PENYAKIT GASTRIK/MEDU:

Sakit Gastrik/ Medu adalah rasa pedih sakit pada bahagian atas abdomen/perut/ulu hati.
Bagi mengelak dari penyakit ini hendaklah:

1. Mengawal perasaan supaya tidak stress atau rungsing.
2. Makan makanan yang seimbang dan mengikut waktu yg sepatutnya.
3. Mengelakkan diri dari rasa lapar yang lama.
4. Mengawal diri dari menggunakan bahan2 yang mengandungi kafien berlebihan.
5. Elakkan diri dari memakan benda2 masam/berasid berlebihan.
6. Bersenam setiap hari walaupun sekejap.

Rawatannya:

Hempedu/pedal ayam yang mentah dihiris kecil2 kemudian dijemur hingga kering, kemudian ditumbuk hingga menjadi debu. Masukkan debu itu ke dalam air panas secukupnya. Bagi menghilangkan rasa hamisnya, boleh dicampur dengan sedikit kopi. Amalkan meminumnya tiga kali sehari. Atau:

Masakkan susu kambing asli bersama buah khurma/tamar. Jadikan amalan meminumnya sehingga penyakit itu sembuh.

Nasihat:

1. Selalu meminum susu kambing/lembu asli atau air kacang soya.
2. Hindari memakan bahan2/jeruk/buahan masam atau makanan bercampur minyak sapi.
3. Jangan selalu biarkan rasa lapar/terlewat makan.
4. Selalu amalkan puasa sunat.

TERLEKAT TULANG IKAN:

Tanpa waspada kadang2 bila makan nasi berlauk ikan, kita akan terlekat tulangnya. Kita berasa amat tidak selesa malah boleh membahayakan diri. Namun cuba kita amalkan petua first aid ini:
Ambil minyak kelapa kemudian lumurkan sekitar lubang dubur. (Ianya semacam melucukan tetapi benar/boleh mencubanya, Insya Allah).

2 Responses so far.

  1. ha ha...., Cara melepaskan tulang ikan yang terlekat di kerongkongan boleh juga. Makanya, suka makat ikan teri saja. kecil, asin dan renyah.

  2. Sesiapa yang nakkan penawar medu dari herba camporan melayu boleh pm saya. Di 0104178377 anuar

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda