Dalam gegak gempita rakyat negara ini meraikan perlantikan menteri2 Kabinet Rakyatnya: 'Satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' Perdana Menteri ke 6 DS Mohd Najib Tun Razak, sedang mereka saling beranalisis; mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati buat 'dua ekor kambing hitam' yang bertanggungjawab membunuh wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah. Setelah mereka dibicarakan selama 160 hari, Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin pada pukul 9.35 pagi 9 April 2009 dalam penghakiman lisannya mendapati keterangan pembelaan Azilah dan Sirul secara keseluruhannya adalah bertentangan dengan keterangan pihak pendakwaan.
Kisah pembunuhan penuh tragik itu menempa sejarah apabila menjadi isu hangat sejak 2-3 tahun kebelakangan yang dikatakan ianya jenayah berprofil tinggi kerana melibatkan orang yang berkedudukan tinggi. Beberapa akhbar antarabangsa mengisukan peristiwa kematian dahsyat dan perbicaraan yang penuh misteri itu yang dikaitkan dengan pembesar negara. Dalam hari-hari kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air, isu pembunuhan Altantuya diletakkan sebagai perkara larangan untuk bahan kempen. Mari kita lihat di sini..di sini...dan di sini....
Rakyat masih tertanya2 kenapa wanita Mongolia itu dikejami begitu sekali?
Betulkah isu pembunuhan Altantuya Sharibuu ada kaitan dengan rancangan pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan Malaysia, seks dan ancaman oleh ugutannya?
Atas kes apakah wanita malang itu dikaitkan dengan penganisis politik terkenal Abdul Razak Baginda (telah pun dibebaskan oleh mahkamah)?
Atas kes apa pula dua anggota polis UTK Malaysia itu berpakat melakukan jenayah tersebut sehingga menggunakan bahan peletup C4 selepas menembak mati terlebih dahulu?
Kenapa anggota polis itu mengatakan dia hanyalah 'kambing hitam' (bertopeng hitam ketika di bawa ke mahkamah) dalam kejadian jenayah itu? Siapa pula yang dapat melepaskan dirinya membawa niat dan kejahatan sebenar?...baca di sini..
Bagaimana sudahnya dengan laporan bersumpah Raja Petra Kamaruddin, laporan bersumpah penyiasat peribadi Abd Razak Baginda, K Balasubramaniam (masih hilang) dan orang2 lain lagi yang dikatakan terbabit dengan pembunuhan yang mencemarkan imej negara itu?
Bagaimana pula hubungan negara kita dengan Kerajaan Mongolia kini?
Tidak adakah rasa simpati serta tanggungjawab peri kemanusiaan kita terhadap bapa mangsa, Sharibuu Shetev dan keluarganya?
Pihak peguam kedua2 tertuduh dari UTK itu masih berpeluang membuat rayuan di mahkamah, sudah tentulah rayuan itu untuk membebaskan tertuduh atau sekurang2nya mengurangkan hukum ke atas mereka. Jadi siapa yang sepatutnya dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan jenayah berat itu. Kita menjadi tertanya2 benarkah kejadian ini serupa pepatah Melayu yang sering dikecorkan, 'orang lain makan nangka orang lain yang kena getah'; orang lain membuat bala orang orang lain pula beroleh gerah.
Kambing hitam ini tidak akan digantung tetapi sebaliknya akan menjalani pembedahan plastik untuk menjadi kambing putih.Kambing putih ini akan hidup mewah dengan identiti baru.Orang kaya baru.
hehe..
muka bertutup sampai sekarang..
mana kami rakyat malaysia nak tau sama ada mrk benar2 digantung atau hanya di'gantung' di muka depan akhbar2 arus perdana..
xsangka malaysia dah jadi mcm amerika..
penuh dgn konspirasi..
lucu2..
hahaha
Ada jugak org kata macam nih:
malaysia kita serba boleh.......
1.HAIRAN….siapa yang mngarahkan mereka meletupkan altantuya?????
2.Pasai pa muka kedua-dua kambing hitam tu tidak didedahkan.mahkamah dah putuskan mereka bersalah?????
3.knapa razak baginda dibebaskan sedangkan dia mmpunyai kaitan dngan kambing dua ekoq nie???
beginilah undang2 di malaysia……
(hakim..hang jawab la di akhirat nnti)