Sewaktu harga minyak naik mendadak dari RM1.92 se litre
kepada RM2.70 dulu, harga minyak dunia adalah dalam
lingkungan USD140 per barrel.

Hari ini harga minyak per barrel adalah dalam lingkungan
USD95.

Ertinya, sejak dari Jun 2008 hinga sekarang, harga minyak
telah turun sebanyak USD45, atau sebanyak 32%.

Sepatutnya, harga minyak di stesen minyak di negara kita juga
turun dalam kadar yang serupa, iaitu RM1.84 sahaja.

Sekarang kita membayarRM2.55 selitre, perbezaan sebanyak
RM0.71. Banyak tu!

Bilakah kita dapat menikmati harga baru itu?

BY ASMAWI MOHAMAD
Thursday, September 18,2008.

MASALAHNYA BILA HARGA BAHAN BAKAR INI NAIK, HARGA BARANGAN PUN MENDADAK NAIK. BILA HARGA MINYAK TURUN @ DITURUNKAN (Contohnya sebanyak 15 sen sahaja sebelum PRKecil Permatang Pauh baru2 ini), HARGA BARANG2 DI PASARAN HINGGA KINI MASIH BELUM TURUN2!!! KES NAYA NIH!!!

1 Response so far.

  1. Harga minyak turun pun belum tentu harga barang akan turun juga. Walau bagaimana pun kita tunggu dan lihat sajalah.


    Tiada siapa yang menginaya sesiapa. Yang tersepit dan terhimpit adalah mereka yang merajuk telah melepaskan banyak peluang.


    Dunia masa kini semakin kompleks. Agak mustahil untuk menang jika mencemuh, menjauhi si hubuddunia.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda