Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Apabila amanah dipersia2kan tunggulah saat kebinasaan". Tanya periwayat: " Ya Rasulallah, bagaimana dipersia2kan amanah itu?" Jawab Baginda: " Apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kebinasaan".
Motivasi:
Setiap jawatan penting yang memerlukan tenaga kepakaran, kemahiran dan keilmuan itu pastilah disandang oleh orang2 yang dapat memenuhi fungsi jawatan itu di samping memiliki iman yang mantap kepada Allah. Inilah amanah jawatan yang tidak sewajarnya dipecahkan oleh semangat pemilihan atau perlantikan yang berdasarkan nepotisma, kronisma, pilih kasih atau pilih bulu.
Kalimat 'al-amr' atau ' sesuatu urusan' menurut maksud sabda Nabi itu adalah termasuk semua urusan yang ada kaitan dengan agama, politik pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan fatwa; malah merangkumi semua jawatan yang berhubung dengan orang ramai.
Apabila amanah jawatan yang dipegang itu diperkosa, disalah-gunakan atau penjawatnya tidak berkelayakan maka pentadbiran masyarakat itu akan menjadi kacau, tidak berhasil, gagal dan tidak memberi faedah. Keadilan akan terjejas dan kezaliman akan meluas. Akibatnya akan semakin berleluasalah penyalahgunaan kuasa, pecah amanah serta rasuah; oppotunisma pula akan merajalela. Semuanya itu adalah gejala yang akan meruntuhkan dan membinasakan masyarakat, bangsa serta negara.
Masyarakat2 yang tidak stabil di mana2 bahagian pun di dunia ini pada asasnya berpunca dari perkosaan atau pencabulan terhadap amanah / jawatan dari peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat akar umbi. Kemusnahan berlaku adalah kerana membiarkan tikus membaiki labu dan kaduk naik junjung.
Jika Dunia ini dipimpin oleh orang salah, kiamatlah artinya. Saya sangat setuju dengan isi tulisan abang.
Mari ngundi sapa KP DBP kesukaan kawe2 sekalie di blog kawe http://kawat.blogspot.com
sdr yudios. memang benar,itulah barangkali sebabnya saydina umar b al-khattab menangis bila diberitahu beliau dipilih org2 mukmin menggantikan saydina abu bakr yg meninggal; kata umar "alangkah baiknya jika ibuku tidak melahirkan aku". Dia bimbang nanti tidak dapat menunaikan amanah Allah apabila dia menjadi pentadbir @ khalifah!
sdr nazmi, insyaAllah.
sdr yudios. memang benar,itulah barangkali sebabnya saydina umar b al-khattab menangis bila diberitahu beliau dipilih org2 mukmin menggantikan saydina abu bakr yg meninggal; kata umar "alangkah baiknya jika ibuku tidak melahirkan aku". Dia bimbang nanti tidak dapat menunaikan amanah Allah apabila dia menjadi pentadbir @ khalifah!
sdr nazmi, insyaAllah.