RAMADHAN KAREEM tahun ini akan melunasi fitrah-Nya jua.Ia akan berangkat meninggalkan kita. Dulu pun ia pernah datang dan pernah berlalu. Ia datang membawa rahmat Allah, pengampunan dan perlepasan dari azab neraka. Amat rugilah jika sesiapa yang tidak memperolehi ketiga2 tawaran hebat dari Yang Maha Kaya dan Maha Terpuji itu. Lagi malang jika sessiapa tidak mendapat apa2 keampunan pun dari kehadiran Ramadhan yang baik ini.

Ramadhan, padanya nuzul kitab suci Al-Quran. Kitabul-'Aziz yang kita tatap/baca dengan kerajinan luar biasa kerana mengharapkan kebaikan yang dijanjikan bagi sesiapa yang membacanya di bulan ini.

Bulan Ramadhan ini, bukan sekadar bulan untuk kita melaksanakan kefardhuan puasa maktubah itu sahaja, malah ia adalah sekolah yang didatangkan Allah Yang Maha Pengasih buat mentarbiah zahir batin hamba-Nya agar berpuasa/menahan diri menurut yang disyariatkan hingga mencapai darjat TAQWA. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan menjadiknya terlepas dari kepayahan dunia akhirat dan akan merezkikannya kurniaan yang tidak terhitung! Wahai Ramadhan Mubarak...

Setiap tiba Ramadhan dan kita bernafas padanya selama sebulan, kita penuhi waktu2 solat dengan berjemaah, kita lipatgandakan jumlah solat sunat bukan sekadar tarawih malah lebih dari itu. Kita lipat gandakan rintihan doa ke hadharat Allah mendamba sa'adah/ kebahagiaan/ happinness yang tiada dijual di pasaran dunia itu. Kita sentiasa berwaspada/berhati2 bimbang dalam gerak-buat anggota lima kita dan tutur-ucap seharian agar tidak direkod dosa oleh para malaikat petugas yang boleh mengakibatkan kita akan merana kerana dosa2 itu.

Tiba Ramadhan Kareem itu mengelek kurnia baik untuk kita mengerjakan amalan berpahala sebagaimana janji Allah. Pahala yang dijanjikan akan berganda2 banyaknya sebagai rahmat Allah kepada kita, manakala maghfirah-Nya akan lebih mudah tidak seperti pada bulan2 lain, apatah lagi jika likur terakhir / bersempena Lailatul-qadar yang lebih baik dari 83 tahun 4 bulan dunia itu!

Dengan kerendahan diri penuh keikhlasan kita juga berzakat dan bersedekah di bulan mulia ini. Ini adalah satu wadah agar kita juga mendapat kemuliaan. Tangan yang memberi adalah lebih mulia dari tangan yang menerima. Wadah ini juga mengajar kita berkasihan belas, berkasih sayang dan berhubungan ikatan simpati kepada sesama manusia. Allah mahukan kita mengingati-Nya dan mengingati juga saudara2 seiman walau di mana mereka berada. Wahai manis mesranya syariat ini...

Kini bulan terbaik ini akan berangkat menurut pusar gerak waktu. Kita telah pun melunasi legarannya dengan amalan masing2 mengikut kemampuan diri dan tahap kesanggupan, diduga atau digoda. Ramadhan akan melunasi gilirannya melalui rukun takdir dan tadbir Allah. Kita pula sangat berharap Allah menerima segala amalan baik kita, mengampuni semua salah silap/dosa kita dan simpangkan kita dari neraka azab itu. Kita juga amat mengharap agar Allah memberikan lagi kesempatan kita bertemu Ramadhan berikutnya nanti, insya Allah.

Kita akan menyambut datang 1 SYAWAL 1429H beberapa hari lagi. Satu lagi anugerah Allah kepada kita orang2 yang beriman agar beriang-ria berhari raya. 'Idulfitri perayaan suci diri hasil tarbiah Ramadhan. Bertakbir sejak malamnya. Segala tasbih, tahmid dan takbir bagi Allah.

Menunaikan fardhu subuh, berpagi2nya kita disunatkan mandi, berpakaian indah (menutup aurat!), berwangian, datang masjid ramai2 bertakbir banyak2 lagi, solat sunat 'Idulfitri berjemaah diikuti khutbah, bertemu mata berziarah, menghangatkan semangat silaturrahim dan bermaafan. Yang jauh dekat2kan, yang dekat mesra2kan.

Selamat kembali anak2, adik beradik, sanak saudara dan sahabat2 dari merata pelosok tanah air ke desa halaman masing2. Ikram dan santunilah keluarga anda itu dengan kemanisan 'Idulfitri sewajarnya tanpa lupakan tarbiah Ramadhan. Tahanlah nafsu makan, nafsu pergaulan dan nafsu yang boleh menggari kita dengan dosa2 baru, na'uzubillah. Perintah kepada ma'aruf dan cegahan dari perkara2 munkar tetap berjalan.....

TAHNIAH DAN SELAMAT MENYAMBUT 'IDULFITRI AL-MUBARAK kepada semua.
Terima kasih kepada para perawat/ jururawat/ doktor dan penziarah2 saya ketika saya terlantar di wad hampir setahun lalu. Ramadhan dan 1 Syawal 1428H dulu saya di sana, syukur Alhamdulillah pada Ramadhan dan 1 Syawal tahun ini saya berada bersama kelurga tersayang di rumah.

Terima kasih juga kepada penziarah2 blog saya ini, SALAM 'IDULFITRI deh.
Mohon maaf dan memaafkan. Semoga hasrat dan usaha baik kita semua, pejuang2 Islam dan pejuang2 keadilan akan mencapai kejayaan dan direstui Allah. Takbir!!!

7 Responses so far.

  1. MinalAidin walfaizin ya, mohon maaf lahir dan batin

  2. salam aidilfitri
    memohon dan memberikan kemaafan.

  3. ::

    Assalammualaikum
    Warrahmatullahi Wabarakatuh

    Kiranya ada tersilap bicara,
    Maaf ku pohon tidak terkira,
    Dihari mulia, kita beraya,
    Sudilah singgah teratak saya,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf zahir dan batin.

    Salam dari saya, dengan lafas
    Assalammualaikum buat saudara
    dan seluruh keluarga saudara.

    ::

  4. Selamat Hari Raya 'Idilfitri. Maaf zahir batin. Semoga sihat dan sentiasa dalam perlindungan Allah.

  5. salam aidilftri:]

  6. hai salam kenal
    selamat hari raya

  7. Terima kasih sdr yudios, kikiey, wan, kerajaan Rakyat dan utopia...moga kita dirahmati Allah sokmo/seumur.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda