HARGA PETROL, DIESEL TURUN 10 SEN LAGI.
Malaysiakini..Dec 15, 08 5:34pm

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.
Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

TPM: Inilah kali ke 7 harga minyak diisytihar turun sejakbulan kemerdekaan empat bulan lepas. Terima kasih daun keladi. Kalau boleh nak rendahkan lagi.Walaupun penurunan agak ciput-ciput namun mengurangkan sedikit beban para pengguna kenderaan bermotor terutama mereka yang berulang-alik ke tempat kerja atau mencari rezeki. Mereka yang ke tempat kerja melebihi jarak 20km ulang-alik setiap hari atau para penjaja bermotor akan berasa sedikit lega. Harga tiket tol macam mana?

Bagaimana pula dengan harga barangan keperluan harian, barangan dapur contohnya setakat ini masih belum turun secara umum. Peniaga-peniaga tidak makan pujuk dalam bab ini! Masih mahal. Beras, ikan, sayuran dan sebagainya masih ditakuk dulu malah makin tinggi harganya. Tarif elektrik macam mana pulak? Memang kesemua tu ada kaitan dengan kenaikan harga minyak mendadak baru-baru ini. Harga minyak turun, harga barangan tak turun-turun.

Harga makanan dan minuman di restoran @ kedai-kedai makan? Semuanya perlu dipantau oleh pihak berkuasa dan para pengguna. Adakah penjual-penjual atau kedai-kedai yang menjual mahal itu perlu dipulau dahulu baru hendak mengubahkan harga barangan mereka? Anda boleh mengubahnya.

4 Responses so far.

  1. ana selalu keluar masuk pulau melaka. maaf, kalau anak masuk dan keluar tak beri salam. :)

  2. terima kasih bro pyan. datangmu menjenguk dah kira ok. tak putus silaturrahmi...

  3. Ini pertama kali ke mari. Tapi udah sering ke Melaka juga. paling akhir waktu pembukaan cawangan pejabat Karyawan di Rumah Media Melaka (November dipenghujung bulan).salam

    ***Koleksi yang baru ini (negeri di bawah Bulan)belum ada.Siapa yang terbit ya...

    Ony
    http://sumur-mahmudah.blogdrive.com

  4. sdr ony. salam manis. terima kasih ziarah saya.koleksi puisi NDB saya tu terbitkan sendiri di pustaka dewan puisi kota bharu. berminat? anda di KL boleh hubungi penyair sdr http://rahimidinzahari.blogspot.com

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda