Ketua umum PKR, DS Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi. Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. (baca lagi...)

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Parlimen, lapangan terbang itu yang kini digunakan oleh TLDM akan dipindahkan. Tapak asal diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB). Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.


"Pemuda Umno pernah cakap kurang ajar sebab serang Tok Guru macam itu. Ini zaman edan. Ini peringatan, Ronggowarsito kata ini zaman edan - 'gila' kerana katanya pada zaman edan ini kamu kena berhati-hati, beringat-ingat dan berwaspada sebab yang baik macam Nik Aziz dituduh rasuah, penyamun dijadikan pejuang, yang baik dimasukkan penjara," kata DS Anwar Ibrahim dalam Ceramah Perdana 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' di Dewan Serbaguna Taman Ehsan.

TPM: Berbeza benar sukarnya membina dan mendapatkan sesuatu yang bermanfaat. Tetapi amat mudah untuk membelanja dan memusnahnya, apatah lagi kalau bukan milik seindiri. Diberi amanah dia khianati, bila bercakap banyak berbohong dan bila berjanji selalu mungkiri.

0 Responses so far.

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Memberi Komen Anda