Ketika timbulnya perasaan marah, seseorang itu kadang2 tidak mampu mengawal kata2nya atau ucapannya sehingga dengan mudah melaknat apa jua; melaknat orang lain, melaknat benda2 atau binatang, melaknat hari dan zaman. Bahkan ada juga orang yang melaknat diri sendiri dan anak isteri mereka. Isteri pula melaknat suaminya.
Melaknat adalah mengata celaka dan menyumpah buruk terhadap seseorang atau sesuatu yang dibenci. Tabiat suka melaknat adalah satu perbuatan yang mungkar dan berbahaya. Pelakunya selalunya adalah seorang yang jahil, tidak berfikiran waras dan bersifat sombong. Perbuatan suka melaknat ini boleh mengakibatkan perbalahan dan dendam mendendam antara manusia.
Abu Zaid Tsabit bin Ad-Dahak Al-Ansori r.a meriwayatkan sebuah hadis marfu' Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:
".... dan sesiapa melaknat seseorang mukmin maka ia seperti membunuhnya." -Hadis riwayat Bukhari.
Dalam pergaulan sehari-hari, dikatakan bahawa kaum wanita lebih ramai suka menyumpah dan melaknat. Kerana mereka sewenang2nya mudah melaknat maka Rasulullah s.a.w mengingatkan bahawa perbuatan tersebut merupakan penyebab ramainya kaum wanita dimasukkan ke dalam neraka.
Diriwayatkan juga bahawa orang-orang yang suka melakukan perbuatan berdosa ini tidak boleh menjadi pemberi syafa'at pada hari Qiamat. Lebih berbahaya lagi jika perbuatan melaknat itu diucap secara zalim dan aniaya maka ia boleh kembali menimpa dirinya sendiri; samalah dia mendoakan keburukan, menempah bencana ke atas diri sendiri serta dijauhkan dari rahmat Allah.
0 Responses so far.
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda