"Aku hidup di sini sudah lebih tujuh puluh tahun. Banyak manis aku telan. Tidak kurang juga pahit aku rasa. Pendek kata serba-serbi aku lalui bersama Manek Urai. Dan inilah kali pertama dalam kempen sejarah pilihan raya aku dengar dijanjikan dengan anak emas.

"Siapapun boleh berjanji, lidah tidak bertulang. Tapi natijahnya seringkali janji tinggal janji. Masa nak pilihan raya berduyun-duyun mari. Selepas itu hilang entah ke mana, kalau panjang umur lima tahun pula bertemu," katanya membuatkan kedai kopi riuh rendah dengan suara penduduk Manek Urai. Itu kisah lebih sebulan lalu sebelum PRK Manek Urai Kelantan.

Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri dalam kempennya di Manek Urai menyebut janji akan menjadikan MU sebagai 'Anak Emas' kerajaan pusat selain Kota Agropolitan bagi penghasilan taninya.

Untuk PRK N11 DUN Permatang Pasir 25 Ogos 2009, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan pula menjanjikan 'Anak Emas' buat Permatang Pasir. Katanya, dengan gelaran itu penduduk PP akan mendapat keutamaan dalam pelbagai urusan dengan kerajaan. " Sebagai contoh, jika ada masalah dengan mana-mana agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita akan pastikan ia diselesaikan dengan segera kerana mereka anak emas kita ".

"Selain itu pinjaman penjaja kecil TEKUN atau mara yang dah lama tertunggak, kita akan selesaikan segera ataupun ada antara anak-anak mereka hendak masuk U tetapi ada kekurangan sedikit, kami akan cuba bantu dan utamakan mereka". .." Mereka akan jadi lima pilihan teratas untuk kita membantu menyelesaikan masalah mereka, inilah kelebihan jadi anak emas kepada BN". Katanya kepada pemberita..





TPM: Amboi, sedapnya mulut menjanjikan Anak Emas buat penduduk dan pengundi-
pengundi di kedua PRK itu. Baik betul orang-orang besar Umno ni. Ditawarkannya
bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat @ Welfare buat merayu undi. Tanpa
segan silu mereka merasuah dengan janji manis, hingga budak nak masuk U pun
dioffer-bantuan...padahal budak-budak tu dah lama mengisi universiti. TEKUN atau
pinjaman Mara akan diberi segera kepada penjaja kecil. Itukah saja yang akan
dibantu? Nanti tak cemburukah rakyat kawasan DUN berjiranan bila PP jadi
anak emas?

Abang Mat Maslan nampaknya lebih hebat dari Mike Tyson mantan Ketua Penerangan
UMNO yang dulu. Tak apa abang Mat masih muda dan tengah cari tangga untuk ke atas.
Berjanjilah apa jua tika merayu undi itu...
anak emas ker anak intan payung ker...
asalkan munasabah dengan cara dan ketikanya.





2 Responses so far.

  1. Zaman janji manis tu memang dah lama berlalu. Depa ni tak sedaq lagi ka haa?
    Zaman la ni mesti dahulukan kerja barulah orang akan menilai benar atau tidaknya.
    Benda lagu ni pun tak kan tak faham2 lagi..hissss..
    Payah222..

  2. Masalahnya mereka berjanji sewenangnya, memperbodoh rakyat dan tetap mahukan kejayaan walau apa cara sekalipun walaupun tidak bermoral!

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda