera rakyat dan kewarasan pengundi2. UMNO BN bagi mereka tetap putih, manakala pembangkang tetap hitam atau kelabu. UMNO BN serba betul dan PR serba tidak kena. Seperti pimpinan2 UMNO BN, hati pedal media massa khususnya TV3 tegar sakit dan sukar diubati. Kita tabik kepada 2 orang blogger yang dijemput menganalisis keputusan PRK malam tadi di Bernama TV Astro. Mereka berbicara dengan telus dan menjurus menurut etika kewartawanan, tanpa memihak. Wartawan senior, Datuk A Kadir Jassin lebih membuka mata dan membangun minda penonton dengan hujah2 yang relevan dan masuk akal. Terima kasih Datuk AKJ.

Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK 7 April 2009 menandakan UMNO BN gagal memenangi hati pengundi2 dengan slogan, projek dan janji2 yang memuakan rakyat. Sebahagian besar rakyat (terutama di negeri Perak) masih belum memaafkan UMNO BN walaupun Tun Pak Lah sudah berundur dan DS Najib menjadi PM baru.


0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda