Ogos 17, 09 11:14am ~~Malaysiakini

Wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes.

Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

TPM: Pada 9 Ogos 2009 direkodkan 26 kematian akibat wabak flubabi ni. Semalam 16 Ogos 2009 dicatatkan korban penyakit yang cepat merebak ini meningkat 62 orang. Seminggu saja bilangan itu bertambah tinggi. Hari ini (hingga tengah hari) saja bilangan / jumlah kematian menjadi 64 orang seperti laporan Malaysiakini di atas.

Mangsa yang meninggal dunia diberitahu jantina dan usianya. Yang misterinya kenapa tempat berlakunya kematian itu tidak dilaporkan? Ada something wrong some where ker?
Malam tadi saya menerima SMS dari seorang kawan yang mencatatkan:

Salam. Sekarang mangsa selsema babi dah cecah 41 orang meninggal setakat semalam. So kita kena serius cegah bukan merawat. Antibodi badan kita hendaklah kuat, mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain MEMAKAN BAWANG PUTIH sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah antibodi terbaik untuk mencegah penularan ini. Tolong sebarkan mesej ini kepada yang tersayang.Kita tidak tahu mangsa yang seterusnya. Kita mesti serius sebab kenapa orang melayu yang ramai mati.

1 Response so far.

  1. Salam Ayah Di. Setakat yang Iffah tau, bawang putih ada sifat antibacterial (macam antibiotik). Tapi H1N1 ni virus, so bawang putih mungkin tak berkesan la. Yang penting, jaga kesihatan secara umum, basuh tangan selalu dan sebagainya.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda