"Seperti yang dijangkakan DSAnwar Ibrahim telah memenangi PRKecil PP4 Permatang Pauh..... bla...bla.." begitu bunyi warta berita TV3 jam 8.oo malam 26 Ogos 2008 baru2 ini dengan tidak semena2 begitu excited memberi keputusan awal yang belum lengkap tentang pilihan raya kecil tersebut.
"Seperti yang dijangkakan Azhan menang! ", suara gembira isteri saya setelah melihat sdr Azhan Atan anak Tanjung Piai, Johor itu telah menjuarai pertandingan akhir Akademi Nasyid I Anjuran TV9 -Dekat Di Hati pada mlm berikut selang 3 hari kemenangan DSAI di Permatang Pauh.
Namun saya tidak menyangka sdr Azhan adalah somebody dalam perjuangan jemaah Islam.
Namun saya amat tertarik hati dan sangat terharu melihat gelagat sdr Azhan yang menyambut kemenangannya di pentas dengan SUJUD SYUKUR di depan khalayak!. Saya tahu sdr Azhan 'segalanya pasti' tahu, sebab dia telah menyambut dua kemenangan dalam minggu tersebut, kemenangan bagi org yang berjuang! Kemenangan berganda. Syukur. Tahniah.

Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang ibadat SUJUD SYUKUR, semoga kita dapat sama2 mendapat faedah mengamalkannya.
SUJUD SYUKUR:
Ianya sunat dilakukan oleh orang yang beriman sebagai tanda/manifestasi dia memperolehi / dikurniakan Allah sesuatu yang menyukakan hatinya. Itu adalah nikmat dari Allah yang sangat wajar disyukuri. Melahirkan tanda terima kasih kepada-Nya, bukan setakat ucapan mulut "Alhamdulillah" sahaja. Firman Allah yang bermafhum: "Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku tambahkan (nikmat) untuk kamu, jika kamu kufur sungguh azab-Ku amat berat."

Nikmat suka hati/gembira kerana menerima kurniaan baik dan halal sahaja yang layak disujud-syukurkan contohnya: selepas selamat akad nikah, menerima kelahiran anak dengan selamat, mendapat harta, kenaikan pangkat, kejayaan dalam pelajaran, mendapat hadiah, terlepas dari bahaya atau bala, sembuh dari penyakit dan lain2.
Terdapat hadis Rasulullah s.a.w seperti berikut:
" Dari Abu Bakrah r.s bahawasanya Rasulullah s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya atau beliau gembira kerana sesuatu, lalu dia sujud menekurkan ke tanah sebagai bersyukur kepada Allah ta'ala."
Mudahnya sujud syukur ini hanya dilakukan diluar solat kerana ia tidak berhubungan dengan masa tertentu sepert solat.
Syarat2 melakukan sujud syukur ( sama sujud tilawah di luar solat) ialah:
1. Taharah - suci dari najis di badan, pakaian dan tempat sujud.Syarat2 melakukan sujud syukur ( sama sujud tilawah di luar solat) ialah:
- suci dari hadas besar dan kecil (berwudhu')
2. Menutup aurat.
3. Menhadap kiblat.
Rukun2nya:
1. Berniat untuk sujud syukur.
2. Membaca takbiratul-ihram ' Allahuakbar' tanpa angkat tangan.
3. Satu kali sujud. Bacalah tasbil dan tahmid serta hati yang sangat bersyukur kepada Allah atas kurniaan-Nya itu. Bacaan dalam sujud solat baisa atau bacaan ketika sujud tilawah pun boleh!
4. Memberi salam berpaling sekali ke kanan (sudah memadai) setelah duduk.

Al Hamdulillah kerana mengingatkan kepada orang ramai tentang sujud ni, bukan ramai orang amalkan ni...
Al Hamdulillah, saya selalu amalkan ni, bukan setakat kesyukuran sahaja, tetapi kalau kekusutan, kesedihan... nak minta pertolongan Yang Maha Esa... saya sujud
Tapi, Di, apa hukumnya kalau tak ada wudhu'? bukan kerana hadas besar, hadas kecil?
terima kasih
Nik Min
salam. mengikut yg disyariatkan, kesempurnaan amalan sunat ini memerlukan taharah/ada wudhu'.ertinya jika tanpa wudhu', jadi sujud biasa tanda tunduk ta'aziim kita kepada Allah (tanpa takbir dan salam).
Tima kasih Di
azmi KL