"Terima kasih la sebab bagi hamper dan duit.. Tapi makcik tetap sokong bulan..". Kata-kata seorang warga emas Manek Urai kepada seorang YB UMNO sudah cukup membuatkan YB tersebut tersedak seolah lekat tulang, hamper dan sejumlah wang diambil, tapi tetap sokong bulan..? YB nak paksa sokong UMNO tak boleh, nak sepak terajang lagilah tak boleh. Apa yang YB mampu buat hanya tersenyum kelat.
Datang Lagi Projek Barisan Nasional. Seperti biasa BN akan menawarkan janji besar; sebuah jambatan baru RM7 juta hingga RM10 juta, jika pengundi memilih BN dalam PRK DUN Manek Urai esok. Itu tawaran mulut Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin merangkap Timb Presiden Umno.
Untung sungguh rakyat Manek Urai. Sekelip masa PRK, mereka jadi ' serba kehendak serba jadi, serba mahu serba boleh'. "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN." Orang Johor itu cuba mengecek oghe Klate!
"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya berasuah tanpa malu di hadapan 200 penyokong BN di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Turut hadir ialah Tuan Aziz, Datuk Dr Awang Adek dan Datuk Mustapha Mohamad. Cantiknya janji muluk orang politik.
Manek Urai Lama terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter. Jambatan sekarang dibina kerajaan pusat pada awal 90-an dan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Kosnya hampir RM5 juta.
Muhyiddin berjanji "Saudara jadi saksi, saya akan bangunkan jambatan itu selesai saja kita menang dalam pilihanraya pada 14 haribulan ini," katanya. Muhyidin turut berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai model "anak emas" kerajaan pusat, menjadikannnya pusat "agropolitan" bagi memajukan penghasilan hasil taninya.
TPM: Berjuta-juta wang tergantung di bibir Muhyiddin. Suara dah serak campur tak cukup tidur, Timbalan PM itu berkerja keras menghabiskan tenaga, masa dan RM @ Fulus. Helikopter memuat banyak janji beliau berlegaran di udara MU. Di darat kekuncu BN menyampaikan hamper bernilai RM100 plus fulus RM200. Kerusi roda bertukar ke tangan si lumpuh. Uniform dan beg sekolah baru dibahagi kepada budak-budak. Jalan diturap tar berasap. Imam, bilal dan makmun impot dari kawasan lain (termasuk dari kampung aku, padahal aku kenal mereka bukannya kaki jemaah pun). Kalut dan geger masing-masing mahu memikat pengundi di MU kami.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda