Manek Urai 'anak emas'

KUALA KRAI 9 Julai - Bukan setakat anak angkat tetapi anak emas. Itu janji BN jika berjaya merampas DUN Manek Urai daripada genggaman Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, jaminan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin kepada beliau.

Katanya, BN memang ikhlas dan jujur membantu nasib penduduk DUN Manek Urai yang sewajarnya memang perlu dibela setelah diabaikan oleh kerajaan Pas Kelantan. "BN ikhlas dan jujur serta cakna membantu penduduk Manek Urai. Buktinya memang jelas dan telah diketahui oleh semua pihak bahawa BN pada setiap masa membantu rakyat walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang," katanya ketika merasmikan Majlis Permuafakatan PIBG SMK Manek Urai Baru.

Sempena majlis itu yang disertai tiga SMK dan 10 buah SK di dalam DUN Manek Urai, satu acara penyampaian hadiah kecemerlangan turut disampaikan kepada pelajar terbaik.

Mustapa berkata, kerajaan BN telah banyak membawa pembangunan di Kuala Krai seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Hospital Kuala Krai dan kemudahan jalan raya yang baik. "Saya merayu adik kakak semua berilah peluang kepada BN untuk melakukan perubahan, jika tidak berpuas hati, tolak kami pada pilihan raya umum akan datang. "Tetapi kami berjanji akan melakukan terbaik sekiranya diberikan peluang kali ini," katanya.

TPM: Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamad adalah penyampai /'messenger' kepada bisik arahan TS Muhyiddin Yassin Timbalan Pres. Umno. Sambil merayu, Mustapa bersungguh-sungguh menyatakan 'ikhlas dan jujur'nya BN nak bantu nasib penduduk MU di samping janji 'modal lama' pembangunan 'mee segera' mereka.

Alahai...janji nak 'anak emaskan' DUN Manek Urai, menyampaikan hadiah kecemerlangan serta mengaku ikhlas dan jujur sempena Pilihan Raya Kecil N41 Manek Urai 14Julai nanti; memang kerja pemimpin Barisan Nasional menjaja projek. Apa pun tanggungjawab pemerintah, BN memang kena laksanakan walaupun bukan time pilihan raya.... ala la la latuk pancing undi juga mari..

Datuk Mustapa Mohamed Suka Memberi Bantuan Kepada Pelajar IPT Yang Memerlukan Bantu Biasiswa Semasa Beliau Menjadi Menteri Pengajian Tinggi Dahulu (gambar hiasan di bawah).
Photobucket____________________

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda