Kempen pilihan raya kecil bagi P59 Bukit Gantang Perak, N25 Bukit Selambau Kedah dan N29 Batang Ai Sarawak akan tamat malam ini. Di Bukit Gantang calon2 PAS/PR, Umno/BN dan Bebas akan bertarung berebut kerusi parlimen. Di Bukit Selambau calon2 PKR/PR, MIC/BN akan dihimpit oleh 13 lagi calon Bebas. Manakala di Batang Ai BN dilawan satu sama satu oleh PKR/PR.

PRK itu akan berlangsung selepas 1 tahun sebulan PRU12 pada 7 Mac 2008. Ia juga berlangsung setelah 4 hari DS Mohd Najib mengangkat sumpah selaku Perdana Menteri Malaysia ke 6. Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan PM sehari sebelumnya iaitu 2 Mac 2009. Persidangan Agong Umno (PAU) dengan berlangsungnya pemilihan pemimpin hampir seminggu sebelum itu di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Banyak peristiwa bersejarah tercatat dalam seminggu dua ini menyambung peristiwa hampir 'terbunuhnya' demokrasi di negeri Perak. Pertukaran kerajaan negeri dan penyingkiran dari Menteri Besar DS Ir Nizar Jamaluddun dari PAS/PR kepada Datuk Zambry Abd Kadir Adun Umno/BN Pangkor masih belum reda.

Sebahagian rakyat Perak masih terkesima dengan situasi peralihan kuasa cara baru itu. Dikatakan BN/Umno kelolaan DS Najib menggunakan Istana Iskandariah sebagai dahan berpaut; mengakibatkan sidang DUN kelolaan Speaker dari Pakatan Rakyat mencatat sejarah negara dengan 'Sidang DUN di bawah pokok' kerana pintu besar bangunan DUN diselak-mangga oleh SUK anjuran BN/ istana.

PRK akan berlangsung esok. Ia akan berlaku serentak di tiga kawasan yang berbeza dan agak berjarak jauh. Kempen2 melalui penampalan poster, ceramah, konsert, projek 'mee segera', pembahagian basikal dan 'politik wang' telah menggeger suasana kawasan itu selama 9 hari bersama bujuk rayu, mohon restu dan senyum mesra pemimpin dengan rakyat untuk memilih wakil rakyat baru. Pihak terbabit kempen dilarang pihak polis dari menyentuh soal pembunuhan Altantuya Sharibuu dan perihal istana dan kesultanan Perak. Mengapa? entahlah.

Najib selaku PM baru juga telah menarik-balik sekatan 3 bulan akbar Harakah dan Suara Keadilan yang diarah oleh KDN anjuran DS Syed Hamid Albar yang berjalan selama seminggu. Dengan menonjolkan 'baiknya', Najib juga telah 'membebaskan' 13 orang tahanan ISA (beberapa anggota Darul Islam, Jamaah Islam, Hindraf, 2 rakyat Burma dan seorang rakyat India dari tahanan 'Guantanamo' Kamunting.

Mantan PM ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamed yang 'berbuka puasanya (setelah menahan diri)' hampir setahun di luar Umno didapati hadir pada majlis akhir PAU; juga ikut berkempen untuk calon Umno-BN di Bukit Gantang 11,00 pagi tadi kemudian akan ke Bukit Selambau membantu calon MIC/BN sambil menghabiskan sisa2 usianya berbakti untuk Umno (Baru) yang beliau tubuhkan dulu. TDM keluar Umno dari keahlian seumur hidupnya dikatakan kerana benci yang amat sangat dengan karenah PM Tun Pak Lah dan menantunya Khairy Jamaluddin (mengalahkan Mukhriz bin Mahathir bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pada PAU lalu).

Sebahagian besar isi kempen BN Umno ialah ceramah menyerang dan menghina watak dan peribadi DS Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR, AP Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen, mantan Timbalan PM zaman Tun Dr Mahathir. Malah TV3 memetik kembali ucapan2 DSAI dalam tahun 1995 yang menyerang PAS dan DAP sekutu PKR kini dalam Pakatan Rakyat.

Fe'el pelik TV3 itu nampaknya mempamirkan perseteruan yang amat sangat BN Umno terhadap DSAI. Kita harap cara TV3 ini memberi bola tanggung bagi PR untuk melipat ke muka BN semula sambil memperolehi mata kemenangan seterusnya selepas PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Ahli Umno 'katak' yang dulunya Ketua Angkatan Muda PKR Mohd Ezam Mohd Nor juga turun padang membantu calon2 BN dan sudah tentu melontar peluru dari kotak-kotak misterinya ke arah bekas bossnya DSAI. Tidak serik2 beliau ingin memanfaatkan jasanya buat Umno yang pernah diludahnya semasa dalam gok PKR.

Hari memangkah esok diharapkan berjalan lancar dalam iklim baik sejahtera dan terkawal. Seperti biasa sama ada berdebar atau tidak, kita tunggu malamnya hingga dapat kita tahu keputusannya; pihak mana akan menang dan pihak mana kalah. Sesetengah peramal politik juga membuat spekulasi bahawa Tun Dr Mahathir yang 'kununnya' 'hidup semula' dalam UMNO itu akan berputih mata kali kedua dalam jangka masa terdekat. Harap-harap begitulah.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda