Belum pun tiba hari penamaan calon ke arah tarikh pilihan raya, rakyat sudahpun diumpan dengan retorik dan pelbagai janji. Menjanjikan pembangunan, kemajuan dan pemberian hadiah selalunya adalah ' Satu lagi projek Barisan Nasional " buat menagih simpati / pangkah pengundi.

Ketua Penerangan Umno Malaysia YB Ahmad Maslan awal2 lagi sudah turun menoreh getah di kawasan PRK N41 Manek Urai. Penamaan calon akan berlangsung hari ini 7 Julai manakala undian pada14 Julai 2009. Pelbagai janji dari BN diulang tayang. TPM TS Muhyiddin Yassin telahpun menyebut niat kerajaan menjadikan DUN Manek Urai sebagai anak angkat. Penduduk Manek Urai dapat mendengar sendiri pelbagai janji yang disogok kepada mereka. Pengerusi UMNO Kelantan Dato Mustafa Mohammad mewakili Menteri Pelajaran TS Muhyiddin pula telah membahagi2 percuma 6142 pasang uniform dan beg sekolah sebagai tanda ingatan Kementerian Pelajaran prihatin dengan beban rakyat. Kawasan MU akan dibangun dan dimajukan!

Ketua Wanita UMNO DS Shahrizat Jalil juga tidak ketinggalan menyampaikan bantuan kepada orang2 miskin di kawasan itu sambil menyifatkan negeri Kelantan yang rakyatnya miskin tegar dan tertinggal khususnya di Manek Urai amat perlu dibantu. Ternyata betapa baiknya pemimpin2 BN bila turun padang di musim pilihan raya. Kita tidak perlu bersoal adakah itu rasuah, sogokan, kempen bermaruah atau tidak di mata SPRM dan di mata rakyat. Janji manis dan projek 'mee segera' akan terus berjalan hinggalah hari mengundi.....biasalah tuu........BN: beri salah, tak beri kalah...serba salah, tapi tak mahu kalah!


Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman dipetik Harakahdaily sebagai berkata bahawa, “janji merupakan budaya tidak berkesudahan kerana sudah lama berakar umbi dalam UMNO sejak dahulu sehingga sekarang setiap kali menjelang pilihan raya.”

"Umno boleh berjanji apa sahaja sebab itu sudah menjadi trend mereka, tapi kita yakin khususnya pengundi-pengundi Manek Urai sudah masak dengan keadaan ini. Rakyat boleh melihat dengan mata kepalanya sendiri. PAS: Beri kain pakai, beri gula kacau..... mengundi pangkah bulan!

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda