Sukanya Umno kerana dapat isu pulak dah. Dapat isu untuk pecah-belahkan Pakatan Rakyat. Hingar UG @ Kerajaan Perpaduan dah stop. Timbul isu pihak pemuda kedua belah parti Umno dan Pas mahu berbincang, berdebat dan seertinya. Lepastu Ketua Wanita Umno mengajak muslimat Pas berkerjasama. Lakunya PAS seolah anak gadis pingitan yang cantik, pantang keluar rumah atau bersuara, adalah selepas itu lelaki gelenyar yang mahu ambil peluang.

Terbaru, TGNA Menteri Besar Kelantan berjadual ada bersama dengan Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapha Mohamed dalam satu majlis pelancaran pameran pertanian. Mereka bersalaman dan dikandidkan oleh kamera pemberita dan wartawan. Akhbar memutar-belitkan peristiwa dan ucapan maka terbelitlah pemimpin Umno dan para pembaca apatah lagi ahli-ahli Umno yang tegar. Mereka kemaruk satu macam!

TSri Muhyiddin Yassin juga telah memutarbelitkan kenyataan TGNA berhubung kesediaan MB itu melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS. "Yang dia hendak bawa dalam Majlis Tertinggi Umno apa kejadahnya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Tuan Guru Nik Aziz didalam kenyatan rasminya pagi ini dengan tegas menafikan bahawa beliau menyebut soal perpaduan antara Umno dan PAS. Beliau mencabar media massa supaya membuktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulur salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun’ kata Tok guru dipejabatnya, mengibaratkan kejadian ini menunjukan sikap ‘desperado’ Umno yang gilakan PAS.


“Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti,” kata Nik Aziz lagi.


“Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz lagi sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda