|
Tukang Kempen PRK-PRK BN/UMNO merangkap Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor kini dalam delima. Apa tidaknya musuh ketatnya dulu mantan Perdana Menteri ke 4, Tun Mahathir Mohammad rujuk menyertai semula UMNO. Mereka masing-masing mahu berjasa kepada UMNO/BN ...lihat di sini. Agaknya apa pula tindakan Ezam selepas ini?
Ezam menyertai UMNO semula semasa DS (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi masih sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri ke 5. Ezam masuk Umno bila Mahathir keluar Umno setahun lalu. Konon zaman Mahathir zaman gelap, zaman Pak lah zaman 'reformasi'.
Tun Dr Mahathir pula pernah ditanya media tentang kisah pahlawan muda yang kini berpencak dalam gelanggang lama. Respon pertama Tun - "Takpa la...saya keluar, dia masuk."
Kemudian Tun sambung lagi dalam majlis lain. Tun kata Ezam macam katak. Lompat masuk, lompat keluar... but the pot now is calling the kettle black, isn't it? Sekarang bagaimana cerita? Mahathir yang masuk, Ezam tak keluar ke?
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan Ezam sebagai seorang yang tidak berprinsip, ada benarnya.
Apa-apa pun kita tunggu dan lihat kisah katak-katak di dalan UMNO ini apa kesudahannya nanti. Ramai beranggapan, rumah UMNO kini lintang-pukang. UMNO akan hancur di tangan ahli-ahlinya sendiri. |
|
Salam,
Kesian sdr. Shamsul (Ketua AMK) kena attack oleh Ruhaine Ahmad dan Sdr. Lokman dalam Awani malam tadi. Baru Shamsul nak bercakap dicelah oleh mereka berdua. Nampak berat sebelah. Topik 'ISA perlu dikaji semula' menjadi hangat hingga pengerusi pun susah nak kawal.
Besar amat sangat terhakis tulisan jawi, kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan terabai yang seorang lagi tak pasti heehehehehe.....yang penting mereka perlaksana tegar acuan barat.