Masalahnya ialah war-war dari wartawan. Warta-warta dari wartawan inilah yang boleh menimbulkan keresahan dalam masyarakat. Sudah banyak cerita kita dengar dan kita baca tentang karenah gosip liar, peranan paparazi, cereka orang surat kabar dan putar belit wartawan ketika mengendalikan berita atau cerita.
Kabar, berita atau ulasan dari pihak wartawan berkepentinganlah yang menimbulkan minda
masyarakat akan jadi haru-biru. Apabila benda baik dilapor buruk oleh akhbar maka masyarakat
pembaca akan ikut menerima berita buruk itu. Begitu juga perkara buruk yang dilaporkan baik oleh pihak akhbar maka masyarakat akan menelan keburukan itu seperti mana laporan akhbar. Maka akibatnya akan terpesonglah minda rakyat atau masyarakat.
Pihak akhbar boleh juga dianggap pengadu domba, pengumpat dan penyebar fitnah nombor satu kerana harganya murah dan akan dibuang selepas ditatap; namun adu-domba, umpatan dan fitnah yang tersebar boleh merosakkan masyarakat hingga berupaya menimbulkan kacau-bilau.
|
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda